Friday, April 25, 2014

Program Jejak Warisan Kraf 22 - 24 April 2014


Pada 22 hingga 24 April 2014 telah berlangsung satu program yang dinamakan Program Jejak Warisan Kraf. Program ini merupakan program tahunan dan program berskala besar bagi Unit Pemuliharaan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia cawangan Pahang. 


Program ini melibatkan aktiviti-aktiviti edukraf dan interaktif kraf. Aktiviti yang dilaksanakan adalah aktiviti edukraf asas ukiran kayu, edukraf mencanting dan mewarna batik, edukraf anyaman rotan dan edukraf tenunan tapestry.
Program ini melibatkan penyertaan 17 buah sekolah, 3 IPTA dan 2 buah NGO dari sekitar daearah Temerloh dengan penyertaan seramai 810 orang peserta.


Majlis perasmian telah diadakan pada 23 April 2014 bersamaan hari rabu jam 3.00 petang dan telah dirasmikan oleh Pengarah, Bahagian Pemuliharaan, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Encik Zainal Abidin bin Che Pa dan diiringi oleh Pengarah, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia cawangan Pahang YH Dato' Hj Mohd Zubair bin Mohd Zain.


Selain aktiviti edukraf, beberapa gerai jualan usahawan juga dibuka. Pihak Institut Kraf Negara juga tidak ketinggalan untuk mengambil peluang mempromosikan pengambilan pelajar terutama kepada pelajar-pelajar sekolah menengah atas.

No comments: