Wednesday, December 30, 2015

Kraf Pahang Bowling Tournament 2015

Happening!! Itulah yang dapat digambarkan dengan apa yang berlaku ketika Kraf Pahang Bowling Tournament pada 16 Disember 2015 yang lepas. Berlangsung meriah bermula jam 8.00 malam di Kuantan Plaza, Premium Lanes.



Kejohanan Bowling anjuran Kelab Sukan & Kebajikan Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang telah dibahagikan kepada 11 kumpulan di mana satu kumpulan diwakili oleh 4 orang yang terdiri daripada anggota kerja Kraftangan Malaysia Pahang dan ahli keluarga.


Pada malam tersebut Kumpulan 11 yang dianggotai oleh En Syafiq, En Rosidi, En Azrol Johan dan En Saifuddin telah menjuarai kejohanan dengan jatuhan pin keseluruhan 3 games sebanyak 1338.



Kumpulan 6 yang dianggotai oleh En Irfan Haziq, Pn Fadlina, En Fairus Wakiman dan En Yassir di tempat kedua dan tempat ketiga kumpulan 1 yang dianggotai oleh Puan Pengarah Puan 'Ainu Sham, En Mohamad Zamree, En Azmi dan anak Puan Sham yang menggantikan En Fairuz yang terpaksa menarik diri disaat-saat akhir disebabkan masalah kesihatan.



Bagi kategori individu pula, hadiah jatuhan pin terbanyak telah dimenangi oleh En Rosli 381, kedua En Safarin 378 dan ketiga En Syafiq 378. 



Tahniah dan terima kasih kepada semua yang dari mula hingga akhir menjayakan Kraf Pahang Bowling Tournament 2015. Semoga kita bertemu lagi di lain waktu.







Wednesday, October 21, 2015

Promosi Hiasan Dalaman & Seni Taman 2015


Semua dijemput hadir kePromosi Hiasan Dalaman & Seni Taman 2015 yang akan berlangsung dari 29 Oktober sehingga 2 November 2015. Program ini akan berlangsung dari 10.00 pagi hingga 10.00 malam di Kompleks Kraf Kuala Lumpur. 

Pelbagai aktiviti menarik akan dijalankan sepanjang program tersebut. Maklumat lanjut sila layari http://www.kraftangan.gov.my/ atau hubungi nombor telefon  03-2162 7533.

Datang jangan tak datang.


Tahniah Puan Hajah Zuraida Mokhtar




Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniha kepada Puan Hajah Zuraida binti Mokhtar di atas perlantikan sebagai Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia yang baru berkuat kuasa 20 Oktober 2015.


Friday, October 9, 2015

Sekitar Promosi Kraf In-Store East Coast Mall 16 - 20 September 2015


Sekitar Promosi Kraf In-Store East Coast Mall 16 - 20 September 2015

Pada 16 hingga 20 September 2015 yang lepas, Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang telah menganjurkan satu aktiviti promosi jualan di pusat membeli-belah East Coast Mall, Kuantan. Ini adalah salah satu usaha Kraftangan Malaysia membantu usahawan kraf membuat jualan dan mempromosikan produk mereka di pusat membeli-belah.


Sambutan yang diterima oleh 27 usahawan sepanjang 5 hari promosi amat menggalakkan ditambah pula dengan tarikh promosi jatuh pada hari cuti sambutan Hari Malaysia 16 September tersebut.Promosi ini juga turut dihadiri oleh Yang Berusaha Timbalan Ketua Pengarah ( Operasi ) Puan Zuraida binti Mokhtar.


Jadi mari kita sama-sama lihat sendiri beberapa gambar sekitar promosi tersebut berlangsung. Ini juga adalah pengalaman pertama bagi Pengarah baru Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang iaitu Puan 'Ainu Sham. Semoga bertemu di promosi yang akan datang.






