Thursday, December 20, 2012

MESYUARAT JAWATANKUASA PEMBANGUNAN TENUN PAHANG DIRAJA PADA 11 DISEMBER 2012


Pada 11 Disember 2012 yang lalu bertempat di Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja, Pulau Keladi telah diadakan mesyuarat Pembangunan Tenun Pahang Diraja yang telah dipengerusikan oleh KDYTM Tuanku Puan Pahang Tuanku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Ketibaan KDYTM Tuanku Puan Pahang pada jam 10.10 pagi dan Tuanku berkenan untuk melawat persekitaran IKTPD dan melihat kerja-kerja akhir pelajar-pelajar IKTPD semester empat serta peserta-peserta LJP tenunan. Mesyuarat bermula jam 10.50 pagi dan berakhir pada jam 3.00 petang.



Thursday, December 6, 2012

"The Best Craftmanship Award 2012 "


Seorang pengusaha kraf kayu Temerloh telah dijemput untuk menyertai 2012 International Live Wood Carving Show and Competition di Guangxi, China. Beliau yang dimaksudkan ialah En Muhaimin bin Hasbollah dari Syarikat Inakraf.Beliau bukan sahaja mewakili Persatuan PENGUKIR tetapi juga membawa nama negara pertandingan tersebut.


Pertandingan ini telah dianjurkan oleh International Wood Culture Society ( IWCS ) satu badan NGO yang berpejabat di Amerika Syarikat.

Dengan menggunakan teknik ukiran 3D beliau telah berjaya menewaskan 7 peserta lain yang terdiri daripada pengukir dari negara Indonesia, Taiwan, China dan Filipina. Ukiran yang menggambarkan sekuntum kelopak bunga di bawah punca benih melambangkan bermulanya kelahiran dalam kehidupan. Setiap sulur bertaut dan melingkar dengan sendirinya tanpa halangan serta tidak bersentuhan melambangkan sikap rendah diri serta penghormatan orang muda kepada orang yang lebih tua.

Sijil yang dimenangi

Dengan ukiran serta falsafah yang cukup cantik lahir dari hati beliau telah melayakkan beliau untuk di anugerahkan “The Best Craftmanship Award 2012” pada pertandingan tersebut dan telah membawa pulang Sijil Penghargaan dan wang tunai.

Ukiran yang mengharumkan nama negara

Menurut En Muhaimin, kejayaan ini bukan milik beliau seorang tetapi milik seluruh rakyat Malaysia. Pengiktirafan ini telah membuktikan bahawa produk ukiran kayu melayu memang dipandang tinggi di mata dunia.

Syabas dan tahniah untuk Encik Muhaimin dari kami di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.

Semasa kunjungan penulis ke bengkel beliau, beliau sedang ditemubual oleh wartawan berita dari TV9



Tahniah Pak Ngah


Baru-baru ini seorang usahawan kraf Negeri Pahang iaitu En. Mohd Jais bin Rozali atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Ngah dari Syarikat Koler Ati Creatif telah dinobatkan sebagai pemenang “National Grassroots Innovator Award ( Open Category ) dalam satu pertandingan yang dianjurkan oleh Yayasan Inovasi Malaysia ( YIM ) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Piala Kemenangan


Hadiah berupa piala dan wang tunai sebanyak RM 10, 000.00 telah disampaikan semasa World Innovation Forum (WIF) Kuala Lumpur pada 3-7 November 2012 yang lepas. Dalam pertandingan ini, sebanyak 379 peserta telah bertanding melibatkan peserta dari 13 negeri seluruh Malaysia.

Sesi temubual sedang berjalan



Menurut Pak Ngah, gasing plastik merupakan satu inovasi baru dalam pembuatan gasing Pahang atau Malaysia iaitu dari kayu kepada plastik.Inovasi yang beliau cetuskan ini  dapat menjimatkan masa pembuatan, mengurangkan kos, lebih selamat dan yang paling penting ia mesra alam.Menurut Pak Ngah lagi, anugerah ini sangat beharga kepada beliau kerana perjuangannya selama ini memertabatkan produk gasing telah dihargai.

Pihak Pengurusan Kraftangan Malaysia mengucapkan syabas dan tahniah kepada Pak Ngah atas kejayaan yang beliau telah kecapi ini. Semoga Pak Ngah akan terus maju dalam usaha memertabatkan produk gasing beliau ke peringkat yang lebih tinggi.