Tuesday, April 5, 2016

Lawatan Kerja Y.Bhg Tan Sri KSU Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan


Y.Bhg Tan Sri Dr. Ong Hong Peng, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan telah membuat lawatan kerja selama dua hari ke negeri Pahang khususnya di Kuantan pada 28 dan 29 Mac yang lalu. Sempena lawatan kerja ini Y.Bhg Tan Sri KSU telah menyempurnakan beberapa penyerahan bangunan antaranya penyerahan bangunan Perpustakaan Awam Negeri Pahang dan penyerahan Projek Pelancongan Taman Gelora.


Selain itu Y.Bhg Tan Sri KSU turut dibawa melawat beberapa tempat menarik di Kuantan seperti Firefly Sungai Cherating dan Morning Walk @ Bukit Pelindung Kuantan. Semua aktiviti ini melibatkan semua pengarah jabatan dan agensi di bawah MOTAC Pahang.

Sebelum bertolak pulang ke Kuala Lumpur Y.Bhg Tan Sri sempat meluangkan masa untuk singgah ke Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang. Y.Bhg Tan Sri telah dibawa melawat ke Galeri Warisan, Bengkel Gunasama, Bengkel Inkubator, Galeri Produk dan sekitar kawasan pejabat Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang.

Lebih menarik Y.Bhg Tan Sri juga turut mencuba mengukir panel kayu. Kami di Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang ingin merakam setinggi-tinggi penghargaan kepada Y.Bhg Tan Sri KSU atas kesudian beliau untuk singgah ke Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang.

Y.Bhg Tan Sri mencuba sendiri ukiran kayu

No comments: