Thursday, December 6, 2012

"The Best Craftmanship Award 2012 "


Seorang pengusaha kraf kayu Temerloh telah dijemput untuk menyertai 2012 International Live Wood Carving Show and Competition di Guangxi, China. Beliau yang dimaksudkan ialah En Muhaimin bin Hasbollah dari Syarikat Inakraf.Beliau bukan sahaja mewakili Persatuan PENGUKIR tetapi juga membawa nama negara pertandingan tersebut.


Pertandingan ini telah dianjurkan oleh International Wood Culture Society ( IWCS ) satu badan NGO yang berpejabat di Amerika Syarikat.

Dengan menggunakan teknik ukiran 3D beliau telah berjaya menewaskan 7 peserta lain yang terdiri daripada pengukir dari negara Indonesia, Taiwan, China dan Filipina. Ukiran yang menggambarkan sekuntum kelopak bunga di bawah punca benih melambangkan bermulanya kelahiran dalam kehidupan. Setiap sulur bertaut dan melingkar dengan sendirinya tanpa halangan serta tidak bersentuhan melambangkan sikap rendah diri serta penghormatan orang muda kepada orang yang lebih tua.

Sijil yang dimenangi

Dengan ukiran serta falsafah yang cukup cantik lahir dari hati beliau telah melayakkan beliau untuk di anugerahkan “The Best Craftmanship Award 2012” pada pertandingan tersebut dan telah membawa pulang Sijil Penghargaan dan wang tunai.

Ukiran yang mengharumkan nama negara

Menurut En Muhaimin, kejayaan ini bukan milik beliau seorang tetapi milik seluruh rakyat Malaysia. Pengiktirafan ini telah membuktikan bahawa produk ukiran kayu melayu memang dipandang tinggi di mata dunia.

Syabas dan tahniah untuk Encik Muhaimin dari kami di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.

Semasa kunjungan penulis ke bengkel beliau, beliau sedang ditemubual oleh wartawan berita dari TV9