Friday, September 28, 2012

LAWATAN DARIPADA JABATAN KESIHATAN NEGERI KELANTAN & PEGAWAI-PEGAWAI INSTITUT PENDIDIKAN GURU,KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK CHERAS.



Salam 1Malaysia,

   Pada 26 September 2012 yang lalu, Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja menerima lawatan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan seramai 43 orang. Lawatan ini bermula pada jam 11.00 pagi sehingga jam 1 tengahari. Lawatan ini serba sedikit dapat memberi input mengenai IKTPD serta Tenun Pahang Diraja.
    Pada sebelah petangnya, pada pukul 2.30 petang kita juga menerima lawatan daripada Pegawai-pegawai daripada Pejabat Pelajaran Daerah Pekan serta Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik, Cheras seramai 25 orang. Lawatan ini telah melibatkan semua anggota kerja IKTPD untuk menjayakan lawatan pada hari tersebut. 
     Dengan adanya lawatan sebegini, informasi mengenai IKTPD serta Tenun Pahang Diraja dapat diwacanakan kepada masyarakat sekaligus dapat menjayakan peranan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia bagi memajukan industri kraf negara. Lawatan berakhir pada jam 4.30 petang.

Friday, September 14, 2012

Santai Aidilfitri Persatuan Pengukir Malaysia di Temerloh


Assalamualaikum WBT

Pada 11 September yang lepas, Persatuan Pengukir Malaysia dan Usahawan Kraf Kayu Temerloh dengan Kerjasama Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang ( Temerloh) telah mengadakan satu majlis jamuan Hari Raya Aidilfitri bersempena dengan Mesyuarat AJK Persatuan Penggiat Seni Ukir Kayu Malaysia. Ini adalah julung kali di mana Persatuan Pengukir menggunakan vanue di Kraftangan Malaysia Temerloh untuk mengadakan mesyuarat.

Antara tetamu yang hadir pada majlis tersebut ialah Yang Dipertua Persatuan Pengukir Malaysia, En Norhaiza Nordin, Pengarah Kraftangan Malaysia cawangan Pahang YH Dato' Hj Mohd Zubair Mohd Zain, Setiausaha Kehormat Persatuan Pengukir En Abd Muhaimin Hasbollah, Ketua MTIB Pahang En Saupi bin Mat Nawi, AJK-AJK Persatuan Pengukir, Penghulu Mukim Songsang, Usahawan Kraf dan anggota kerja Kraftangan Temerloh bersama ahli keluarga.

Berbagai juadah telah disediakan oleh penganjur dan suasana begitu meriah sekali.Majlis dimulakan dengan bacaan doa, seterusnya di susuli dengan ucapan oleh YDP Persatuan Pengukir dan Pengarah Krafatangan Malaysia Pahang.
Semoga dengan adanya majlis-majlis seperti ini dapat merapatkan lagi hubungan antara Persatuan, Usahawan dan pihak Kraftangan Malaysia. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.




Thursday, September 13, 2012

Lawatan Pelajar IKN Ke Sub Cawangan Pahang, Temerloh


Assalamualaikum WBT

Pada 11 September 2012 yang lepas, satu lawatan oleh pelajar jurusan tenunan Institut Kraf Negara telah dibuat ke Sub cawangan Pahang ( Temerloh ). Lawatan ini telah disertai oleh 19 orang pelajar dan diiringi oleh 2 orang guru yang diketuai oleh Puan Yusnida Yusof.


Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar berkenaan motif-motif yang terdapat pada ukiran kayu untuk dijadikan contoh kepada corak-corak dalam tenunan mereka seterusnya diadaptasikan dalam corak tenunan yang mereka hasilkan.


Semua pelajar yang terlibat telah dibawa melawat ke galeri, bengkel gunasama dan juga bengkel usahawan inkubator. En Rosidi, Pereka di Sub cawangan Pahang ( Temerloh ) telah memberi penerangan berkenaan motif-motif ukiran kepada semua peserta lawatan.
Penulis juga turut mengiringi peserta lawatan melihat semua pelajar ini begitu teruja dengan contoh-contoh produk ukiran yang mereka lihat. Semoga semua pelajar ini dapat sedikit sebanyak ilmu yang mereka perlukan dalam lawatan yang singkat ini.

Tuesday, September 11, 2012

Sambutan Kemerdekaan Peringkat Negeri Pahang `55 Tahun Merdeka, Janji Ditepati’


Pada 31 Ogos 2012 yang lalu adalah merupakan hari yang bermakna buat kita semua rakyat Malaysia kerana menyambut hari Kemerdekaan yang ke -55 dengan tema pada tahun ini `55 Tahun Merdeka, Janji Ditepati’. Bagi pihak PKKM Caw. Pahang melalui Jawatankuasa Pelancongan,Kebudayaan dan Warisan Negeri Pahang juga tidak ketinggalan menyertai perarakan perbarisan peringkat Negeri Pahang. Seramai 60 orang terlibat dalam perbarisan kali ini yang disertai dari pelbagai agensi kerajaan dan NGO dan Kraftangan telah menghantar seramai 10 orang yang terdiri daripada anggota kerja di Kuantan dan Pekan.

Pn Zila salah seorang wakil Kraftangan Malaysia yang terlibat

Untuk makluman ,anggota kerja yang terlibat dalam perbarisan ini telah mula berlatih dari 27,28,29, dan 30 Ogos 2012. Latihan bermula seawal pukul 8.30 pagi dan tamat pada 11 pagi disertai oleh tenaga pengajar dari anggota tentera Kem Batu 10,Kuantan.

Segak & Bergaya

Akhir kata,pihak pengurusan PKKM Caw. Pahang ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada semua anggota kerja yang terlibat di atas komitmen yang telah diberikan sepanjang hari latihan dan perbarisan pada kali ini.