Tuesday, January 4, 2011

LAWATAN KE BENGKEL USAHAWAN

Pada 22 Disember 2010 yang lalu satu lawatan ke bengkel usahawan
di telah dibuat. Usahawan yang terlibat dalam lawatan ini adalah Kayuma Industri
yang terletak di kampung Peragap,Temerloh , Pahang. Lawatan ini adalah bertujuan
untuk melihat projek bantuan yang telah diberikan kepada usahawan terbabit agar
segala bantuan yang disalurkan mencapai sasaran yang telah ditetapkan.Di harapkan
agar dengan adanya bantuan dan kemudahan yang telah diberikan ini dapat meningkatkan
taraf hidup usahawan disamping menambah pendapatan mereka dan juga menjadikan produk-produk kraf lebih bernilai dan berkualiti.