Tuesday, July 7, 2015

Sumbangan Kurma Oleh Pengurusan Kraftangan Malaysia


Sekitar majlis ringkas penyampaian sumbangan kurma oleh pengurusan Kraftangan Malaysia telah diadakan dan sumbangan kurma tersebut telah disampaikan oleh YH Dato' Hj Mohd Zubair Mohd Zain, Pengarah Kraftangan Malaysia cawangan Pahang mewakili pihak pengurusan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.

Majlis penyampaian ini diadakan di pejabat Kuantan.Semua anggota kerja Kraftangan Pahanng cawangan mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih atas sumbangan yang telah disampaikan ini.

Selamat berpuasa

Thursday, April 16, 2015

Jom Ke Promosi Kraf Malaysia 2015 East Coast Mall Kuantan 21-26 April 2015


Jom Ke Promosi Kraf Malaysia 2015 East Coast Mall Kuantan 21-26 April 2015


Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang akan mengadakan Promosi Kraf Malaysia 2015 seperti ketetapan berikut :-

Tarikh     :    21-26 April 2015

Masa       :    10.00 pagi hingga 10.00 malam

Tempat   :     Ruang Legar Utama, Pusat Membeli-belah East Coast Mall, Kuantan


Acara promosi ini akan melibatkan 58 syarikat pengeluar kraf  yang memperagakan produk kraf ukiran kayu, perabot, perhiasan diri dari logam perak, batik, rotan, produk hasil rimba, cenderamata dan hiasan rumah yang disertai oleh pengusaha kraf dari Pahang, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Selangor, Terengganu, Perak, Melaka, Perlis, Johor, Selangor, Kuala Lumpur dan Sabah.

Bagi peminat batik jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan pakaian-pakaian batik corak rekaan semasa dan mendapatkan bagi lelaki yang berpotongan smart kasual dan slim fit samada lengan panjang atau lengan pendek.


Di samping itu, demonstrasi kraf turut diadakan seperti ukiran kayu (arca) dan  Tenun Pahang DiRaja. Aktiviti-aktiviti sampingan Interaktif Kraf dan Edukraf mewarna batik, anyaman rotan dan tenunan tapestry turut diadakan. Turut diadakan persembahan buskers dari kumpulan buskers sekitar Kuantan.

Friday, March 13, 2015

HKK 2015 Semua Dijemput Hadir


HKK 2015 Semua Dijemput Hadir

Semua adalah dijemput hadir ke Hari Kraf Kebangsaan 2015 yang akan berlangsung dari 26 Mac sehingga 7 April 2015. Program ini akan berlangsung dari 10.00 pagi hingga 10.00 malam di Kompleks Kraf Kuala Lumpur.

Pelbagai aktiviti menarik akan dijalankan sepanjang program tersebut.

Maklumat lanjut sila layari http://www.kraftangan.gov.my/ atau hubungi nombor telefon 
03-2162 7533

Datang jangan tak datang.

Friday, February 27, 2015

MAKMAL WEAVING ART "VOLUNTOURISM" PELUKIS & PENENUN BERSAMA KDYTM TENGKU PUAN PAHANG DI IKTPD, PULAU KELADI, PEKAN


 Aktiviti  : Makmal Weaving Art "Voluntourism" Pelukis & Penenun Bersama
                  KDYTM Tengku Ampuan Besar Meriam,
Tarikh    : 30 Januari - 1 Februari 2015
Tempat   : Bengkel Pra-proses IKTPD Tengku Ampuan Besar Meriam

MESYUARAT JAWATANKUASA PEMBANGUNAN TENUN PAHANG DIRAJA DI IKTPD, PEKAN PAHANG


Aktiviti : Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Tenun Pahang DiRaja
Tarikh   : 30 Januari 2015
Tempat  : Bilik Mesyuarat IKTPD Tengku Ampuan Besar Meriam, Pulau Keladi, Pekan
Masa     : 2.30 petang