Friday, December 16, 2011

Hadis : Ganjaran Istimewa Dari Amal Kebaikan

Ganjaran Istimewa Dari Amal Kebaikan

Hadith :
Nabi s.a.w bersabda: "Tidak ada satu hari yang terbit mataharinya melainkan ada di kiri kanan matahari itu: dua Malaikat yang menyerukan seruan yang didengari oleh semua makhluk Allah selain dari manusia dan jin, katanya: "Wahai sekalian manusia! Marilah kamu semua berusaha mengerjakan amal bakti kepada Tuhan kamu, kerana sesungguhnya pendapatan-pendapatan yang sedikit serta mencukupi keperluan hidup di dunia adalah lebih baik daripada pendapatan-pendapatan yang banyak serta melalaikan bekalan akhirat; dan tidak masuk matahari melainkan ada di kiri kanannya dua Malaikat yang menyerukannya seruan yang didengarinya oleh semua makhluk Allah selain dari manusia dan jin, katanya: "Ya Tuhan kami! Berikanlah ganti yang berganda-ganda kepada orang yang mencurahkan nikmat-nikmat yang dikurniakan kepadanya pada jalan yang diredhai Allah, dan timpakanlah kerugian yang besar ke atas orang yang menahan nikmat-nikmat Allah itu daripada mengeluarkannya pada jalan yang dituntut oleh Allah."

Abu ad-Dardaa' r.a




Huraian
Pengajaran hadith:
i) Dalam menghadapi kehidupan dunia manusia mestilah berwaspada, jangan mudah terpedaya dengan perkara yang melalaikan diri daripada berusaha mengerjakan amal kebaikan lebih-lebih lagi perkara yang berhubung dengan harta benda dan cara membelanjakannya.
Ii) Dalam hadith ini Rasulullah s.a.w menyatakan bahawa pada tiap-tiap hari terdapat dua malaikat yang menyeru manusia supaya:
a) Mengerjakan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang untuk mencapai keredhaan Allah.
B) Mengambil ingatan bahawa pendapatan seharian yang diperoleh meskipun sedikit tapi mencukupi keperluan hidup di dunia yang meliputi harta benda dan nikmat-nikmat yang lain sebenarnya adalah lebih baik daripada pendapatan yang banyak tetapi melalaikan manusia itu daripada mengerjakan amal ibadat dan kebajikan sebagai bekal untuk mencapai kebahagiaan yang kekal di akhirat kelak.
iii) Sesungguhnya manusia yang membelanjakan harta benda, ilmu pengetahuan dan tenaganya di jalan Allah akan sentiasa didoakan oleh malaikat semoga Allah memberikan balasan yang berganda-ganda untuk dirinya, sebaliknya bagi yang bakhil, didoakan agar ditimpa kerugian yang besar.

sumber : e-Hadith

Thursday, December 1, 2011

Lawatan Peserta 37th ASEAN Ports Association Main Committee Meeting

Pada 24 November 2011 lebih kurang jam 10.30 pagi PKKM Pahang telah menerima tetamu daripada peserta-peserta yang terlibat dengan 37th ASEAN Ports Association Main Committee Meeting. Peserta ini terdiri daripada wakil-wakil dari sekitar negara ASEAN seperti Thailand, Singapura, Indonesia, Philipina, Brunei dan beberapa negara lagi termasuk tuan rumah Malaysia.


Kedatangan 80 orang peserta termasuk anggota kerja Lembaga Pelabuhan Kuantan telah disambut oleh En Norizwan Mat Nor selaku timbalan pengarah PKKM Pahang. lawatan di mulakan dengan sedikit penerangan ringkas dan lawatan sekitar galeri dan pusat jualan. Lawatan ini turut diserikan dan dimeriahkan lagi dengan aktiviti mencanting batik oleh peserta lawatan.


Lebih kurang 2 jam lawatan ini selesai dan di akhiri dengan sedikit jamuan ringan yang disediakan oleh pihak Lambaga Pelabuhan Kuantan. Terima kasih kepada semua anggota kerja yang terlibat dengan aktiviti ini.Semoga lawatan peserta ini akan memberikan pengalaman yang berharga buat mereka terutama dalam mengenali barangan kraftangan negara kita.

Friday, November 11, 2011

Tahniah atas kelahiran cahaya mata


Alhamdulillah PKKM Pahang baru sahaja menerima dua orang baru dalam keluarga besar kami..Pengarah, En Mohd Zubair kira dapat cucu la..;-)

Tahniah di ucapkan kepada Puan Zamhuriah ( Pen Peg Ehwal Ekonomi ) & Suami atas kelahiran puteri pertama beliau pada 17 Oktober 2011 seberat 3.2 kilogram semasa dilahirkan. Puteri mereka telah diberi nama Izz Zayani Faiqa binti Md Fadzli



IZZ ZAYANI FAIQA



Tahniah juga di ucapkan kepada Encik Safarin ( Pen Peg tadbir ) & Isteri atas kelahiran puteri pertama mereka pada 28 Oktober 2011 seberat 2.60 kilogram semasa dilahirkan. Puteri mereka telah diberi nama Nur Syaza Sofia binti Safarin.

Nur Syaza Sofia





Tuesday, November 1, 2011

Sekitar Promosi Kraf Malaysia 2011 ( 27 - 31 Oktober 2011, East Coast Mall Kuantan )

Alhamdulillah Promosi Kraf Malaysia 2011 East Coast Mall, Kuantan Pahang telah berjalan dengan jaya nya bermula pada 27 Oktober sehingga 31 Oktober 2011 yang lepas. Terima kasih kepada semua anggota kerja yang bertungkus lumus sama-sama berganding bahu untuk melaksanakan promosi ini sejak dari mula sehingga selesai.


Bagi yang tidak berkesempatan mengunjungi promosi tersebut di sini PK Pahang ingin berkongsi beberapa aksi yang sempat lensa kamera kami rakam kan sepanjang lima hari promosi ini berjalan..


Memang promosi ini menjadi tumpuan dan di tunggu-tunggu oleh masyarakat sekitar Kuantan dan bukti nya memang ramai pengunjung yang hadir dan rekod jualan usahawan yang terlibat juga meningkat dari tahun-tahun sebelumnya..


Semoga promosi-promosi yang akan di adakan pada masa akan datang lebih berjaya dan sukses.Tahniah kepada semua yang terlibat dan terima kasih kepada semua usahawan, pengunjung dan sesiapa sahaja yang datang memeriahkan promosi yang telah diadakan ini.


Sepanjang 5 hari promosi ini berlangsung berbagai aktiviti telah dijalankan seperti jualan usahawan, jualan batik 1Malaysia, pameran produk baru, aktiviti pendidikan kraf, persembahan kesenian dan permainan rakyat. Pihak RTM juga tidak ketinggalan membuat lintas langsung melalui PahangFM sepanjang promosi ini berlangsung.



Tuesday, October 18, 2011

Promosi Kraf Malaysia 2011 ( 27 - 31 Oktober 2011, East Coast Mall Kuantan )



Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang akan mengadakan Promosi Kraf Malaysia pada :

Tarikh : 27 Oktober hingga 31 Oktober 2011

Masa : Jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam

Tempat : Ruang Legar Utama, East Coast Mall, Kuantan

Promosi ini akan disertai oleh 54 usahawan kraf dari seluruh negara dan menawarkan berbagai barangan kraf untuk diperolehi. Terdapat juga aktiviti tambahan seperti jualan batik 1Malaysia, demonstrasi kraf, pendidikan kraf, pameran produk baru, permainan rakyat dan persembahan kesenian.

Semua Dijemput Hadir

Monday, September 19, 2011

Perarakan Sempena Sambutan Kemerdekaan Ke 54 Peringkat Negeri Pahang

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia buat semua pembaca blog Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang.Pada 16 September 2011 telah diadakan satu perarakan sempena sambutan kemerdekaan ke 54 Peringkat Negeri Pahang dan sambutan Hari Malaysia. PKKM Pahang melalui Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan Negeri Pahang juga tidak ketinggalan menyertai perarakan ini dan Kraftangan Malaysia telah diwakili oleh 5 orang anggota kerja yang terdiri daripada Azrul Izwan (Aloy), Yunus (Noi), Khalid,Fazira dan Fauziah.

Sempat Posing dengan Pengarah lagi ;-)

Turut menjadi tetamu pada majlis perarakan ini adalah Pengarah Cawangan sendiri iaitu En Mohd Zubair Mohd Zain. Menurut anggota kerja yang terlibat acara tersebut telah berlansung meriah tetapi dalam keadaan sederhana. Ikuti aksi-aksi menarik yang sempat dirakam oleh anggota kerja terlibat semasa perarakan tersebut.

Kibarkan Jalur Gemilang

Untuk pengetahuan semua, anggota kerja PKKM Pahang yang terlibat dengan perarakan ini telah mula berlatih dan menyertai raptai pada 12,13 dan 14 Semtember 2011. Latihan dan raptai ini bermula pukul 8.00 pagi setiap hari. Oleh itu, pihak pengurusan PKKM Pahang ingin mengucapkan setinggi terima kasih dan penghargaan kepada semua anggota kerja yang terlibat atas komitmen yang tinggi dalam menyertai dan menjaga nama baik PKKM Pahang sepanjang berlansung nya perarakan ini.

Sempat pose sementara tunggu acara

Kepada Aloi, Noi, Khalid, Fazira dan Fauziah anda semua jangan lupa masukkan acara ini dalam borang LNPT anda nanti. Wakil di peringkat negeri Pahang dan markah juga agak tinggi ;-)


Model Kraftangan Pahang


Jejaka Idaman Malaya






Oleh : Safarin

Wednesday, September 7, 2011

Takziah untuk En Mat Ramly Yaacob


Pihak Kraftangan Malaysia cawangan Pahang ingin mengucapkan setinggi-tinggi takziah kepada En Mat Ramly Yaacob ( Pembantu Ehwal Ekonomi E22 ) Pusat Inkubator Kraf Temerloh atas pemergian ibu beliau ke rahmatullah akibat sakit tua pada malam 5 September 2011 yang lalu. Dikesempatan ini marilah kita bersama-sama menyedekahkan bacaan Al-Fatihah kepada roh Allahyarhamah.

AL-FATIHAH

Thursday, August 25, 2011

VIDEO UCAPAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1432H


Video Ucapan Selamat Hari Raya PKKM Pahang


Warga Kerja Kraftangan Malaysia cawangan Pahang ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua umat Islam tidak kira di mana jua anda berada. Kepada yang memandu pulang ke kampung pandulah dengan penuh berhemah supaya dapat sampai ke destinasi yang dituju dengan selamat. Dengan ingatan tulus ikhlas.

Wednesday, August 24, 2011

Program "Kacau Dodol" sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri

Pada 23 Ogos 2011 bertempat di perkarangan tempat letak kereta Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser ( PKBF ) Kuantan telah berlangsung satu program "Kacau dodol" sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang tidak berapa lama lagi. Pada sebelah malam nya pula turut diadakan majlis berbuka puasa. Program ini telah dijayakan bersama oleh jabatan-jabatan dan agensi-agensi di bawah Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Warisan Negeri Pahang. Program turut diserikan dengan kehadiran Yang Berhormat Dato' Haji Shafik Fauzan bin Haji Sharif. Beberapa anggota kerja Kraftangan Malaysia cawangan Pahang telah terlibat dengan aktiviti ini. Tidak ketinggalan, Pengarah Kraftangan Malaysia cawangan Pahang sendiri En Mohd Zubair Mohd Zain turut bersama-sama menyertai gotong-royong mengacau dodol.

Dodol dah mula nak mengeras..kacau jangan tak kacau


En Zubair bersama YB Dato Haji Shafik


Hairi dan Syafiq tunjuk skills, Aloy jadi supervisor ;-)


Kacau jangan tak kacau


Geng mengacau lempok durian










Wednesday, August 10, 2011

Lawatan Kerja Ketua Pengarah Ke Perkampungan Orang Asli


En.Mohd Kamil duduk mendengar penerangan oleh En. Isa Hamid Pengarah JAKOA Pahang sambil dibantu oleh Pengarah Rekaan Kraf.



Antara produk-produk kraf yang dihasilkan oleh orang asli
di Kg. Penderas Daerah Temerloh



Mengunjung ke rumah salah seorang pembuat kraf arca
kayu di Kg. Pian



Sesi bergambar bersama warga kerja Kraftangan Malaysia, JAKOA
serta pembuat kraf arca di Kg. Pian






Lawatan kerja yang akhir singgah di Kg. Sungai Kol
berjumpa bersama peserta pembuat kraf arca daripada kayu


Pada 5 Ogos 2011 yang lalu, Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia Yang Berbahagia En. Mohd Kamil Bin Mohd Ali bersama pengarah bahagian rekaan dan bahagian usahawan telah mengadakan lawatan kerja ke perkampungan orang asli di Kg. Penderas, Kg. Pian di Daerah Temerloh seterusnya Kg.Sg. Kol di Daerah Jerantut. Hari ini merupakan hari yang bersejarah bagi Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang kerana En. Mohd Kamil Bin Mohd Ali merupakan Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia yang pertama menjejak kaki ke perkampungan Orang Asli di Negeri Pahang D.M khususnya di daerah Temerloh dan Jerantut. Lawatan kerja ini adalah bertujuan melihat sendiri serta ramah mesra bersama pembuat-pembuat kraf orang asli yang sedia ada.
Ketibaan Y.Berbahagia Ketua Pengarah disambut oleh warga Kraf Cawangan Pahang dan Pengarah JAKOA Pahang, En. Isa Hamid di atas komitmen Kraftangan Malaysia dalam membangunkan kraf orang asli di Negeri Pahang.

Semasa lawatan tersebut Yang Berbahagia KP telah meminta Pengarah PKKM Cawangan Pahang agar produk anyaman di Kg. Penderas dan produk arca daripada kayu Kg. Pian dan Kg. Sg. Kol yang telah sedia ada dapat diketengahkan dengan ditambah nilai agar dapat dipamerkan serta dijual pada Hari Kraf Kebangsaan 2012.

Monday, August 1, 2011

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak


Warga Kerja Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Dan Selamat Berpuasa Kepada Seluruh Umat Islam Di Mana Jua Anda Berada.Semoga Ramadhan Kali Ini Membawa Seribu Kerahmatan Kepada Anda Semua

Renungkan lah hadis dan maksud nya ini :

Hadith :
Rasulullah S.A.W bersabda yang maksudnya:"Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata:"Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku. "Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan;kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk ( dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk."

Huraian

Pengajaran Hadis:
i) Puasa merupakan perkara ‘dharuriah’ dalam agama di mana sesiapa yang mengingkari wajibnya puasa maka ia menjadi kufur, manakala sesiapa yang meninggalkan puasa tanpa uzur syarie, hendaklah ia dihukum.
ii) Puasa memaksa kita meninggalkan nafsu syahwat walaupun pada perkara yang telah dihalalkan untuk melakukannya (sebelum Ramadhan). Dengan itu puasa sebenarnya dikatakan sebagai pendidik untuk kita menjadi lebih tegas, berdisiplin dan sabar dalam berhadapan dengan sebarang godaan sepanjang Ramadhan berlangsung.
iii) Bulan Ramadhan dikenali juga sebagai bulan prestasi, di mana Allah memberikan kesempatan kepada orang-orang yang beriman untuk memperbaiki darjatnya di sisi Allah S.W.T bahkan di bulan ini semua aktiviti yang harus di sisi syarak dikira sebagai suatu ibadah kepada Allah S.W.T.
iv) Puasa yang dilakukan dengan ikhlas kerana Allah semata-mata akan bernilai sepuluh kebajikan (atau lebih). Oleh itu orang yang puasa di bulan Ramadhan dan diiringi dengan puasa enam hari di bulan Syawal dinilai sama dengan puasa sepanjang tahun. Hal demikian disebutkan dalam hadis Rasulullah s.a.w.
v) Ramadhan adalah bulan ibadah untuk mendekatkan diri kepada Allah seperti yang dilakukan oleh para salafus-soleh. Dengan itu kita hendaklah benar-benar berusaha agar tidak ada waktu berlalu tanpa amal soleh sepanjang Ramadhan ini kerana bulan Ramadhan adalah bulan permohonan, munajat, hidayah dan meraih petunjuk kebenaran daripada Allah S.W.T.


oleh : Safarin Sulaiman

Friday, July 22, 2011

Bimbingan Teknikal Anyaman Mengkuang, Bukit Kenau

Pengarah PKKM Cawangan Pahang merasmikan pembukaan kursus
Para peserta sedang mendengar taklimat daripada Pengarah



Peserta sedang mempelajari asas anyaman mengkuang



Majlis Penyampaian sijil kepada salah seorang peserta



Sesi bergambar bersama peserta, tenaga pengajar serta kakitangan PKKM Cawangan Pahang





Bimbingan teknikal anyaman mengkuang ini telah dijalankan pada 1 hingga 5 julai 2011 bertempat di Pusat Komuniti Bukit Kenau Pekan Pahang, peserta yang mengikuti latihan tersebuat adalah seramai 15 orang.

Bimbingan ini diadakan ekoran dari cadangan daripada Menteri KPKK sempena Majlis Perasmian Pusat Komuniti Bersepadu Bukit Kenau, Pulau Manis Pekan yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Jemaah Menteri pada 9 Februari 2011. Menteri KPKK Yang Berhormat Dato’ Sri Utama Dr. Rais Yatim telah menyarankan kepada Kraftangan Malaysia agar membantu komuniti tersebut dalam menghasilkan produk warisan anyaman mengkuang memandangkan anyaman yang dijalankan oleh komuniti tersebut adalah anyaman plastik.

Objektif Bimbingan Teknikal ini dilaksanakan agar dapat memberi peluang kepada penduduk setempat mempelajari berkenaan penghasilan kraf anyaman mengkuang, selain itu juga ia dapat menambahkan pendapatan isi rumah terutama kaum wanita serta melahirkan lebih ramai tenaga kerja dalam bidang industri kraf.Kelompok ini boleh membantu dalam penyediaan Bahan Mentah didalam rangkaian projek bimbingan pengeluaran dan orientasi pengeluaran yang sedang dalam perlaksanaan kraftangan Malaysia 2011 ini.

Berdasarkan pemerhatian yang telah dibuat rata-rata peserta dapat mempelajari asas anyaman mengkuang ini dengan baik, dalam tempoh 5 hari bimbingan teknikal ini diadakan setiap peserta dapat menghasilkan 2 bidang tikar yang berukuran 2” x 3”.

Dikesempatan itu juga Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang telah merasmikan serta menutup dan menyampaikan sijil kepada para peserta. Dengan adanya bimbingan teknikal ini dapat menambah dan memberi peluang kepada peserta menceburkan diri dalam pengeluaran ayaman mengkuang, pada keseluruhanya program aktiviti ini telah berjaya diikuti oleh peserta dari Pusat Komuniti Bukit Kenau. Selain itu juga ia berpotensi menjadi pembekal anyaman mengkuang kepada usahawan Pahang yang menghasilkan produk hiliran.






















Thursday, July 14, 2011

Lawatan MTCP anjuran INTAN ke Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang

Pada 12 Julai 2011, peserta dari Program Malaysian Technical Program (MTCP) anjuran INTAN Bukit Kiara telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Negeri Pahang dan salah satu destinasinya adalah Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang. Tujuan program MTCP ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada semua peserta Program MTCP berhubung dengan perancangan ekonomi negeri, pembangunan, pelaksanaan serta untuk mempromosikan aktiviti ekonomi tempatan dan tempat tarikan pengunjung di Negeri Pahang.


