Wednesday, May 19, 2010

Kursus Komunikasi Berkesan Dalam Organisasi

Pada hari ini, bersamaan 19 mei 2010 Pihak pengurusan PKKM caw. Pahang telah menjayakan satu kursus yang bertajuk Kursus Komunikasi Berkesan Dalam Organisasi dengan kerjasama oleh pihak Program Khidmat Komunikasi Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan telah di sampaikan oleh penceramah En. Yusuf Bin Mohamed selaku Pegawai Urusan Axcel Training Center. Seramai 11 orang anggota kerja telah mengikuti kursus tersebut.










Tuesday, May 18, 2010

TEMUDUGA KEMASUKAN PELAJAR INSTITUT KRAF NEGARA (IKN) SESI JULAI 2010

Pada hari ini 18 mei 2010, proses temuduga pengambilan pelajar baru IKN bagi pengambilan sesi julai 2010 (Pahang) di peringkat cawangan Kraftangan Malaysia telah dilaksanakan oleh pihak pengurusan PKKM Caw Pahang . Seramai 15 calon telah menghadiri sesi temuduga pada hari ini bermula dari pukul 9.00 pagi hingga 4.00 petang. Dalam temuduga tersebut, calon juga diwajibkan melukis di hadapan penemuduga bagi penilaian bidang seni dan lukisan. Jurusan yang di tawarkan adalah, Seni Kraf Batik, Seni Kraf Tenunan, Seni Kraf Kayu, Seni Kraf Logam, Seni Kraf Seramik dan Seni kraf Rotan.











Monday, May 17, 2010

PROGRAM PENGENALAN LATIHAN ASAS BATIK LUKIS DI KG. GENTING PULAU TIOMAN

Latihan asas batik lukis telah diadakan pada 28 sehingga 30 April 2010 di Kg. Genting Pulau Tioman, seramai 23 orang peserta yang terdiri daripada penduduk tempatan telah menyertai program tersebut. Program ini dianjurkan oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang. Dalam mewujudkan kraf batik di Pulau Tioman pendedahan dan pendekatan terhadap asas pembuatan batik lukis ini dapat dipelajari dengan lebih dekat oleh peserta, selain itu juga ia dapat menarik minat penduduk Tioman dalam pembuatan kraf batik, tujuan program ini juga adalah untuk melahirhan usahawan kraf batik di Tioman itu sendiri. Selain daripada Kg. Genting latihan seumpama ini telah diadakan di Kg. Air Batang, Kg. Mukut dan Kg. Salang. Majlis penutup ini telah disempurnakan oleh En. Wahi Alkhan Pengurus Pembangunan Masyarakat dari TDA.




















Mesyuarat Bulanan Jawatankuasa Penyelaras Kementerian Penerangan Komunikasi Dan Kebudayaan (JKPKPKK) Negeri Pahang

Pada 17 mei 2010, Mesyuarat Bulanan Jawatankuasa Penyelaras Kementerian Penerangan Komunikasi Dan Kebudayaan (JKPKPKK) Negeri Pahang diadakan dan berlangsung di bilik mesyuarat PKKM Pahang. Pada mesyuarat tersebut juga telah di pengerusikan oleh YH. Dato'Hajah Hasnah Binti Hj. Hassan selaku Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Pahang. Mesyuarat bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 11.00 pagi.









Mesyuarat pembelian peralatan dan kelengkapan Institut Latihan Tenun Pahang.

Pada 16 Mei 2010 telah berlangsung Mesyuarat pembelian peralatan dan kelengkapan untuk Institut Latihan Tenun Pahang yang bertempat di Kampung Budaya Pulau Keladi, Pekan Pahang.

Mesyuarat tersebut telah berlangsung pada pukul 8.00 pg hingga 5.00 ptg, dipengerusikan oleh Ketua Pengarah PKKM sendiri iaitu Y.Bhg. En. Mohd Kamil Bin Mohd Ali. Turut serta di dalam mesyuarat tersebut ialah Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan dan Operasi, Pengarah Institut Kraf Negara, Pengarah Bahagian Usahawan, Pengarah PKKM Cawangan Pahang,Pengarah Unit Pembangunan, serta Pegawai-pegawai yang terlibat.



