Wednesday, July 27, 2016

Moh kite ke Promosi Kraf di Pusat Beli-Belah East Coast Mall, Kuantan Pahang 2016



Moh kite ke Promosi Kraf di Pusat Beli-Belah East Coast Mall, Kuantan Pahang

Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang akan mengadakan Promosi Kraf di Pusat Beli-Belah seperti ketetapan berikut :- 

Tarikh       :    03-07 Ogos 2016 
Masa         :    10.00 pagi hingga 10.00 malam 
Tempat     :    Pusat Membeli-belah East Coast Mall, Kuantan 

Acara promosi ini akan melibatkan 31 syarikat pengeluar kraf  yang memperagakan produk kraf ukiran kayu, perabot, perhiasan diri dari logam perak, Tenun Pahang Diraja, songket, batik, rotan, produk hasil rimba, cenderamata dan hiasan rumah yang disertai oleh pengusaha kraf dari Pahang, Pulau Pinang, Kelantan, Selangor, Terengganu, Perak, Johor, Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan. 

Jom dapatkan pelbagai produk kraf dengan potongan harga menarik

Jangan lepaskan peluang untuk mencuba sendiri aktiviti-aktiviti interaktif kraf yang disediakan seperti interaktif kraf mewarna batik, interaktif kraf menganyam rotan dan interaktif kraf asas tenunan tapestri. Anda pastinya teruja!!

Datang jangan tak datang. Pastikan temujanji anda bersama kami!!!


Tuesday, April 5, 2016

Lawatan Kerja Y.Bhg Tan Sri KSU Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan


Y.Bhg Tan Sri Dr. Ong Hong Peng, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan telah membuat lawatan kerja selama dua hari ke negeri Pahang khususnya di Kuantan pada 28 dan 29 Mac yang lalu. Sempena lawatan kerja ini Y.Bhg Tan Sri KSU telah menyempurnakan beberapa penyerahan bangunan antaranya penyerahan bangunan Perpustakaan Awam Negeri Pahang dan penyerahan Projek Pelancongan Taman Gelora.


Selain itu Y.Bhg Tan Sri KSU turut dibawa melawat beberapa tempat menarik di Kuantan seperti Firefly Sungai Cherating dan Morning Walk @ Bukit Pelindung Kuantan. Semua aktiviti ini melibatkan semua pengarah jabatan dan agensi di bawah MOTAC Pahang.

Sebelum bertolak pulang ke Kuala Lumpur Y.Bhg Tan Sri sempat meluangkan masa untuk singgah ke Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang. Y.Bhg Tan Sri telah dibawa melawat ke Galeri Warisan, Bengkel Gunasama, Bengkel Inkubator, Galeri Produk dan sekitar kawasan pejabat Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang.

Lebih menarik Y.Bhg Tan Sri juga turut mencuba mengukir panel kayu. Kami di Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang ingin merakam setinggi-tinggi penghargaan kepada Y.Bhg Tan Sri KSU atas kesudian beliau untuk singgah ke Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang.

Y.Bhg Tan Sri mencuba sendiri ukiran kayu

Friday, January 15, 2016

Selamat Bersara Kak Ana


Selamat bersara kepada Puan Siti Rohanah Tarmidi atau lebih mesra dikenali dengan panggilan Kak Ana oleh semua anggota kerja Kraftangan Malaysia. Terima kasih pihak pengurusan Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang ucapkan kepada Kak Ana atas jasa dan bakti selama berkhidmat dengan Kraftangan Malaysia selama 35 tahun.


Semoga Kak Ana akan berjaya walau di mana Kak Ana berada. Pihak pengurusan juga telah mengadakan satu majlis makan malam sempena meraikan majlis persaraan Kak Ana. Majlis ini diadakan sekali dengan Majlis Penyampaian Sijil Tamat Latihan Jangka Pendek Larik dan Tenun Pahang Diraja.


Majlis turut dihadiri oleh Wakil Pengarah Kanan, Bahagian Pembangunan Industri Puan Roshaida dan Wakil Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan dan Perkhidmatan En Chiptoh Paratoh.

Sekali lagi pihak pengurusan Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang ingin mengucapkan terima kasih dan selamat maju jaya kepada Kak Ana. Semoga ikatan kekeluargaan yang terbina selama ini tidak terputus walaupun selepas persaraan beliau.