Pusat Inkubator Kraf Temerloh

MAJLIS PENGANUGERAHAAN
MALAYSIA GOOD DESIN MARK 2013

3 April 2014 - Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM) telah mengadakan majlis penganugerahan "Malaysia Good Desin Mark 2013" pada 3 April 2013 yang disempurnakan oleh YB Dato Dr. Ewon Ebin, Menteri Sains dan Teknologi Malaysia di MATRADE Exhibition & Convention Centre, Kuala Lumpur. Penganugerahan ini adalah sebagai pengiktirafan kepada para pereka dalam sektor penyelidikan dan pembangunan produk baru dalam penghasilan produk berkualiti dan berinovatif bagi pertumbuhan ekonomi industri di Malaysia.

Sebanyak 58 penyertaan produk telah dinilai oleh pasukan penilai seramai 9 orang yang diketui oleh Prof. Hairiri, pensyarah Falkuti Senilukis & Senireka UiTM (Senireka Perindustrian) yang merangkumi 13 kategori produk. Hasil dari penilaian tersebut, hanya 24 produk sahaja dipilih untuk menerima anugerah berkenaan.

Unit Rekaan Cawangan Pahang telah menghantar 5 rekaan bagi kategori produk kraf iaitu rekaan dari En. Norizwan (4 rekaan) dan En. Wahiyuddin (1 rekaan) dan para penilai telah memilih produk "Pangkin Santai" rekaan En. Norizwan untuk dianugerahkan sebagai 'Malaysia Good Design Mark 2013' bagi kategori produk kraf.




Gambar rekaan yang terpilih serta sekitar
Majlis Penganugerahan Malaysia Good Design Mark 2013

Semoga ianya akan menjadi perangsang kepada semua pereka Kraftangan Malaysia untuk sentiasa mengeluarkan idea-idea atau rekaan-rekaan baru untuk mempertabatkan serta mengukuhkan industri kraf di Malaysia. TAHNIAH!!!





Penyerahan Mesin Kepada Warisan Craft Wood

PKKM Pahang telah menawarkan secara sebutharga kepada usahawan-usahawan negeri Pahang yang berminat untuk mendapatkan mesin yang hendak dilupuskan.

Jadi pihak Warisan Craft Wood telah berjaya mendapat 2 buah mesin iaitu Mesin Larik Panjang dan Mesin Spindle Moulder. Tahniah diucapkan.

Berikut beberapa gambar sekitar proses penyerahan mesin tersebut.




 Lawatan Pemantauan Orientasi Pengeluaran ( OP ) Bahagian Usahawan



Pada 5 Februari 2014 sehingga 7 Februari 2014 yang lepas, dua pegawai dari Bahagian Usahawan Ibu Pejabat iaitu En Azrul bin Hussien dan En Nizam bin Abu telah turun ke negeri Pahang bagi melaksanakan pemantauan terhadap projek OP usahawan yang terlibat dengan HKK 2014.



Aktiviti pemantauan ini adalah untuk melihat perkembangan produk-produk OP yang dihasilkan oleh usahawan terlibat.



Bagi memudahkan aktiviti pemantauan, unit usahawan PKKM Pahang telah membahagikan pasukan pemantau kepada dua pasukan. Pasukan pertama terdiri daripada En Azrul ( Bah. Usahawan HQ ), En Faizul ( Unit Usahawan PKKM Pahang ) dan En Rosidi ( Unit Rekaan PKKM Pahang) manakala pasukan kedua terdiri daripada En Nizam ( Bah. Usahawan HQ ), En Safarin ( Unit Usahawan PKKM Pahang ) dan En Hairi ( Unit Rekaan PKKM Pahang ) serta Pn Ropiah ( Unit Rekaan Tekstil PKKM Pahang ).



Pemantauan ini melibatkan 16 usahawan dalam bidang kraf kayu, tenun pahang diraja, batik, rotan dan logam membabitkan daerah Bentong, Temerloh, Pekan dan Kuantan.




Sekitar Kerja Pengagihan Bantuan Bahan Mentah Kepada Inkubator 

Baru-baru ini Unit Usahawan PKKM Pahang telah mengagihkan bantuan bahan mentah kepada semua peserta skim inkubator kraf di Temerloh.
Bantuan bahan mentah ini adalah bagi kerja-kerja penghasilan produk Orentasi Pengeluaran ( OP ) sempena dengan Hari Kraf Kebangsaan 2014 ( HKK 2014 ) yang akan berlangsung lebih kurang 2 bulan dari sekarang.
Pihak pengurusan PKKM Pahang berharap semua peserta inkubator dapat menggunakan sebaik mungkin bahan mentah yang di terima dan menghasilkan produk kraf yang bermutu tinggi.