Mesyuarat pemeriksaan dan penyerahan bangunan


Mesyuarat pembelian peralatan dan kelengkapan


Lawatan ke kafeteria


Lawatan ke asrama pelajar


Tempat letak kenderaan ILTP



Pejabat pentadbiran


Lawatan ke bengkel tenun


lawatan ke dalam bengkel tenun

Thursday, May 13, 2010

Kajian Menghasilkan Kayu Larik Menggunakan Kaedah Kayu Basah (MC Tinggi)


Kayu Chengal, Merbau dan Kedondong Hutan


"Wood Processing Garage"

Melarik menggunakan kayu basah semakin menjadi rutin bagi pelarik mahupun usahawan larik pada masa kini. Ini kerana bahan mentah kayu masih boleh diperolehi berbanding dengan kayu yang telah lama dan kering yang mengalami kesukaran untuk mendapatkan bekalan.

Kraftangan Malaysia cawangan pahang telah menerima maklumbalas daripada pengusaha kayu larik yang telah menghasilkan produk larik setelah sekian lama menyatakan bahawa produk larik mereka terutamanya daripada kayu chengal (Neobalanocarpus heimii), merbau (Intsia palembanica), kedondong hutan (Santria laevigata) akan mengalami keretakan setelah selesai sahaja proses melarik. Keretakan berlaku samada selesai sahaja proses larik atau selepas ianya diletakan dilokasi yang telah dipilih oleh pelanggan. selain itu terdapat juga pelanggan luar negara yang membeli produk daripada mereka mengadu produk itu retak setelah ia dibawa ke negara-negara beriklim sederhana (temperete climate)

Setelah diteliti pemasalahan itu, didapati punca keretakan/kecacatan tersebut berpunca daripada sifat-sifat kayu itu sendiri. Salah satu sifat kayu yang menyumbang kepada permasalahan ini adalah 'Hygroscopicity'. hygroscopicity ini bermaksud keupayaan kayu untuk menyerap kandungan lembapan daripada atmosfera.

Dalam kajian ini, unit teknikal akan membincangkan langkah-langkah bagaimana dan rawatan asas untuk melarik kayu berkelembapan tinggi dan mengatasi masalah keretakan kayu selepas dilarik serta dikemasiap bagi membolehkan kayu larik diletakan dimana-manalokasi. Dismaping itu kepentingan teknik pengeringan dan kemasiapan juga akan dikaji. Kayu basah ini bermaksud kehadiran kandungan lembapan (MC) kayu yang tinggi dimana dalam sains kayu MC yang rendah akan memudahkan kawalan kualiti kayu (oldag, Ben). Kayu basah ini akan memberikan banyak masalah pada pengusaha kraf kayu dengan kawalan terhadap pegerakan MC dalam kayu, serangan agen perosak dan keretakan pada produk larik apabila ianya selesai diproses.

Gotong-Royong Membersih Bengkel Dan Kawasan Pejabat Perbadanan Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang.

Pada 12 hingga 13 mei 2010 Kraftangan Malaysia cawangan Pahang telah mengadakan aktiviti gotong-royong yang melibatkan semua angota kerja bagi setiap unit.Setiap unit pula telah dibahagikan tempat untuk menjalankan tugas masing-masing. Aktiviti ini bermula dari pukul 8.30 pagi dan berakhir pada 12.30 tengah hari.


Unit Teknikal di tugaskan ditepat letak kenderaan

Unit Promosi & Pemuliharaan Kraf di tugaskan di kawasan tempat letak kenderaan berbumbung dan kawasan padang

Unit Pentadbiran di tugaskan dibahagian hadapan Pusat Pemasaran Karyaneka

Unit Pembangunan Ushawan dikawasan hadapan bengkel gunasama