Tuesday, December 15, 2009

1 Muharam 1431

Photobucket

Semoga tahun baru ini membawa keberkatan pada diri kita semua dan umat Islam sedunia daripada kami tenaga kerja Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang.

Taklimat Dasar Keselamatan, Latihan Sistem Pengurusan Sumber Manusia, Media Bank Dan Membangunkan Blog

14 Disember 2009, Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang telah menerima kunjungan dari Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat untuk menyampaikan taklimat Dasar Keselamatan ICT.

Seramai 29 orang anggota kerja telah menghadiri taklimat tersebut yang diadakan pada sesi pagi hingga tengah hari.

Latihan Sistem Pengurusan Sumber Manusia diadakan pada sesi petang selepas jamuan tengah hari. Sistem adalah bertujuan untuk pengurusan permohonan kursus secara dalam talian pada amnya. Selain itu, sistem ini juga banyak menyampaikan maklumat dari semasa ke semasa mengenai kursus di cadangkan oleh Bahagian HR.