Thursday, September 26, 2013

Keberangkatan Ke Bawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang Ke IKTPD

12 Sept 2013 - Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang diiringi oleh YH Dato' Haji Mohd Zubair Mohd Zain telah mengunjungi IKTPD bagi meninjau dan memantau perkembangan pelatih dan peserta inkubator di sini.

KDYTM Tengku Puan Pahang telah beramah mesra dan meneliti hasil tenunan pelatih di sini disamping menegur Tenaga Pengajar agar lebih bersungguh - sungguh mendidik pelatih untuk menghasilkan kain tenun yang berkualiti dan bermutu tinggi.



















Disamping itu, KDYTM Tengku Puan Pahang juga telah berbincang bersama YH Dato' Haji Mohd Zubair Mohd Zain dan En. Fairuz Hafiezal Rosli bersama Peserta Inkubator bagi menubuhkan syarikat tenun milik Tuanku yang akan diberi nama Che Minah Sayang. Perkara ini menimbulkan rasa bersyukur dan gembira kepada Peserta Inkubator yang selama ini menanti keputusan berkaitan perkara ini dari Tuanku sendiri.






Persiapan Usahawan Inkubator ke Promosi Hiasan Dalaman & Seni Taman 2013

Promosi Hiasan Dalaman & Seni Taman 2013 akan diadakan bermula dari 27 September 2013 hingga 6 Oktober 2013 bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur Jalan Conlay. Seramai 6 usahawan kraf negeri Pahang akan menyertai promosi ini. 5 daripada 6 usahawan tersebut adalah usahawan dari bidang kraf kayu dan 1 usahawan kraf dari bidang anyaman rotan.

Daripada 6 usahawan ini, 3 adalah usahawan dari Skim Inkubator PKKM Pahang. Jadi kepada peminat-peminat barangan kraf berasaskan kayu jangan lupa dapatkan nya dari usahawan negeri Pahang. Anda cari la booth dari syarikat Kayuma Industry, Warisan Kraf Wood, Seni Chempaka Kraf, Baharim Lepa Kraf dan Z&Z Kayu Kraf. Untuk barangan kraf rotan dapatkan dari syarikat Suri Kraf.

Jadi mari kita lihat  gambar beberapa usahawan inkubator yang sedang dalam menyiapkan produk-produk yang akan mereka bawa ke Promosi Hiasan Dalaman & Seni Taman.




Wednesday, September 25, 2013

Promosi Kraf Malaysia East Cost Mall, Kuantan


Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang akan mengadakan Promosi Kraf Malaysia pada :

Tarikh : 1 Oktober hingga 6 Oktober 2013

Masa : Jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam

Tempat : Ruang Legar Utama, East Coast Mall, Kuantan 

Promosi ini akan disertai oleh 53 usahawan kraf dari seluruh negara dan menawarkan berbagai barangan kraf untuk diperolehi. Terdapat juga aktiviti tambahan seperti jualan batik 1Malaysia, demonstrasi kraf, pendidikan kraf, pameran produk baru, permainan rakyat dan persembahan kesenian.

Semua Dijemput Hadir

Thursday, September 12, 2013

Verifikasi Mesin Usahawan Yang Diterima Melalui Bantuan Insentif Mesin Jentera Kraftangan Malaysia

Seramai 8 usahawan kraf kayu telah terpilih untuk menerima mesin menerusi Skim Bantuan Insentif Mesin Jentera Kraftangan Malaysia untuk tahun 2013.

Unit Teknikal /Pengeluaran telah membantu Unit PU melakukan pemeriksaan dan verifikasi  terhadap mesin bantuan yang telah diterima oleh  8 usahawan kayu kraf.

Usahawan tersebut adalah :-

1.       Tembusu kraf                      -              Turning  & Radial Arm Saw
2.       Seni Pusaka Kraf                  -              Scroll Saw
3.       Abang Kraf                          -              Scroll Saw
4.       Lepar Work                         -              Radial Arm Saw
5.       Emey Kraf                           -              Jointer & Thicknesser
6.       Seri Seni Kraf                      -              Thicknesser
7.       Generasi Kraf                      -              Edge belt Sander
8.       Warisan Wood Craft            -              Wide Belt Sander


EDU KRAF SENI UKIRAN KAYU DAN BATIK

EDU KRAF SENI UKIRAN KAYU DAN BATIK

Unit Pemuliharaan Kraftangan Malaysia Caw. Pahang dengan kerjasama  Sekolah Menengah Agama(SMA) Negeri Zon Tengah Negeri Pahang sedang mengadakan program Edu kraf seni ukiran kayu dan batik di Pusat Inkubator Temerloh.  Seramai 60 orang peserta yang terlibat.  32 orang untuk seni ukiran kayu dan 28 orang untuk seni kraf batik.
 Gambar 1 & 2: Ketua Unit dan pengajar kraf sedang memberi taklimat dan penerangan.

Peserta kursus terdiri daripada guru-guru dan anggota kerja dari Sekolah Menengah Agama (SMA) Negeri zon tengah Negeri Pahang yang melibatkan 5 buah sekolah iaitu:-

1.       SMA PULAU TAWAR JERANTUT
2.       SMA AL WOSTO TEMERLOH
3.       SMA CHENOR MARAN
4.       SMA PELANGAI BENTONG
5.       SMA AL-ITTIFAQIYYAH,GUAI TEMERLOH


Gambar 5: meh melukis dulu ye Puan Pengetua.
Gambar 6: aktiviti mencanting
Gambar 7: aktiviti mencanting lagi…..sempat main “SMS” ye cikgu….
Gambar 8: Aktiviti mewarna,” Adeh!....dari pagi bersila….sakit pinggang ye…..minggu depan kita cuba sediakan meja dan kerusi…..

Aktiviti ini dijalankan sebanyak 7 siri atau 7 hari bermula pada 2 September , 2013 dan akan tamat pada 28 September 2013.  Aktiviti ini dijalankan pada hari isnin jam 8.00 pagi sehingga 5 petang.

 
Gambar 9: kita kena dulu huruf SOC dan J sebelum kita ngukir…
Gambar 10: Pengetua SMA Pulau Tawar (berkopiah) dah ngukir dulu.
Gambar 11: Minggu kedua dah ukir polar bujang
Gambar 12: Masih khusyuk mengukir.



                                                               

Wednesday, September 11, 2013

Gotong-Royong & Pentahapan Bilik Pengeringan Kayu

Unit Teknikal/Pengeluaran telah mengadakan aktiviti gotong royang bagi membersihkan bilik penyimpanan peralatan mesin dan gotong royong pembersihan rumah pembuangan habuk kayu bersama peserta Inkubator.  



Pada  27 Ogos 2013 Pentahapan bilik pengeringan kayu  dijalankan.  Fabrikasi mesin ini dilakukan berdasarkan pergerakan udara panas yang stabil bagi mendapatkan hasil yang terbaik. 

Ujilari mesin pengirangan kayu telah dijalankan oleh syarikat pembekal setelah   kerja-kerja  fabrikasi peralatan dan aksesori  pengeringan kayu KILN DRY (KD) selesai dilakukan . 

Kini operasi KD ini terbuka untuk semua usahawan.