Tuesday, February 28, 2012

Lawatan dari Pusat Kokurikulum Sultan Haji Ahmad Shah, Jabatan Pelajaran Negeri Pahang


Kuantan - 22 Feb 2012, Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang telah menerima lawatan secara berbasikal daripada Program Murid-murid Sekolah Menengah Siri 1/2012 Anjuran Pusat Kokurikulum Sultan Haji Ahmad Shah, Jabatan Pelajaran Negeri Pahang. Seramai 80 orang peserta dan 8 orang guru hadir kira-kira jam 9.30 pagi di Perkarangan Kompleks.

Kunjungan peserta ini adalah bagi memenuhi pengisian program iaitu Kecemerlangan Pelajar. Sepanjang lawatan pelajar yang terlibat telah didedahkan dengan demonstrasi ukiran kayu dan melarik kayu bagi memperkenalkan dan menambah pengetahuan peserta. Setelah hampir 2 jam peserta melawat Bengkel, Galeri Warisan, dan Pusat Jualan Karyaneka, lawatan ini tamat jam 11.30 pagi.

Semoga dengan penerangan semasa demonstrasi dijalankan dapat memberi sedikit sebanyak ilmu yang bermanfaat kepada semua pelajar dan guru yang terlibat dengan lawatan ini.

Setinggi-tinggi penghargaan daripada Unit Pemuliharaan Kraf kepada En Safarin, Pn Nik Elia Juliana, Pn Nor Sazila, En Shafiq, En Zambri, En Rosidi da En Aziruddin yang turut serta membantu sepanjang lawatan berlangsung.


Wednesday, February 15, 2012

Perjumpaan Usahawan SDSI Tenun Pahang DiRaja bersama Exco Pembangunan Usahawan & Koperasi Negeri Pahang

Pada 14 Februari 2012, telah mengadakan Perjumpaan Usahawan SDSI Tenun Pahang DiRaja bersama Exco Pembangunan Usahawan & Koperasi Negeri Pahang, YB. Dato' Haji Ishak Bin Haji Muhamad di Institut Kemahiran Tenun Pahang DiRaja, Pekan.



Tuesday, February 7, 2012

Perhimpunan Bulanan Januari


Perhimpunan Bulanan Januari 2012 telah diadakan dengan jayanya di PKKM Pahang ( Kuantan ) dan telah dihadiri oleh seramai 25 orang anggota kerja termasuk dari Pusat Inkubator Kraf Temerloh dan Insitut Kemahiran Tenun Pahang Diraja Pulau Keladi.

Perhimpunan telah dimulakan dengan bacaan Al Fatihah diikuti dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Cintai Kraf Malaysia dan seterus nya ucapan daripada semua ketua unit. Upacara akhir sudah semestinya ucapan daripada YH Dato' Pengarah cawangan seterusnya menyampaikan amanat daripada YBhg Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia.

Semoga berjumpa lagi dalam perhimpunan yang akan datang. Bagi pihak unit pentadbiran PKKM Pahang sekali lagi sekalung perhargaan buat semua yang terlibat dalam menjayakan perhimpunan ini.