Sesi Temuduga Kemasukan Ke Skim Inkubator Kraf 2014

Baru-baru ini telah berlangsung sesi temuduga untuk usahawan yang memohon bagi menyertai Skim Inkubator Kraf tahun 2014. Kesemua usahawan yang memohon untuk menyertai Skim Inkubator Kraf di Pusat Inkubator Kraf adalah pengusaha kraf kayu.
Temuduga telah dihadiri oleh oleh 5 usahawan kraf iaitu Syarikat Z&Z Kayu Kraf, Syarikat Seni Chempaka Kraf, Syarikat Baharim Lepa Kraf, Syarikat KZ Craft Collection dan Syarikat Unique Craft.
Panel temuduga terdiri daripada Pengurus, Pusat Inkubator Kraf En Norizwan, Ketua Unit Usahawan PKKM Pahang En Mohd Faizul, Ketua Unit Pengeluaran En Norhairul Nizam dan En Safarin Pegawai Unit Usahawan PKKM Pahang.
Semoga berjaya kepada semua peserta yang terlibat dengan temuduga yang dijalankan. Keputusan temuduga akan diketahui dalam masa terdekat. Bagi yang berjaya semoga menggunakan peluang dan kemudahan yang disediakan dengan baik.



Taklimat Latihan Jangka Pendek ( LJP )

Pada 30 Disember 2013 yang lepas Unit Usahawan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang ( PKKM Pahang ) telah mengadakan satu sesi taklimat berkenaan Latihan Jangka Pendek kepada bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar Jerantut ( SMAPTJ ).
Program ini dianjurkan sendiri oleh  Pengetua SMAPTJ iaitu Ustaz Abd. Mubin bin Mohamed. Taklimat ini telah disampaikan oleh Ketua Unit Usahawan, En Mohd Faizul dan dibantu oleh En Safarin. Taklimat telah diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat Agama Islam Daerah Jerantut.

Sesi taklimat ini telah dihadiri oleh bekas-bekas pelajar SMAPTJ yang berminat dengan perusahaan kraf tangan dan juga ibu bapa serta penjaga mereka.
Sepanjang taklimat, En Mohd Faizul menerangkan secara terperinci berkaitan dengan Latihan Jangka Pendek yang ditawarkan di PKKM, syarat-syarat kemasukan, perjalanan latihan, keperluan latihan dan di akhiri dengan sesi soal jawab.

Semoga dengan sesi taklimat sebegini dapat memberi pengetahuan berkaitan kraf kepada mereka terutama golongan muda.


Persiapan Usahawan Inkubator ke Promosi Hiasan Dalaman & Seni Taman 2013

Promosi Hiasan Dalaman & Seni Taman 2013 akan diadakan bermula dari 27 September 2013 hingga 6 Oktober 2013 bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur Jalan Conlay. Seramai 6 usahawan kraf negeri Pahang akan menyertai promosi ini. 5 daripada 6 usahawan tersebut adalah usahawan dari bidang kraf kayu dan 1 usahawan kraf dari bidang anyaman rotan.

Daripada 6 usahawan ini, 3 adalah usahawan dari Skim Inkubator PKKM Pahang. Jadi kepada peminat-peminat barangan kraf berasaskan kayu jangan lupa dapatkan nya dari usahawan negeri Pahang. Anda cari la booth dari syarikat Kayuma Industry, Warisan Kraf Wood, Seni Chempaka Kraf, Baharim Lepa Kraf dan Z&Z Kayu Kraf. Untuk barangan kraf rotan dapatkan dari syarikat Suri Kraf.

Jadi mari kita lihat  gambar beberapa usahawan inkubator yang sedang dalam menyiapkan produk-produk yang akan mereka bawa ke Promosi Hiasan Dalaman & Seni Taman.




Verifikasi Mesin Usahawan Yang Diterima Melalui Bantuan Insentif Mesin Jentera Kraftangan Malaysia

Seramai 8 usahawan kraf kayu telah terpilih untuk menerima mesin menerusi Skim Bantuan Insentif Mesin Jentera Kraftangan Malaysia untuk tahun 2013.

Unit Teknikal /Pengeluaran telah membantu Unit PU melakukan pemeriksaan dan verifikasi  terhadap mesin bantuan yang telah diterima oleh  8 usahawan kayu kraf.


