Tuesday, October 14, 2014

MESYUARAT JAWATANKUASA PEMBANGUNAN TENUN PAHANG DIRAJA DI IKTPD, TENGKU AMPUAN BESAR MERIAM


 Program / Aktiviti : Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Tenun Pahang Diraja
Tarikh                     : 13 Oktober 2014
Tempat                    : Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja, Tengku Ampuan Besar Meriam


Wednesday, October 8, 2014

Promosi Jualan Kraf In-Store Promotion 25 hingga 28 September 2014


Kraftangan Malaysia cawangan Pahang telah mengadakan promosi jualan kraf pada 25 hingga 28 September 2014 bertempat di ruang legar utama Pusat Membeli-belah East Coast Mall, Kuantan.

Promosi jualan ( in-store promotion ) ini telah disertai oleh 24 usahawan yang terdiri dari pelbagai negeri seperti Pahang, Kelantan, Terengganu, Perak, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang.

Program jualan yang berlangsung selama empat hari ini mendapat sambutan yang begitu menggalakkan dari pengunjung. Tarikh program promosi yang hampir dengan sambutan hari raya Aidiladha menyebabkan gerai-gerai usahawan yang menjual batik dan parang menjadi tumpuan.



Wednesday, September 24, 2014

Sekitar Promosi Kraf Malaysia 2014 "Poh Paleh Pahang"


Pada 9-14 September 2014 Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia cawangan Pahang telah mengadakan Promosi Kraf Malaysia ‘Poh Paleh Pahang’ bertempat di Pusat Membeli-belah East Coast Mall, Kuantan.


Penganjuran Promosi Kraf Malaysia 2014 di East Coast Mall Kuantan kali ini turut diserikan lagi dengan keberangkatan tiba KDYTM Tengku Puan Pahang mencemar duli  bagi merasmikan majlis promosi seterusnya melancarkan Produk Jenama Negeri Pahang “Pahang Pride”.

Hadir sama Dato Seri Wan Haji Abdul Wahid bin Wan Haji Hassan,Ahli Jemaah Pangkuan Negeri Pahang, Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Sharkar Bin Haji Shamsuddin, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang, Yang Berhormat Dato' Norol Azali Sulaiman, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-tugas Khas Yang Hormat Dato’ Mohd Zubair Mohd Zain, Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang dan menantu KDYTM Tengku Puan Pahang.



Aktiviti-aktiviti yang diadakan seperti Jualan Kraf oleh 60 usahawan kraf, Peragaan Pakaian Batik Negeri Pahang, Pameran Produk Pahang, Interaktif dan Edu Kraf serta Kaunter Maklumat Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja.



Promosi Kraf Malaysia diadakan dengan tujuan mempromosikan produk kraf tempatan bagi memenuhi pasaran domestik. Malah kunjungan pelancong dari luar negara turut berpeluang melihat keunikan dan keindahan produk kraf tempatan yang dianjurkan di lokasi tumpuan ramai ini. Penganjuran di East Coast Mall ini mendapat sambutan menggalakkan daripada pengunjung sejak diperkenalkan pada tahun 2009 lagi.


Monday, July 21, 2014

Salam Aidilfitri 2014


Kami warga kerja PKKM Cawangan Pahang ingin mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin
Semoga Aidilfitri kali ini membawa seribu keberkatan kepada semua.

Hulurkan Tangan Mohon Kemaafan,
Di Pagi Raya Yang Akan Datang,
Semoga Hari Raya Penuh Keberkatan,
Dari Kami Warga kerja PKKM Pahang,


Monday, June 23, 2014

PENAZIRAN AKADEMIK & LATIHAN DARI INSTITUT KRAF NEGARA


 Pada 4 Jun 2014, Pihak Institut Kraf Negara telah datang ke Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja
Tengku Ampuan Besar Meriam, Pulau Keladi Pekan Pahang untuk memantau dan menazir akademik dan latihan yang telah dijalankan oleh IKTPD Tengku Ampuan Besar Meriam.
Penaziran kali ini telah dihadiri oleh En. Arsad Bin Ibrahim, En Abdullah Bin Saari dan Pn Yusnida Bt Yusof.
Penazir telah melihat hasil produk pelajar dan folio yang telah disiapkan pelajar.

