Thursday, March 31, 2011

Sekitar Lawatan Delegasi Simposium Tekstil Tradisional Kali Ke-3 Ke IKTPD


Pada tanggal 20 Mac 2011 bersamaan hari Ahad, satu lawatan dari delegasi Simposium Tekstil Tradisional ASEAN Kali Ke-3 dengan jumlah peserta seramai 70 orang telah hadir ke IKTPD, Pulau Keladi, Pekan, Pahang. Turut sama mencemar duli dalam lawatan berkenaan adalah KDYTM Tengku Puan Pahang dengan diiringi Pengerusi Kraftangan Malaysia,YBhg. Dato’ Zakiah Ahmad , EXCO Perlancongan Negeri Pahang YB Dato’ Haji Shafik Fauzan, dan Pengurus Besar Karyaneka Pn, Zuraidah Razak.


Dalam lawatan berkenaan, KDYTM Tengku Puan Pahang telah berkongsi cerita mengenai penubuhan IKTPD serta membawa para delegasi tersebut melawat sekitar IKTPD seperti Galeri Tenun yang mempamerkan hasil kerja pelajar pengambilan pertama, bengkel pra-tenun dan tenunan, bilik kuliah dan komputer. Para delegasi juga berkesempatan melihat kerja-kerja menenun oleh para pelajar dengan penerangan daripada Ke Bawah Duli Tuanku serta barisan tenaga pengajar yang ada.


Di akhir lawatan, delegasi berkenaan telah di bawa ke bengkel pengeluaran usahawan Tenun Pahang Diraja bersebelahan bangunan IKTPD di mana terdapatnya kain-kain tenun yang dijual dan ada di antara mereka telah membeli kain berkenaan. Beberapa usahawan juga turut sama menanti kehadiran mereka seperti Pn. Hajjah Nortipah (Adiguru Tenun Pahang Diraja), En. Abu (Felda Chini 5), En. Azman Zakaria, dari Pulau Keladi sendiri. Bagi menghilangkan dahaga, para delegasi telah dihidangkan minuman cendol dan air batu campur yang disediakan khas untuk mereka sebelum mereka bertolak ke Muzium Pekan.


Lawatan berkenaan telah berakhir pada jam 12.30 tengahari

Friday, March 25, 2011

Aktiviti Gotong-Royong


Penglibatan Anggota Kerja Di Dalam Gotong-Royong

Kerja-Kerja Pembersihan Yang Dilakukan

Sesi Minum Petang Selepas Gotong-Royong

Keadaan Bengkel Selepas Dibersihkan

Pada 25 Mac 2011 warga kerja PKKM Cawangan Pahang telah sama-sama mengadakan gotong-royong bagi membersihkan bengkel gunasama dan stor. Gotong-royong ini diadakan bermula jam 3.00 petang sehingga 5 petang.

Dengan adanya aktiviti seumpama ini ia dapat memupuk semangat kerjasama antara anggota kerja, terima kasih kepada semua yang terlibat.

Perlawanan Persahabatan Bola Tampar

Pasukan Kelab Sukan PKKM Cawangan Pahang

Salam Perkenalan Antara Pemain Gaya Tamparan Ultraman Mebius Gaya Yang Penuh Aksi Sorakan Pembakar Semangat Berpasukan
Jersi no.14, Ketua Sorak Pasukan Kelab Sukan PKKM
Pada 22 Mac 2011 telah diadakan satu perlawanan persahabatan di antara Kelab Sukan PKKM Cawangan Pahang dan KRT Taman Pandan Damai 2. Di dalam perlawanan tersebut Kelab Sukan telah tewas dengan mata 24-26,25-27 dan 16-25.

Walau bagaimanapun para pemain telah menunjukkan satu semangat permainan berpasukan yang sangat baik. Ianya juga dapat mengeratkan lagi persahabatan dikalangan kakitangan dan penduduk setempat. Tahniah dan terima kasih kepada kakitangan yang terlibat dan semoga semangat ini diteruskan dalam bidang sukan dan kerjaya.

Syabas!!!

Thursday, March 10, 2011

Majlis Perjumpaan Bersama Peserta Pusat Komuniti Bersepadu Bukit Kenau, Pulau Manis

En. Mohd Zubair sedang berbincang bersama pemilik syarikat Neez Enterprise
Pengarah PKKM Caw. Pahang memberi taklimat kepada peserta

Peserta sedang menghasilkan produk

Antara contoh produk yang dihasilkan oleh peserta

Pada 7 Mac 2010 Pengarah PKKM Cawangan Pahang beserta pegawai Unit Pembangunan Usahawan telah mengadakan satu perjumpaan bersama peserta yang menghasilkan kraf tangan seperti bakul, beg tangan, beg pakaian, bekas telur, pasu bunga dan bakul yang diperbuat daripada tali plastik.

Para peserta di Pusat Komuditi telah dilatih oleh sebuah syarikat yang sebelum ini beroperasi di Langkawi, Kedah, Neez Enterprise telah diberi tanggungjawab bagi melatih para peserta di dalam menghasilkan produk.

Semasa perbincangan dibuat antara Kraftangan Malaysia dan peserta, rata-rata memberikan sokongan bagi memberi ruang kepada Kraftangan Malaysia meningkatkan lagi hasil produk mereka. Cadangan daripada Kraftangan malaysia Cawangan Pahang adalah untuk memberikan latihan dalam bidang anyaman mengkuang untuk ditambah nilai hasil produk yang mereka keluarkan.

Karaftangan Malaysia mengambil inisiatif ini kerana produk yang dihasilkan dapat diketengahkan lagi di pasaran sekiranya ia dapat dikombinasikan bersama kraf warisan tempatan.











Thursday, March 3, 2011

Selamat Hari Lahir


Warga kerja PKKM Cawangan Pahang mengucapkan selamat hari lahir kepada anggota kerja iaitu en. Mohd Zubair Mohd Zain, en. Norizwan Mat Nor dan Puan Hurul Ain Razali.