Monday, September 9, 2013

PERBARISAN SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN 2013 PERINGKAT NEGERI PAHANG


Perbarisan Sambutan Hari Kemerdekaan 2013 Peringkat Negeri Pahang telah diadakan di Kuantan pada31 Ogos 2013 yang saksikan oleh Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang bersama Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang dan barisan Exco serta Pegawai Tinggi Kerajaan Negeri Pahang. Sambutan ini bermula jam 9.00 pagi dengan ketibaan VVIP.


 Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang  telah menyertai perbarisan ini di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang bersama agensi lain diantaranya Tourism Malaysia, Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser, Muzium Sg. Lembing dan lain - lain lagi.


Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang telah diwakili oleh 6 orang anggota kerja iaitu Pn. Rosliza Mukhtar, Pn. Sazila Ahmad, Pn Nik Elia Juliana Ab. Halim, En. Zambri Ab. Talib, Cik Fazirahani Ibrahim dan En Muhammad Khalid Mohd Yusoff. Ribuan terima kasih diucapkan kepada anggota kerja yang terlibat kerana melibatkan diri di dalam perbarisan tersebut walaupun kebanyakkan dari mereka telah dipilih dan bukan menyertai dengan sukarela.



Kontijen dari Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang menyertai perbarisan dengan bilangan anggota seramai 50 orang berpakaian seragam berupa baju batik berwarna peach lembut beserta topi berwarna merah dengan logo Tourism Malaysia. Kesemua peserta perbarisan di dalam kontijen ini telah menerima latihan kawad kaki bermula jam 9.00 pagi dan berakhir jam 11.00 selama 4 hari dari 26 Sept 2013 sehingga 29 Sept 2013 bertempat di hadapan pejabat Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser.



Sambutan perbarisan tersebut pada Hari Kemerdekaan amat meriah dengan kehadiran pengunjung yang meraikan sambutan tersebut beramai - ramai menyaksikan perbarisan kawad kaki dan pertunjukan khas dari pelbagai kontijen dari Badan Kerajaan dan Swasta.






No comments: