Thursday, December 6, 2012

Tahniah Pak Ngah


Baru-baru ini seorang usahawan kraf Negeri Pahang iaitu En. Mohd Jais bin Rozali atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Ngah dari Syarikat Koler Ati Creatif telah dinobatkan sebagai pemenang “National Grassroots Innovator Award ( Open Category ) dalam satu pertandingan yang dianjurkan oleh Yayasan Inovasi Malaysia ( YIM ) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Piala Kemenangan


Hadiah berupa piala dan wang tunai sebanyak RM 10, 000.00 telah disampaikan semasa World Innovation Forum (WIF) Kuala Lumpur pada 3-7 November 2012 yang lepas. Dalam pertandingan ini, sebanyak 379 peserta telah bertanding melibatkan peserta dari 13 negeri seluruh Malaysia.

Sesi temubual sedang berjalan



Menurut Pak Ngah, gasing plastik merupakan satu inovasi baru dalam pembuatan gasing Pahang atau Malaysia iaitu dari kayu kepada plastik.Inovasi yang beliau cetuskan ini  dapat menjimatkan masa pembuatan, mengurangkan kos, lebih selamat dan yang paling penting ia mesra alam.Menurut Pak Ngah lagi, anugerah ini sangat beharga kepada beliau kerana perjuangannya selama ini memertabatkan produk gasing telah dihargai.

Pihak Pengurusan Kraftangan Malaysia mengucapkan syabas dan tahniah kepada Pak Ngah atas kejayaan yang beliau telah kecapi ini. Semoga Pak Ngah akan terus maju dalam usaha memertabatkan produk gasing beliau ke peringkat yang lebih tinggi.

No comments: