Friday, September 14, 2012

Santai Aidilfitri Persatuan Pengukir Malaysia di Temerloh


Assalamualaikum WBT

Pada 11 September yang lepas, Persatuan Pengukir Malaysia dan Usahawan Kraf Kayu Temerloh dengan Kerjasama Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang ( Temerloh) telah mengadakan satu majlis jamuan Hari Raya Aidilfitri bersempena dengan Mesyuarat AJK Persatuan Penggiat Seni Ukir Kayu Malaysia. Ini adalah julung kali di mana Persatuan Pengukir menggunakan vanue di Kraftangan Malaysia Temerloh untuk mengadakan mesyuarat.

Antara tetamu yang hadir pada majlis tersebut ialah Yang Dipertua Persatuan Pengukir Malaysia, En Norhaiza Nordin, Pengarah Kraftangan Malaysia cawangan Pahang YH Dato' Hj Mohd Zubair Mohd Zain, Setiausaha Kehormat Persatuan Pengukir En Abd Muhaimin Hasbollah, Ketua MTIB Pahang En Saupi bin Mat Nawi, AJK-AJK Persatuan Pengukir, Penghulu Mukim Songsang, Usahawan Kraf dan anggota kerja Kraftangan Temerloh bersama ahli keluarga.

Berbagai juadah telah disediakan oleh penganjur dan suasana begitu meriah sekali.Majlis dimulakan dengan bacaan doa, seterusnya di susuli dengan ucapan oleh YDP Persatuan Pengukir dan Pengarah Krafatangan Malaysia Pahang.
Semoga dengan adanya majlis-majlis seperti ini dapat merapatkan lagi hubungan antara Persatuan, Usahawan dan pihak Kraftangan Malaysia. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.




1 comment:

Anonymous said...

"Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua warga Kraftangan Malaysia cawangan Pahang "