Thursday, March 29, 2012

Temubual oleh Pelajar-pelajar Calon PMR 2012



Sepanjang cuti persekolahan Penggal 1 2012, calon Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) dari pelbagai sekolah hadir ke Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang bagi mendapatkan maklumat berkaitan kraftangan untuk proses menyediakan Kerja Khusus Sejarah Tingkatan 3.

Antara tajuk yang telah diperuntukan untuk pelajar-pelajar berkenaan adalah Kraftangan dan pertukangan kayu. Pelajar-pelajar yang telah hadir ke adalah dari MRSM Kepala Batas, Pulau Pinang, SMK Bukit Goh, SMK Teluk Cempedak, SMK Mat Kilau, SMK Abdul Rahman Talib, SMK Sultanah Hajjah Kalsom, SMK Bentong, SMS Sultan Haji Ahmad Shah, SMK Seri Mahkota, dan SMK Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad.


Aktiviti temubual dan mengajar bersama Puan Faizah dan Pengusaha Kraf Kayu dari Syarikat Ikhlas Craft

Tuesday, March 20, 2012

Hari Kraf Kebangsaan 2012

Kraftangan Malaysia akan menganjurkan Hari Kraf Kebangsaan 2012 (HKK2012) yang akan bermula pada 21 Mac hingga 2 April 2012 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Penganjuran kali ke 10 tahun ini memaparkan konsep 'Pop Art' dengan mengetengahkan pembaharuan dalam penganjuran.

Objektif penganjuran Hari Kraf Kebangsaan adalah bertujuan untuk memberi pengiktirafan terhadap penglibatan dan sumbangan usahawan dan penggiat kraf dalam membangunkan industri kraf negara serta meningkatkan pendapatan usahawan kraf sekaligus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Hari Kraf Kebangsaan 2012 menampilkan tema "Kraf Penjana Ekonomi Rakyat" yang membawa maksud produk kraf bukan sahaja dapat digunakan untuk kegunaan harian malah ia boleh dijadikan satu perniagaan yang dapat menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara, sekali gus dapat memakmurkan rakyat Malaysia.

Sila klik pada pautan di bawah untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai Hari Kraf Kebangsaan 2012

Jemput Datang Beramai-Ramai Memeriahkan acara ini

Thursday, March 8, 2012

SBPA Dibatalkan SSM Dikekal & Ditambahbaik


PENGUMUMAN DATO’ SRI NAJIB TUN RAZAK
PERDANA MENTERI MALAYSIA SEMPENA PERHIMPUNAN BERSAMA PENJAWAT AWAM 8 MAC 2012, PICC PUTRAJAYA.

1. Struktur SBPA dibatalkan. SSM dikekal dan ditambah baik.

2. Satu Suruhanjaya ditubuhkan yang dianggotai pihak berkepentingan bagi mengkaji secara komprehensif Perkhidmatan Awam. Cadangan Suruhanjaya akan dipertimbangkan oleh kerajaan.

3. Pelarasan gaji berdasarkan gaji Matrik SSM dan diberi peratusan kenaikan seperti berikut

* 13% utk kumpulan PnP dan Kump Pelaksana (gred 1-54)

* 9% utk gred JUSA A, B, dan C

* 8% utk gred Turus 3 dan 2

* 7% utk gred Turus 1 dan gred KSN

4. Struktur jadual gaji SSM diubah ke Jadual Gaji Min-Maksimum.
*KGT Gred 1-54 = RM80-320
*KGT Gred JUSA = Kekal seperti dalam SSM.

5. Elaun COLA kawasan B dinaikan dr RM200 ke RM250 sebulan
Elaun COLA kawasan C dinaikkan dr RM100 kpd RM150 sebulan
Elaun BIPK, BIW, BIP dan BISP dikekalkan pelaksanaan ikut SSM
Guru - laluan kerjaya ikut time based


sumber : MTSU

Liputan Media & Pra Publisiti Sempena HKK 2012

Assalamualaikum WBT

Pada 29 Feb & 1 March 2012 yang lepas 3 orang kakitangan dari Bahagian Komunikasi Korporat Ibu pejabat diketuai oleh PuanFazlin Bt. Mohamad Zaki dan disertai oleh wakil media dari RTM, KOSMO, THE STAR dan HARIAN METRO telah turun padang ke negeri Pahang untuk sesi rakaman pra publisiti sempena Hari Kraf Kebangsaan (HKK 2012)

Bermula dengan Syarikat Kayuma Industries, Cherating BnB Kraf, Perniagaan Sutera Pulau Keladi dan venue terakhir di Institut Kemahiran Tenun Pahang Di Raja Pulau Keladi, Pekan.

Alhamdulillah segala perancangan program berjalan dengan lancar dan setinggi penghargaan kepada semua yang terlibat terutama usahawan, wartawan, anggota kerja, pelajar dan sesiapa sahaja yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak.

RTM menjalankan pengambaran mengenai proses-proses tenun pahang.

Proses menenun yang dibimbing oleh Adiguru kraf tenun pahang diraja iaitu Pn. Nortipah dan diperhatikan oleh Pengurus IKTPD iaitu Pn Rosliza Mukhtar.

Pelajar IKTPD ditemuramah oleh para wartawan.








Unit Teknikal PKKM Caw. Terengganu lawat IKTPD

Assalamualaikum WBT

Pada 21 Feb 2012 yang lalu seramai 4 orang anggota kerja PKKM cawangan Terengganu telah mengadakan lawatan ke Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja Pulau Keladi, Pekan.

Lawatan ini telah diketuai oleh En Mohd Suhaimi dan telah disambut sendiri oleh Ketua unit Teknikal PKKM cawangan Pahang iaitu En Norhairul Nizam.

Lawatan ini sedikit sebanyak memberikan ruang untuk kedua-kedua cawangan bertukar-tukar pendapat berkaitan aspek teknikal dalam penghasilan kain tenun terutama tenun Pahang di negeri Pahang dan tenun songket di negeri Terengganu.

En Mohd Suhaimi, En Mohd Nizam serta En Norhairul Nizam berkongsi idea mengenai tenun pahang diraja.


Unit Teknikal PKKM Caw. Terengganu melawat bengkel pra-proses untuk melihat kerja-kerja yang dilakukan oleh pelajar-pelajar IKTPD.


Melawat galeri IKTPD untuk melihat hasil pelajar-pelajar IKTPD.


Lawatan dari Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM), Rembau

Assalamualaikum WBT

Pada 20 Februari 2012 yang lalu Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja Pulau Keladi, Pekan telah menerima lawatan daripada pelajar-pelajar Kolej kemahiran Tinggi Mara ( KKTM ) Rembau, Negeri Sembilan.

Lawatan ini telah disertai oleh 21 orang pelajar jurusan Diploma Rekabentuk Fesyen semester 02 termasuk dua orang pensyarah pengiring yang diketuai oleh Cik Fatimah Bt Ali.

Pelajar KKTM yang terlibat telah dibawa melawat sekitar IKTPD seterusnya melihat sendiri bagaimana proses pembuatan Tenun Pahang dan proses pembelajaran pelajar di IKTPD.

Cik Fazirahani menerangkan proses perwarnaan dengan menggunakan benang sutera.

Pelajar-pelajar melihat proses menerau dengan menggunakan rahat dan ruwing.

Puan Siti Hajar memberi penerangan mengenai Tenun Pahang Diraja.