Usahawan tersebut adalah :-

1.       Tembusu kraf                      -              Turning  & Radial Arm Saw
2.       Seni Pusaka Kraf                  -              Scroll Saw
3.       Abang Kraf                          -              Scroll Saw
4.       Lepar Work                         -              Radial Arm Saw
5.       Emey Kraf                           -              Jointer & Thicknesser
6.       Seri Seni Kraf                      -              Thicknesser
7.       Generasi Kraf                      -              Edge belt Sander
8.       Warisan Wood Craft            -              Wide Belt Sander




EDU KRAF SENI UKIRAN KAYU DAN BATIK

Unit Pemuliharaan Kraftangan Malaysia Caw. Pahang dengan kerjasama  Sekolah Menengah Agama(SMA) Negeri Zon Tengah Negeri Pahang sedang mengadakan program Edu kraf seni ukiran kayu dan batik di Pusat Inkubator Temerloh.  Seramai 60 orang peserta yang terlibat.  32 orang untuk seni ukiran kayu dan 28 orang untuk seni kraf batik.
 Gambar 1 & 2: Ketua Unit dan pengajar kraf sedang memberi taklimat dan penerangan.

Peserta kursus terdiri daripada guru-guru dan anggota kerja dari Sekolah Menengah Agama (SMA) Negeri zon tengah Negeri Pahang yang melibatkan 5 buah sekolah iaitu:-

1.       SMA PULAU TAWAR JERANTUT
2.       SMA AL WOSTO TEMERLOH
3.       SMA CHENOR MARAN
4.       SMA PELANGAI BENTONG
5.       SMA AL-ITTIFAQIYYAH,GUAI TEMERLOH


Gambar 5: meh melukis dulu ye Puan Pengetua.
Gambar 6: aktiviti mencanting
Gambar 7: aktiviti mencanting lagi…..sempat main “SMS” ye cikgu….
Gambar 8: Aktiviti mewarna,” Adeh!....dari pagi bersila….sakit pinggang ye…..minggu depan kita cuba sediakan meja dan kerusi…..

Aktiviti ini dijalankan sebanyak 7 siri atau 7 hari bermula pada 2 September , 2013 dan akan tamat pada 28 September 2013.  Aktiviti ini dijalankan pada hari isnin jam 8.00 pagi sehingga 5 petang.

Gambar 9: kita kena dulu huruf SOC dan J sebelum kita ngukir…
Gambar 10: Pengetua SMA Pulau Tawar (berkopiah) dah ngukir dulu.
Gambar 11: Minggu kedua dah ukir polar bujang
Gambar 12: Masih khusyuk mengukir.


Gotong-Royong  & Pentahapan Bilik Pengeringan Kayu

Unit Teknikal/Pengeluaran telah mengadakan aktiviti gotong royang bagi membersihkan bilik penyimpanan peralatan mesin dan gotong royong pembersihan rumah pembuangan habuk kayu bersama peserta Inkubator.  


Pada  27 Ogos 2013 Pentahapan bilik pengeringan kayu  dijalankan.  Fabrikasi mesin ini dilakukan berdasarkan pergerakan udara panas yang stabil bagi mendapatkan hasil yang terbaik. 

Ujilari mesin pengirangan kayu telah dijalankan oleh syarikat pembekal setelah   kerja-kerja  fabrikasi peralatan dan aksesori  pengeringan kayu KILN DRY (KD) selesai dilakukan . 

Kini operasi KD ini terbuka untuk semua usahawan.



                                                               

Para peserta bergambar bersama Pengarah PKKM Pahang sebelum pulang

Bahagian Usahawan Ibu Pejabat dengan kerjasama PKKM Pahang telah menganjurkan satu Bengkel OP Kemasan Sarung Senjata bermula 27 hingga 30 Ogos yang lepas. Bengkel ini telah diadakan di PKKM Pahang Kuantan.



Seramai 35 orang peserta telah menyertai kursus selama 4 hari ini dan melibatkan pengusaha-pengusaha sarung parang dari seluruh negara.Antara pengusaha yang terlibat adalah dari negeri Pahang, Terengganu, Kelantan, Perlis, Perak, Melaka, Pulau Pinang dan Johor.



Bengkel ini menumpukan kepada teknik-teknik bancuhan bahan dan teknik semburan yang betul bagi kemasan sarung senjata.



Majlis penutup dan penyampaian sijil penyertaan kepada peserta telah disempurnakan oleh Pengarah PKKM Pahang, Dato' Hj Mohd Zubair Mohd Zain.Dalam ucapannya,  beliau mengharapkan supaya setiap peserta yang hadir pada bengkel tersebut untuk terus maju dan menaik taraf kan produk yang dihasilkan supaya bukan sahaja terkenal di negara kita tetapi juga di peringkat antarabangsa.




Penggambaran oleh RTM sempena Promosi Kerja Kahwin 2013

Pada Sabtu 1 Jun 2013 dan Ahad 2 Jun 2013 telah diadakan satu penggambaran berkaitan usahawan kraf kayu bagi mempromosikan produk-produk yang bakal dibawa ke Promosi Kerja Kahwin 2013.
Penggambaran telah melibatkan 3 syarikat iaitu Warisan Kraf Wood , Imey Kraf dan Tembusu Kraf. Penggambaran oleh pihak RTM ini telah dijalankan di bengkel usahawan yang terlibat.
 
Wakil produksi RTM datang ke Pahang bersama Cik Fazlin dari Bahagian Komunikasi Korporat dan dibantu oleh 2 pegawai unit usahawan Pahang bagi melancarkan lagi proses rakaman dan temubual yang dijalankan di bengkel-bengkel usahwan yang terlibat.

Kunjungan EXCO Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian & Warisan Negeri Pahang ke Bengkel Kayuma

YB Dato’ Hj Shafik Fauzan bin Sharif iaitu Exco Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Warisan Negeri Pahang telah meluangkan masa untuk berkunjung ke bengkel Kayuma Industry bagi melihat sendiri proses-proses kerja serta produk-produk baru yang dihasilkan terutama produk yang akan dibawa ke HKK 2013.


YB Dato’ Hj Shafik Fauzan begitu teruja apabila melihat produk yang dihasilkan oleh Kayuma Industry. Ini kerana produk tersebut mempunyai nilai seni yang begitu tinggi. Beliau juga turut berbangga dengan pencapaian yang telah dicapai oleh Kayuma Industry kerana telah membawa bukan sahaja nama negeri Pahang tetapi telah memperkenalkan nama Temerloh sebagai pusat industri kraf kayu di negara kita.

Sedikit Majlis ringkas penyerahan bantuan mesin jentera

Bersempena dengan kunjungan itu, YH Dato’ Hj Mohd Zubair Mohd Zain, Pengarah PKKM Pahang berbesar hati memohon YB Dato’ Hj Shafik Fauzan untuk menyampaikan bantuan seunit mesin Multi Rip Saw di atas bantuan insentif usahawan kraf Kraftangan Malaysia. Bantuan ini merupakan satu lagi inisiatif kerajaan persekutuan untuk memajukan usahawan yang terlibat dalam bidang kraf tangan.

Akhir lawatan, YB Dato’ Hj Shafik Fauzan berharap semoga Temerloh akan dikenali sebagai pusat kraf kayu dan sebarang rujukan berkaitan kraf kayu boleh didapati di daerah ini. Beliau juga memohon supaya anak-anak muda menceburi bidang ini kerana ia bukan sahaja sebagai warisan bangsa bahkan sebagai pendapatan tetap mereka.



Majlis Santai Petang Bersama Usahawan Kraf Kayu Temerloh

Assalamualaikum WBT

Temerloh, 11 Jan 2013 - Satu majlis meraikan kejayaan-kejayaan yang telah dikecapi oleh usahawan-usahawan kayu daerah Temerloh telah diadakan. Majlis yang dinamakan Santai Petang bersama Usahawan Kraf Kayu Temerloh ini turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Y.bhg Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia, Y.bhg Dato' Mohd Kamil Mohd Ali dan Pengarah Kraftangan Malaysia cawangan Pahang YH Dato' Mohd Zubair Mohd Zain.



Sesi lawatan pameran dan ucapan


Majlis ini adalah hasil kerjasama Kraftangan Malaysia sub cawangan Pahang ( Temerloh ) dan usahawan-usahawan kraf kayu daerah Temerloh terumata AJK dalam Persatuan Pengukir Malaysia.



Majlis Penyampaian Surat Penghargaan

Pada majlis tersebut Y.bhg Dato' KP telah menyampaikan surat penghargaan dan tahniah kepada 4 usahawan kraf kayu yang memenangi pertandingan yang mereka sertai sepanjang tahun 2012. Usahawan yang menerima surat penghargaan adalah :



  •  En Muhaimin Hasbollah - ”The Best Craftmanship Award” sempena ”2012 International Live Wood Carving Show and Competition” yang telah diadakan di Guangxi, China
  •  En Mohd Jais Rozali - “National Grassroots Innovator Award (Open Category )” dalam satu pertandingan yang dianjurkan oleh Yayasan Inovasi Malaysia ( YIM ) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi pada 3 hingga 7 November 201 ( Inovasi Gasing Kayu kepada Gasing Plastik)
  • Pn Zarina Awang Samah - Tokoh Usahawan Negeri Pahang 2012 sempena Karnival Usahawan Kraf dan Pelancaran Kelab RISDA peringkat nasional yang telah diadakan di Terengganu pada 21 hingga 24 November 2012..
  • En Muhammad Awik Produk Kraf Terbaik Kategori Kraf Hasil Rimba bersempena Hari Kraf Kebangsaan 2012
Sesi Bergambar & Sedikit Jamuan

Semasa ucapan beliau, Y.bhg Dato' KP turut memberikan semangat kepada usahawan-usahawan lain yang hadir untuk mencontohi kesungguhan mereka yang beroleh kejayaan ini bukan sahaja di dalam tetapi juga di luar negara.

Majlis diakhiri dengan sedikit jamuan yang disediakan.





"The Best Craftmanship Award 2012 "

Seorang pengusaha kraf kayu Temerloh telah dijemput untuk menyertai 2012 International Live Wood Carving Show and Competition di Guangxi, China. Beliau yang dimaksudkan ialah En Muhaimin bin Hasbollah dari Syarikat Inakraf.Beliau bukan sahaja mewakili Persatuan PENGUKIR tetapi juga membawa nama negara pertandingan tersebut.

Pertandingan ini telah dianjurkan oleh International Wood Culture Society ( IWCS ) satu badan NGO yang berpejabat di Amerika Syarikat.

Dengan menggunakan teknik ukiran 3D beliau telah berjaya menewaskan 7 peserta lain yang terdiri daripada pengukir dari negara Indonesia, Taiwan, China dan Filipina. Ukiran yang menggambarkan sekuntum kelopak bunga di bawah punca benih melambangkan bermulanya kelahiran dalam kehidupan. Setiap sulur bertaut dan melingkar dengan sendirinya tanpa halangan serta tidak bersentuhan melambangkan sikap rendah diri serta penghormatan orang muda kepada orang yang lebih tua.

Sijil yang dimenangi

Dengan ukiran serta falsafah yang cukup cantik lahir dari hati beliau telah melayakkan beliau untuk di anugerahkan “The Best Craftmanship Award 2012” pada pertandingan tersebut dan telah membawa pulang Sijil Penghargaan dan wang tunai.

Ukiran yang mengharumkan nama negara

Menurut En Muhaimin, kejayaan ini bukan milik beliau seorang tetapi milik seluruh rakyat Malaysia. Pengiktirafan ini telah membuktikan bahawa produk ukiran kayu melayu memang dipandang tinggi di mata dunia.

Syabas dan tahniah untuk Encik Muhaimin dari kami di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.

Semasa kunjungan penulis ke bengkel beliau, beliau sedang ditemubual oleh wartawan berita dari TV9





Tahniah Pak Ngah

Baru-baru ini seorang usahawan kraf Negeri Pahang iaitu En. Mohd Jais bin Rozali atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Ngah dari Syarikat Koler Ati Creatif telah dinobatkan sebagai pemenang “National Grassroots Innovator Award ( Open Category ) dalam satu pertandingan yang dianjurkan oleh Yayasan Inovasi Malaysia ( YIM ) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Piala Kemenangan

Hadiah berupa piala dan wang tunai sebanyak RM 10, 000.00 telah disampaikan semasa World Innovation Forum (WIF) Kuala Lumpur pada 3-7 November 2012 yang lepas. Dalam pertandingan ini, sebanyak 379 peserta telah bertanding melibatkan peserta dari 13 negeri seluruh Malaysia.

Sesi temubual sedang berjalan

Menurut Pak Ngah, gasing plastik merupakan satu inovasi baru dalam pembuatan gasing Pahang atau Malaysia iaitu dari kayu kepada plastik.Inovasi yang beliau cetuskan ini  dapat menjimatkan masa pembuatan, mengurangkan kos, lebih selamat dan yang paling penting ia mesra alam.Menurut Pak Ngah lagi, anugerah ini sangat beharga kepada beliau kerana perjuangannya selama ini memertabatkan produk gasing telah dihargai.

Pihak Pengurusan Kraftangan Malaysia mengucapkan syabas dan tahniah kepada Pak Ngah atas kejayaan yang beliau telah kecapi ini. Semoga Pak Ngah akan terus maju dalam usaha memertabatkan produk gasing beliau ke peringkat yang lebih tinggi.


Santai Aidilfitri Persatuan Pengukir Malaysia di Temerloh


Assalamualaikum WBT

Pada 11 September yang lepas, Persatuan Pengukir Malaysia dan Usahawan Kraf Kayu Temerloh dengan Kerjasama Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang ( Temerloh) telah mengadakan satu majlis jamuan Hari Raya Aidilfitri bersempena dengan Mesyuarat AJK Persatuan Penggiat Seni Ukir Kayu Malaysia. Ini adalah julung kali di mana Persatuan Pengukir menggunakan vanue di Kraftangan Malaysia Temerloh untuk mengadakan mesyuarat.

Antara tetamu yang hadir pada majlis tersebut ialah Yang Dipertua Persatuan Pengukir Malaysia, En Norhaiza Nordin, Pengarah Kraftangan Malaysia cawangan Pahang YH Dato' Hj Mohd Zubair Mohd Zain, Setiausaha Kehormat Persatuan Pengukir En Abd Muhaimin Hasbollah, Ketuan MTIB Pahang En Saupi bin Mat Nawi, AJK-AJK Persatuan Pengukir, Usahawan Kraf dan anggota kerja Kraftangan Temerloh bersama ahli keluarga.

Berbagai juadah telah disediakan oleh penganjur dan suasana begitu meriah sekali.Majlis dimulakan dengan bacaan doa, seterusnya di susuli dengan ucapan oleh YDP Persatuan Pengukir dan Pengarah Krafatangan Malaysia Pahang.
Semoga dengan adanya majlis-majlis seperti ini dapat merapatkan lagi hubungan antara Persatuan, Usahawan dan pihak Kraftangan Malaysia. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.







Assalamualaikum WBT

Pada 11 September 2012 yang lepas, satu lawatan oleh pelajar jurusan tenunan Institut Kraf Negara telah dibuat ke Sub cawangan Pahang ( Temerloh ). Lawatan ini telah disertai oleh 19 orang pelajar dan diiringi oleh 2 orang guru yang diketuai oleh Puan Yusnida Yusof.
Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar berkenaan motif-motif yang terdapat pada ukiran kayu untuk dijadikan contoh kepada corak-corak dalam tenunan mereka seterusnya diadaptasikan dalam corak tenunan yang mereka hasilkan.
Semua pelajar yang terlibat telah dibawa melawat ke galeri, bengkel gunasama dan juga bengkel usahawan inkubator. En Rosidi, Pereka di Sub cawangan Pahang ( Temerloh ) telah memberi penerangan berkenaan motif-motif ukiran kepada semua peserta lawatan.
Penulis juga turut mengiringi peserta lawatan melihat semua pelajar ini begitu teruja dengan contoh-contoh produk ukiran yang mereka lihat. Semoga semua pelajar ini dapat sedikit sebanyak ilmu yang mereka perlukan dalam lawatan yang singkat ini.




Assalamualaikum WBT

Seni Cempaka Kraf adalah satu lagi syarikat yang menyertai Skim Inkubator Kraf di PKKM Pahang ( Temerloh ). Tidak seperti dua syarikat yang penulis ceritakan sebelum ini, pemilik syarikat Seni Cempaka Kraf merupakan seorang graduan Institut Kraf Negara ( IKN ) dalam bidang Diploma Seni Kraf Kayu.

Untuk pengetahuan semua Institut Kraf Negara merupakan satu Institusi Pengajian yang khusus untuk melahirkan pelajar yang berkemahiran dengan berkelulusan sijil atau diploma dalam bidang kraf seperti hasil rimba, kayu, tekstil, logam dan seramik.

Beliau yang saya maksudkan ialah En Mohd Rashidi Abu Halepah yang merupakan pemilik syarikat Seni Cempaka Kraf. Setelah tamat pengajian beliau di IKN, beliau telah bekerja dengan usahawan kayu di Temerloh selama beberapa tahun. Berbekalkan pengalaman beberapa tahun itulah beliau memberanikan diri untuk menubuhkan syarikat Seni Cempaka Kraf dan bergerak sendiri.

Alhamdulillah usaha beliau tidak sia-sia kerana produk-produk yang dihasilkan syarikat beliau seperti panel ukiran hiasan rumah, perabot solid, dulang hantaran, frame berukir, barangan cenderamata dan congkak berukir mendapat sambutan yang menggalakan dari pelanggan terutama semasa beliau menyertai promosi yang dianjurkan oleh Kraftangan Malaysia.

Pemuda yang berasal dari Chini ini baru sahaja berumur 25 tahun dan penulis merasakan beliau mempunyai masa depan yang cerah dan sungguh luas dalam bidang ini jika beliau terus berusaha dan komited dengan apa yang beliau usahakan ini.

