Wednesday, August 10, 2011

Lawatan Kerja Ketua Pengarah Ke Perkampungan Orang Asli


En.Mohd Kamil duduk mendengar penerangan oleh En. Isa Hamid Pengarah JAKOA Pahang sambil dibantu oleh Pengarah Rekaan Kraf.



Antara produk-produk kraf yang dihasilkan oleh orang asli
di Kg. Penderas Daerah Temerloh



Mengunjung ke rumah salah seorang pembuat kraf arca
kayu di Kg. Pian



Sesi bergambar bersama warga kerja Kraftangan Malaysia, JAKOA
serta pembuat kraf arca di Kg. Pian






Lawatan kerja yang akhir singgah di Kg. Sungai Kol
berjumpa bersama peserta pembuat kraf arca daripada kayu


Pada 5 Ogos 2011 yang lalu, Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia Yang Berbahagia En. Mohd Kamil Bin Mohd Ali bersama pengarah bahagian rekaan dan bahagian usahawan telah mengadakan lawatan kerja ke perkampungan orang asli di Kg. Penderas, Kg. Pian di Daerah Temerloh seterusnya Kg.Sg. Kol di Daerah Jerantut. Hari ini merupakan hari yang bersejarah bagi Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang kerana En. Mohd Kamil Bin Mohd Ali merupakan Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia yang pertama menjejak kaki ke perkampungan Orang Asli di Negeri Pahang D.M khususnya di daerah Temerloh dan Jerantut. Lawatan kerja ini adalah bertujuan melihat sendiri serta ramah mesra bersama pembuat-pembuat kraf orang asli yang sedia ada.
Ketibaan Y.Berbahagia Ketua Pengarah disambut oleh warga Kraf Cawangan Pahang dan Pengarah JAKOA Pahang, En. Isa Hamid di atas komitmen Kraftangan Malaysia dalam membangunkan kraf orang asli di Negeri Pahang.

Semasa lawatan tersebut Yang Berbahagia KP telah meminta Pengarah PKKM Cawangan Pahang agar produk anyaman di Kg. Penderas dan produk arca daripada kayu Kg. Pian dan Kg. Sg. Kol yang telah sedia ada dapat diketengahkan dengan ditambah nilai agar dapat dipamerkan serta dijual pada Hari Kraf Kebangsaan 2012.

No comments: