Friday, August 23, 2013

Pusat Inkubator Kraf Temerloh
Khamis, 22 Ogos 2013

LAWATAN YB DATO' HAJI MOHD. SHARKAR BIN HAJI SHAMSUDIN
KE PUSAT INKUBATOR KRAF TEMERLOH

Pada jam 3.00 petang, premis Pusat Inkubator Kraf Temerloh telah dikunjungi oleh YB Dato' Haji Mohd. Sharkar bin Haji Shamsudin yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Perlancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang secara tidak rasmi. Kehadiran YB Dato' telah disambut oleh YH Dato' Haji Mohd. Zubair, Pengarah PKKM Cawangan Pahang yang kebetulan berada di Temerloh membuat lawatan kerja pemantauan di sana bersama kakitangan sedia ada di Temerloh. YB Dato' telah diperkenalkan kepada kakitangan pusat inkubator dan seterusnya dibawa melawat ke bilik pameran dan bilik laser oleh YH Dato' Pengarah Cawangan Pahang.

Lawatan ke ruang pameran dan bilik laser Pusat Inkubator Kraf Temerloh

Seterusnya YB Dato' telah meluangkan masa melawat usahawan-usahawan Inkubator yang berada di premis berkenaan serta melihat produk-produk yang sedang dihasilkan oleh usahawan berkenaan.

Lawatan ke bengkel usahawan Inkubator
Syarikat Unieq Craft, Syarikat Z&Z Kayu Kraf & Syarikat Seri Cempaka

Syarikat KZ Collection dan Syarikat Baharim Lepa

Dari Pusat Inkuabtor Kraf Temerloh, beliau telah dibawa melawat ke Syarikat Kayuma Industry di Kampung Peragap. Di sana, YB Dato' Hj. Mohd. Sharkar telah disambut oleh pengurus syarikat, En. Mohamad Awik serta kakitangan syarikat yang ada. Beliau berkesempatan melihat produk-produk esklusif keluaran Kayuma Industry seperti perabot, gazebo dan pergola, komponen-komponen rumah serta produk-produk cenderamata yang ada.

Lawatan di bengkel pengeluaran Syarikat Kayuma Industry,
Kampung Peragap, Kerdau

Lawatan ke kedai jualan produk Syarikat Kayuma Industri
di Kampung Bukit Raja, Songsang

Di akhir lawatan, YB Dato' menyatakan betapa kagum dan terujanya beliau melihat semua hasil-hasil kerja usahawan-usahawan kraf di Temerloh yang beliau lawati dan bercadang untuk mewujudkan satu bentuk penjenamaan kepada produk-produk kraf Pahang seperti penjenamaan Tenun Pahang Diraja agar keujudan, keunikkan dan keindahan produk-produk kraf keluaran usahawan negeri Pahang khususnya diketahui ramai serta sebagai satu kaedah tambah nilai produk melalui penjenamaan tersebut. Beliau juga berkesempatan memilih beberapa produk untuk dijadikan cenderamata.

Pihak Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang mengucapkan jutaan terima kasih kepada YB Dato' Haji Mohd. Sharkar bin Haji Shamsudin, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang atas kesudian beliau melawat Pusat Inkubator Kraf Temerloh dan beramah mesra dengan usahawan-usahawan berkenaan. Semoga keakraban ini dapat diteruskan untuk masa-masa yang akan datang. Terima kasih YB Dato'.



Pengarang & Editor
NORIZWAN MAT NOR
Jurugambar
MOHD HAIRI ABDULLAH

Tuesday, August 20, 2013

Pusat Inkubator Kraf Temerloh
20 Ogos 2013

Gotong-royong membersihkan pejabat, bengkel dan kawasan persekitaran pejabat bagi memberikan semangat dan suasana bekerja yang bersih, nyaman dan segar selepas lama bercuti. Terima kasih kepada semua kakitangan Pusat Inkubator Kraf Temerloh dan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin.