Wednesday, February 26, 2014

Lawatan & Pendidikan kraf (MRSM Tun Abdul Razak, Pekan) di Institut Kemahiran Tenun Pahang DiRaja Tengku Ampuan Besar Meriam

Salam 1Malaysia, pada hari Rabu (26 Feb 2014) lawatan dari MRSM Tun Abdul Razak ke IKTPD adalah seramai lebih kurang 200 orang. Lawatan bermula pada jam 9.00 pagi, pelajar-pelajar dibawa melawat ke galeri IKTPD untuk melihat hasil-hasil produk pelajar dan kemudianya di bawa ke bengkel pra-proses dan bengkel menenun untuk melihat serba sedikit proses-proses Tenun Pahang DiRaja yang dibuat oleh pelajar-pelajar IKTPD serta usahawan Cik Umi Suraya.

Selepas lawatan pelajar-pelajar MRSM dibawa ke bengkel pra-proses untuk menjalankan aktiviti pendidikan kraf pembuatan gelang tangan (menggunakan benang nylon) & mewarna batik. Aktiviti dan lawatan ini berakhir pada jam 1.00 tengahari




Monday, February 17, 2014

Pertandingan Produk Kraf Sempena HKK 2014

KLIK GAMBAR UNTUK VIEW LEBIH JELAS

Semua usahawan kraf adalah dijemput untuk menyertai pertandingan ini.
Maklumat lanjut : http://hkk.kraftangan.gov.my/

Wednesday, February 12, 2014

Lawatan Pemantauan Orientasi Pengeluaran ( OP ) Bahagian Usahawan



Pada 5 Februari 2014 sehingga 7 Februari 2014 yang lepas, dua pegawai dari Bahagian Usahawan Ibu Pejabat iaitu En Azrul bin Hussien dan En Nizam bin Abu telah turun ke negeri Pahang bagi melaksanakan pemantauan terhadap projek OP usahawan yang terlibat dengan HKK 2014.



Aktiviti pemantauan ini adalah untuk melihat perkembangan produk-produk OP yang dihasilkan oleh usahawan terlibat.



Bagi memudahkan aktiviti pemantauan, unit usahawan PKKM Pahang telah membahagikan pasukan pemantau kepada dua pasukan. Pasukan pertama terdiri daripada En Azrul ( Bah. Usahawan HQ ), En Faizul ( Unit Usahawan PKKM Pahang ) dan En Rosidi ( Unit Rekaan PKKM Pahang) manakala pasukan kedua terdiri daripada En Nizam ( Bah. Usahawan HQ ), En Safarin ( Unit Usahawan PKKM Pahang ) dan En Hairi ( Unit Rekaan PKKM Pahang ) serta Pn Ropiah ( Unit Rekaan Tekstil PKKM Pahang ).



Pemantauan ini melibatkan 16 usahawan dalam bidang kraf kayu, Tenun Pahang Diraja, batik, rotan dan logam membabitkan daerah Bentong, Temerloh, Pekan dan Kuantan.







Monday, February 10, 2014

LAWATAN SEK.MEN.KEB. JERANTUT KE IKTPD TENGKU AMPUAN BESAR MERIAM, PULAU KELADI PEKAN


 Pada 5 Februari 2014 yang lalu, IKTPD menerima lawatan dari Sek Men Keb Jerantut seramai 40 orang termasuk guru dan pelajar-pelajar. Lawatan bermula pada jam 2.30 petang, IKTPD mengaturkan beberapa aktiviti seperti kuiz , pameran di galeri IKTPD dan demonstrasi tenunan dari pelajar-pelajar, peserta inkubator dan usahawan berdekatan. Lawatan berakhir pada jam 4.00 petang. Lawatan ini sedikit sebanyak dapat mempromosikan IKTPD kepada pelajar-pelajar sekolah dan memperkenalkan warisan Tenun Pahang DiRaja.



Monday, February 3, 2014

HARI KRAF KEBANGSAAN 2014



HKK14

26 Feb - 10 Mac 2014

Menghimpunkan produk kraf seluruh negeri yang berkualiti, berinovasi dengan rekaan motif-motif kraf yang terkini bagi kegunaan masyarakat tempatan dalam penggayaan hidup masa kini.

Anda dijemput untuk bersama-sama meriahkan acara tahunan sambutan Hari Kraf Kebangsaan 2014 yang ke-12. Saksikan hasil seni kraf tempatan dan temuilah usahawan-usahawan kraf dari seluruh Malaysia.

Semua dijemput hadir