Thursday, February 15, 2018

Kursus DDMS 2.0 Cawangan Pahang Selesai Dengan Jayanya

Semua anggota kerja Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang telah terlibat dengan bengkel dan taklimat tentang penggunaan Digital Document Management System 2.0 (DDMS) Kraftangan Malaysia bermula 12 sehingga 14 Februari 2018 yang lepas.


Bengkel dan latihan ini telah dilaksanakan oleh Seksyen Teknologi Maklumat dengan kerjasama Seksyen Pentadbiran Ibu Pejabat. Semua anggota kerja cawangan yang terlibat telah diajar sendiri oleh Puan Syamsiah (IT) dan Puan Haizan (Pentadbiran).


Sepanjang bengkel dan kursus semua anggota kerja yang terlibat telah diajar untuk menggunakan sistem DDMS 2.0 yang merangkumi beberapa perkara seperti bengkel klasifikasi fail, hands on record manager, hands on information worker dan hands on end user.


Semoga semua anggota kerja cawangan Pahang akan berjaya menggunakan sistem ini dengan baik setelah ia boleh digunakan sepenuhnya pada April 2018. 


Thursday, January 18, 2018

Tahniah Encik Wahiyuddin & Selamat Datang Cik Nisa

Tahniah Encik Wahiyuddin & Selamat Datang Cik Nisa 

Pihak pengurusan dan seluruh anggota kerja Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Encik Wahiyuddin yang telah dinaikkan pangkat dari jawatan Pereka Gred B29 ke jawatan Pereka Gred B41.



Pihak pengurusan dan seluruh anggota kerja Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang juga ingin mengucapkan selamat datang kepada Cik Nisazra Masyitah yang telah dilantik sebagai Pembantu Pegawai Latihan Gred E19 seterusnya ditempatkan di Cawangan Pahang. Beliau telah pun memulakan tugas efektif 2 Januari 2018.



Tahniah diucapkan kepada kedua-dua anggota kerja yang terlibat. Semoga dapat memberikan komitmen yang baik sepanjang bertugas dalam memertabatkan industri kraf di negeri Pahang khususnya dan di Malaysia amnya.



Monday, September 11, 2017

Tahniah Yang Berbahagia Encik Ibrahim bin Ismail


Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang ingin mengucapkan Tahniah dan Selamat Maju kepada kepada Yang Berbahagia Encik Ibrahim bin Ismail atas perlantikan sebagai Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia berkuatkuasa 9 September 2017.

Dikesempatan ini juga Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang ingin mengucapkan Tahniah kepada Puan Aididah Binti Ibrahim sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) juga berkuatkuasa 9 September 2017.

Selamat Bersara Yang Berbahagia Dato' Hajah Zuraida


Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang ingin mengucapkan selamat bersara kepada YBhg Dato' Hajah Zuraida Mokhtar (Ketua Pengarah) setelah berkhidmat selama 36 tahun dengan Kraftangan Malaysia bermula 1 Julai 1981 hingga 8.9.2017. 

Kami mendoakan semoga YBhg. Dato' sentiasa diberi perlindungan dan kesihatan berpanjangan oleh Allah SWT serta dimurahkan rezeki dan berbahagia bersama keluarga tercinta.

Terima kasih, selamat bersara dan jasamu tetap dikenang.

Wednesday, July 26, 2017

Selamat Maju Jaya Kepada Puan Nur 'Izzati & Cik Norhaslizaraf

 

Bermula 1 Ogos 2017 dua anggota Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang akan bertukar tempat bertugas. Puan Nur 'Izzati akan bertukar ke Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu dan Cik Norhaslizaraf akan bertukar ke Kraftangan Malaysia Ibu Pejabat, Kuala Lumpur. 


Puan Nur 'Izzati berjaya dalam permohonan beliau untuk bertukar setelah hampir lapan tahun berkhidmat di Cawangan Pahang manakala Cik Norhaslizaraf pula dinaikkan pangkat dari Gred N19 kepada N22. Tahniah diucapkan kepada kedua-dua anggota kerja. 


Pihak pengurusan Kraftangan Malaysia Cawangan dan semua anggota kerja ingin mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada Puan Nur 'Izzati dan Cik Norhaslizaraf dan berharap ukhwah yang terjalin selama ini tidak akan putus sampai bila-bila.


Pihak pengurusan Kraftangan Malaysia Cawangan dan semua anggota kerja juga ingin memohon ampun dan maaf kepada Puan Nur 'Izzati dan Cik Norhaslizaraf jika selama bekerja bersama terdapat perkara-perkara yang menyinggung perasaan anda berdua. Selamat bertugas di tempat baru.