Tuesday, May 27, 2014

PENILAIAN AKHIR PELAJAR SIJIL KEMAHIRAN TENUN PAHANG DIRAJA (Sesi Januari - Mei 2014)


Pada 22 Mei 2014 (Khamis) Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja Tengku Ampuan Besar Meriam, Pulau Keladi, Pekan Pahang telah mengadakan penilaian akhir dalaman Sijil Kemahiran Tenun Pahang Diraja yang melibatkan pelajar semester 01,02 dan 03.
Penilaian akhir bermula pada jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 4.45 petang. Pada 27 Mei ini pelajar akan menduduki peperiksaan akhir Keusahawanan. Pelajar-pelajar IKTPD Tengku Ampuan Besar Meriam akan mula bercuti pada 31 Mei 2014.

Friday, April 25, 2014

Program Jejak Warisan Kraf 22 - 24 April 2014


Pada 22 hingga 24 April 2014 telah berlangsung satu program yang dinamakan Program Jejak Warisan Kraf. Program ini merupakan program tahunan dan program berskala besar bagi Unit Pemuliharaan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia cawangan Pahang. 


Program ini melibatkan aktiviti-aktiviti edukraf dan interaktif kraf. Aktiviti yang dilaksanakan adalah aktiviti edukraf asas ukiran kayu, edukraf mencanting dan mewarna batik, edukraf anyaman rotan dan edukraf tenunan tapestry.
Program ini melibatkan penyertaan 17 buah sekolah, 3 IPTA dan 2 buah NGO dari sekitar daearah Temerloh dengan penyertaan seramai 810 orang peserta.


Majlis perasmian telah diadakan pada 23 April 2014 bersamaan hari rabu jam 3.00 petang dan telah dirasmikan oleh Pengarah, Bahagian Pemuliharaan, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Encik Zainal Abidin bin Che Pa dan diiringi oleh Pengarah, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia cawangan Pahang YH Dato' Hj Mohd Zubair bin Mohd Zain.


Selain aktiviti edukraf, beberapa gerai jualan usahawan juga dibuka. Pihak Institut Kraf Negara juga tidak ketinggalan untuk mengambil peluang mempromosikan pengambilan pelajar terutama kepada pelajar-pelajar sekolah menengah atas.

Wednesday, April 16, 2014

LAWATAN KERJA PEMANTAUAN 'OUTLET' PREKA DI PULAU TIOMAN

9 April 2014

Bahagian Rekaan Ibu Pejabat, En. Halim dan En. Mohd Nazri bersama pegawai pereka Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang, En. Norizwan telah melakukan lawatan kerja pemantauan untuk kedai PREKA di Pulau Tioman iaitu di Kg. Genting dan Kg. Salang.


'Outlet' PREKA di Kampung Genting

Nilai jualan di Kg. Genting adalah sebanyak RM1,525.20 manakala di Kg. Salang pula sebanyak RM1,151.00. Ke dua-dua kedai berkenaan mula menjual produk PREKA pada pertengahan tahun 2013. Perniagaan pula terhenti seketika sekitar 3 hingga 4 bulan akibat angin monsun yang melanda dan membuatkan Pulau Tioman tidak dikunjungi pelancong.


'Outlet' PREKA di Kg. Salang

Di Kg. Air Batang, cadangan untuk mewujudkan 'outlet' PREKA di dalam sebuah restoren milik En. Nazri yang baru siap dibina.


Cadangan 'outlet' PREKA yang baru di Kg. Air Batang

Dengan wujudnya 'outlet' PREKA yang menjual produk-produk hasil kraftangan tempatan diharapkan dapat memenuhi permintaan pelancong untuk mendapatkan produk-produk tempatan sebagai cenderahati apabila ke Pulau Tioman. Cadangan dari penjual pula mohon agar produk-produk berkenaan ada tanda nama PULAU TIOMAN kerana ini  akan lebih menarik minat pelancong untuk memilikinya sebagai kenang-kenangan.


Gambar & laporan oleh:
Norizwan Mat Nor
PKKM Cawangan Pahang