Monday, November 22, 2010

Kursus Batik Mesra Alam, Pulau Tioman

Pada 27hb - 30hb September 2010,Unit Pembangunan Usahawan Caw. Pahang telah mengadakan Kursus Batik Mesra Alam di Kg. Air Batang, Pulau Tioman. Peserta seramai 10 orang daripada bekas pelatih Latihan Jangka Pendek yang mewakili Kg. Air Batang, Kg. Genting dan Kg. Salang. Kursus ini dilaksanakan di Bengkel Usahawan Pulau Tioman iaitu Norita Batik. Pengajar En. Ab Aziz Awang yang mengajar kursus tersebut ialah seorang usahawan dari Negeri kelantan yang mempunyai banyak pengalaman
dalam bidang pembuatan Batik Mesra Alam dan Pewarnaan Alam semulajadi. Pengarah PKKM caw.Pahang turut hadir semasamajlis penutupan kursus tersebut.


Pengajar sedang memberi penerangan kepada peserta kursus



Penerangan daripada pengajar mengenai batik mesra alam



Peserta sibuk melakukan proses pewarnaan pada kain yang telah diikat



Peserta bekerjasama melakukan proses mericik daun mangga
untuk proses pewarnaan alam semulajadi



Tekun..proses mewarna selepas menggunakan bahan
yang menggantikan lilin



Pengajar memberi tunjuk ajar kepada peserta



Bahan baru..pengajar mengajar cara menggunakan tiub
yang menggantikan canting


Peserta berhati-hati dalam proses melakar pada kain



Semasa majlis penutup kursus Batik Mesra Alam



Penyampaian sijil daripada Pengarah PKKM Caw. Pahang



Tamat...Peserta dari Kg. Genting bertolak balik


APA ITU BATIK MESRA ALAM ?

Batik Mesra Alam merupakan satu proses dimana ia tidak menggunakan bahan kimia
yang berlebihan dalam penghasilan sesuatu produk batik. Kajian ini dilaksanakan
supaya dapat menggalakkan penduduk pulau mempelajari teknik-teknik proses
mesra alam yang bertujuan menghindari dari pencemaran alam di sekitar Pulau Tioman.
Dengan menggunakan bahan mentah seperti kanji dan teknik stim ia dapat mengurangkan
penggunaan bahan kimia seperti lilin dan bahan pemati iaitu silikate.