Peserta Lawatan Bergambar bersama Pengarah PKKM Pahang

Peserta-peserta Program MTCP adalah terdiri daripada pegawai-pegawai kerajaan daripda gegara-negara sedang membangun seperti Bangladesh, Senegal, Sudan, Seychelles, Tanzania, Thailand, Uganda, Uzbekistan, Vietnam dan Zimbabwe. Melalui program ini ianya diharapkan dapat meningkatkan lagi hubungan ekonomi di antara Malaysia dan negara-negara yang terlibat.

Mencuba Edu Kraf Ukiran Kayu

Antara aktiviti yang diadakan adalah penerangan mengenai Kraftangan Malaysia dan aktiviti pendidikan kraf seperti mencanting batik, anyaman rotan dan ukiran kayu. Peserta-peserta dari Program MTCP juga turut mencuba aktiviti pendidikan kraf ini.

Edukraf anyaman rotan

Penyampaian cenderahati oleh Pengarah kepada semua peserta MTCP


Wakil MTCP menyampaikan cenderhati kepada Pengarah PKKM PAHANG


Gotong Royong Sempena HBP 2011

Pihak pengurusan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang telah mengadakan aktiviti gotong-royong sempena sambutan Hari Bertemu Pelanggan 2011. Gotong-royong ini telah dijalankan pada 08 Julai 2011 yang melibatkan anggota kerja di Kuantan. Pihak Pengurusan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang memberi komitmen terbaik untuk menjayakan gotong-royong serta kerjasama mereka telah memastikan ia terlaksana dengan baik dan lancar di sepanjang aktiviti ini dijalankan.

Bersemangat mengilap tingkap

Buat apa tu aloi??

Pelajar praktikal juga tidak ketinggalan membantu

Bincang apa tu Jamal & Pak Dee?

Noi buat kerja la bukan tengok je...





Tuesday, June 21, 2011

Program Lawatan Dan Pendidikan Kraf Dari Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta

Pada 7 Jun 2011 (Selasa), Unit Pemuliharaan Kraf Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang di Kuantan telah menerima kunjungan daripada ahli keluarga pengarah-pengarah Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta dari seluruh Malaysia. Seramai 88 orang peserta telah menyertai aktiviti lawatan ini. En Norhairul Nizam Awg Malek telah memberi penerangan awal berkaitan fungsi dan aktiviti di Kraftangan Malaysia. Aktiviti lawatan ini telah dipenuhkan lagi dengan program pendidikan kraf iaitu proses membuat batik lukis seperti melukis, mencanting dan mewarna. Semoga adanya aktiviti ini sedikit sebanyak dapat memupuk semangat cintakan warisan kraf Malaysia.

Tuesday, June 7, 2011

Aktiviti Gotong-Royong















Pada 27 May 2011 warga kerja PKKM Cawangan Pahang telah sama-sama mengadakan gotong-royong bagi membersih dan menceriakan kawasan PKKM Caw Pahang. Gotong-royong ini diadakan bermula jam 3.00 petang sehingga 5 petang. Terdapat beberapa batang pokok terpaksa ditebang bagi mengelakkan longkang daripada pecah.

Dengan adanya aktiviti seumpama ini ia dapat memupuk semangat kerjasama antara anggota kerja, terima kasih kepada semua yang terlibat.

Pengambilan Buluh Rakit Di Kampung Kuala Triang, Bera


















Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia telah ditugaskan untuk mengambil buluh rakit di Kampung Kuala Triang, Bera untuk dihantar ke Simpang Pertang, Negeri Sembilan bagi dijadikan Produk Kraf berasaskan buluh. Rakit buluh ini telah digunakan pada program Kembara Berakit Antarabangsa Sungai Pahang 2011 pada 8 - 13 Mei 2011.

Terdapat 38 rakit menyertai kembara ini dan setiap rakit mempunyai 30 batang buluh yang boleh digunakan semula untuk dijadikan produk kraf. Kerja-kerja pengambilan buluh rakit ini telah dilakukan pada 18 dan 19 Mei 2011 dengan bantuan Unit Teknikal dan sebanyak 5 perjalanan lori diperlukan untuk mengangkat kesemua buluh rakit tersebut.