Bagi yang berminat untuk membeli dan menempah produk yang beliau hasilkan sila hubungi beliau di talian :

013-9123204

Bengkel Inkubator,
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Pahang ( Temerloh )
Lot 11 Kawasan Perindustrian Songsang
28000 Temerloh
Pahang

En Rashidi Abu Halepah


Sedang menyiapkan projek panel ukiran untuk pejabat KPKK Putrajaya




Assalamualaikum WBT

Seperti juga Baharim Lepa Kraf , Syarikat Barokah Mumtaz Kraf ini juga telah ditubuhkan dan menyertai skim inkubator di Kraftangan Malaysia Pahang ( Temerloh ) bermula pada tahun 2008. Syarikat ini ditubuhkan oleh anak muda yang begitu bersemangat bagi memajukan industri kraf kayu supaya ianya tidak hilang di telan zaman.

Insan yang saya maksudkan adalah En Mohd Faizan Bin Abu Bakar. Beliau telah dilahirkan pada 5 Mei 1988 dan berasal dari Kuantan, Pahang dan masih belum berkahwin.

Mendapatkan latihan dalam bidang ukiran kayu melalui Latihan Jangka Pendek yang dianjurkan oleh Kraftangan Malaysia pada tahun 2007. Berdasarkan ilmu dan pengalaman yang ada beliau mengambil keputusan untuk menyertai skim inkubator bagi mengembangkan sayap beliau dalam bidang ini.

Syarikat Barokah Mumtaz mengeluarkan dan mengambil tempahan untuk produk seperti panel ukiran, frame hiasan berukir, perabot solid, dulang hantaran, pagar musang, congkak tradisional, produk kayu larik dan frame cermin berukir.

Beliau sekarang sedang menyiapkan beberapa produk cenderamata, frame cermin, frame jam dan juga congkak yang telah ditempah oleh pelanggan.

Bagi sesiapa yang berminat dengan produk yang dihasilkan oleh beliau boleh la hubungi :

017-9736183
0105796645

Bengkel Inkubator,
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Pahang ( Temerloh )
Lot 11 Kawasan Perindustrian Songsang
28000 Temerloh
Pahang

En Faizan bersama beberapa produk larik beliau

Sedang menyiapkan projek / tempahan pelanggan



Assalamualaikum WBT

Berbekalkan beberapa tahun pengalaman dalam bidang kraf kayu dan penyertaan dalam Latihan Jangka Pendek Ukiran Kayu anjuran Kraftangan Malaysia sebelum ini memberikan inspirasi kepada En Mohd Rafi untuk menubuhkan satu syarikat yang diberi nama Baharim Lepa Kraf.

Mula mendaftarkan diri sebagai peserta inkubator kraf di Sub Cawangan Pahang ( Temerloh ) pada tahun 2008, Syarikat Baharim Lepa Kraf mempunyai pencapaian yang agak membanggakan sehingga ke hari ini. Sentiasa menyertai promosi yang dianjurkan oleh pihak Kraftangan menunjukkan betapa tinggi nya komitmen beliau untuk memajukan syarikat seterusnya bersaing dengan pengusaha kraf yang lain.

Pemuda yang berasal dari Semporna, Sabah ini berkemahiran dalam mengeluarkan produk-produk kraf kayu seperti congkak tradisional, rehal berukir, perabot solid, hiasan dalaman rumah, panel ukiran, dulang hantaran, bekas telur, penggantung kunci, frame gambar berukir dan beberapa barangan cenderamata.

Berumur 36 tahun dan telah pun mendirikan rumah tangga dengan Puan Naurana yang juga membantu beliau dalam mengusahakan perniagaan kraf ini. Semasa lawatan penulis ke bengkel beliau, beliau sedang sibuk menyiapkan beberapa projek tempahan seperti perabot kerusi, panel ukiran untuk mimbar masjid, dulang hantaran dan bekas telur.

Pelanggan-pelanggan beliau bukan sahaja dari kalangan orang tempatan sekitar Temerloh tetapi pelanggan daru luar Pahang juga berminat dengan hasil kerja beliau.

Bagi sesiapa yang berminat untuk membeli atau menempah barangan yang dihasilkan oleh Syarikat Baharim Lepa Kraf sila menghubungi sendiri En Mohd Rafi di talian 012- 863 8161 untuk maklumat lanjut atau datang sendiri ke bengkel beliau di :

Bengkel Inkubator,
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Pahang ( Temerloh )
Lot 11 Kawasan Perindustrian Songsang
28000 Temerloh
Pahang

012- 863 8161

En Rafi sedang dalam proses menyiapkan tempahan dari pelanggan


En Rafi & Isteri yang merupakan pendorong nombor satu beliau




Assalamualaikum WBT

Pada 14 Jun 2012 yang lepas Sub Cawangan Pahang telah menerima 8 unit mesin Scroll Saw untuk di tempatkan di bengkel Gunasama dan di setiap premis peserta inkubator. Sesi penyerahan kepada usahawan inkubator ini telah disempurnakan sendiri oleh YH Dato' Hj Mohd Zubair Mohd Zain, Pengarah PKKM cawangan Pahang.

Majlis ringkas ini turut disaksikan oleh En Norizwan Mat Nor, Timbalan Pengarah PKKM Pahang, En Norhairul Nizam, Ketua Unit Pengeluaran, dan En Mohd Faizul, Ketua unit bahagian usahawan PKKM Pahang.

4 Peserta inkubator yang menerima mesin scroll saw untuk ditempatkan di bengkel mereka adalah dari Syarikat Baharim Lepa Kraf, Syarikat Z&Z Kayu Kraf, Syarikat Barokah Mumtaz Kraf dan Syarikat Seni Chempaka Kraf.

Pengurusan PKKM Pahang khasnya dan pengurusan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia amnya berharap produktiviti usahawan kraf kayu Pahang terutama peserta inkubator yang terlibat akan sentiasa meningkat dari semasa ke semasa dengan prasarana yang Kraftangan Malaysia sediakan ini.

En Rashidi ( Seni Chempaka ) & En Faizan ( Barokah Mumtaz ) menerima mesin untuk bengkel masing-masing daripada YH Dato' Hj Mohd Zubair

En Rafi ( Baharim Lepa ) & Pn Zanita ( Z & Z) menerima mesin untuk bengkel masing-masing dariada YH Dato' Hj Mohd Zubair





Assalamualaikum WBT

Masalah akses talian internet telah selesai sepenuh nya di sub cawangan Pahang ( Temerloh) dengan pemasangan WIFI di sekitar kawasan pejabat di sini. Ini memboleh kan semua anggota kerja menjalankan tugas terutama yang melibatkan akses kepada talian internet.
Kerja-kerja tersebut telah dilaksanakan oleh tiga orang anggota dari bahagian Teknologi Maklumat iaitu En Mohd Zulhelmi, En Khairul Aizat dan En Mohd Anis.

Pengurusan PKKM Pahang merakam kan setinggi tinggi ucapan terima kasih kepada Pengurusan Kraftangan Malaysia di atas penyelesaian masalah yang di hadapi oleh anggota kerja di Temerloh ini.

Diharapkan agar semua anggota kerja dapat menggunakan kemudahan yang disediakan oleh pihak pengurusan dengan sebaik-baik nya dan sentiasa berusaha lebih gigih untuk meningkatkan produktiviti kerja dari masa ke semasa.







Assalamualaikum WBT

Pengurusan Pusat Inkubator Kraf Temerloh telah mengadakan satu gotong-royong membersihkan kawasan pejabat dan bengkel mesin pada pagi Jumaat 11 Mei 2012 bermula jam 9.00 pagi dan berakhir jam 11.00 pagi.

Gotong-royong telah dijalankan oleh semua anggota kerja dan beberapa peserta inkubator.

Gotong-royong ini dijalankan bagi memastikan bengkel sentiasa dalam keadaan bersih dan memudahkan semua peserta inkubator menjalankan kerja-kerja mereka dengan lebih selesa.

Pengurusan mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam aktiviti gotong-royong tersebut.




Lawatan ke Kraf Orang Asli Kampung Sungai Kol


Pada 9 Mei 2012 satu lawatan kerja telah diadakan ke Kraf Orang Asli Kampung Sungai Kol, Jerantut untuk meninjau sama ada pengusaha kraf arca orang asli Sungai Kol ada menjalankan kegiatan Kraftangan Warisan ini.
Kedatangan 2 pegawai bahagian usahawan PKKM Pahang telah disambut sendiri oleh pak cik Hasan Majid yang merupakan salah seorang pengukir arca kraf orang asli ini.
Pada lawatan tersebut Pak Hasan telah menunjukan beberapa arca yang terdiri daripada 12 unit arca besar dan 5 unit arca kecil yang diukir menggunakan kayu rengas.
Lawatan juga telah dibuat ke rumah salah seorang pengukir arca tetapi beliau tiada di rumah. Anggota kerja yang terlibat semasa lawatan terdiri daripada En Mohd Faizul dan En Safarin bersama pemandu En Norazmi Ibrahim.