Wednesday, January 30, 2013

Sambutan Hari Lahir Warga Kraf Pahang

Assalamualaikum WBT

Meriah walaupun serba sederhana.Begitulah gambaran yang dapat diberikan dalam sambutan hari lahir untuk warga PKKM Pahang semalam.Sambutan hari lahir ini dijalankan selepas selesai sahaja Perhimpunan Bulanan bagi bulan Januari 2013.

Selamat hari lahir kepada semua warga PKKM Pahang yang menyambut hari lahir mereka pada bulan Januari 2013


Tetapi majlis ini bukan sahaja untuk anggota kerja yang lahir pada Januari tetapi di rangkum kan terus dari bulan Julai hingga bulan Disember 2012.

Semoga semua warga PKKM Pahang sentiasa beroleh kejayaan dan dikurniakan kesihatan yang baik serta terus komited dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing.

Monday, January 21, 2013

Majlis Santai Petang Bersama Usahawan Kraf Kayu Temerloh


Assalamualaikum WBT

Temerloh, 11 Jan 2013 - Satu majlis meraikan kejayaan-kejayaan yang telah dikecapi oleh usahawan-usahawan kayu daerah Temerloh telah diadakan. Majlis yang dinamakan Santai Petang bersama Usahawan Kraf Kayu Temerloh ini turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Y.bhg Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia, Y.bhg Dato' Mohd Kamil Mohd Ali dan Pengarah Kraftangan Malaysia cawangan Pahang YH Dato' Mohd Zubair Mohd Zain.


Sesi lawatan pameran dan ucapan


Majlis ini adalah hasil kerjasama Kraftangan Malaysia sub cawangan Pahang ( Temerloh ) dan usahawan-usahawan kraf kayu daerah Temerloh terumata AJK dalam Persatuan Pengukir Malaysia.


Majlis Penyampaian Surat Penghargaan

Pada majlis tersebut Y.bhg Dato' KP telah menyampaikan surat penghargaan dan tahniah kepada 4 usahawan kraf kayu yang memenangi pertandingan yang mereka sertai sepanjang tahun 2012. Usahawan yang menerima surat penghargaan adalah :



  •  En Muhaimin Hasbollah - ”The Best Craftmanship Award” sempena ”2012 International Live Wood Carving Show and Competition” yang telah diadakan di Guangxi, China
  •  En Mohd Jais Rozali - “National Grassroots Innovator Award (Open Category )” dalam satu pertandingan yang dianjurkan oleh Yayasan Inovasi Malaysia ( YIM ) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi pada 3 hingga 7 November 201 ( Inovasi Gasing Kayu kepada Gasing Plastik)
  • Pn Zarina Awang Samah - Tokoh Usahawan Negeri Pahang 2012 sempena Karnival Usahawan Kraf dan Pelancaran Kelab RISDA peringkat nasional yang telah diadakan di Terengganu pada 21 hingga 24 November 2012..
  • En Muhammad Awik Produk Kraf Terbaik Kategori Kraf Hasil Rimba bersempena Hari Kraf Kebangsaan 2012
Sesi Bergambar & Sedikit Jamuan

Semasa ucapan beliau, Y.bhg Dato' KP turut memberikan semangat kepada usahawan-usahawan lain yang hadir untuk mencontohi kesungguhan mereka yang beroleh kejayaan ini bukan sahaja di dalam tetapi juga di luar negara.

Majlis diakhiri dengan sedikit jamuan yang disediakan.