Thursday, January 16, 2014

PUSAT INKUBATOR KRAF TEMERLOH

LAWATAN & PENILAIAN PRODUK OLEH MAJLIS REKABENTUK MALAYSIA (MRM)

13 JANUARI, Isnin

Satu rombongan dari Majlis Rekabentuk Malaysia seramai 6 orang yang diketuai oleh Prof. Hairiri, pensyarah di UiTM, Shah Alam (Jurusan Senireka Industri) telah datang ke Pusat Inkubator Kraf Temerloh bagi tujuan untuk membuat penilaian terhadap produk-produk rekaan pereka di Cawangan Pahang (perbincangan awal dan persetujuan telah tercapai melalui YH Dato Hj Mohd Zubair, Pengarah PKKM Cawangan Pahang bersama wakil MRM, En. Zuljar Jaafar pada penghujung November lalu).

Penilaian ini adalah bertujuan untuk memberikan satu pengitirafan kepada produk keluaran Malaysia serta pereka dan pembuat (usahawan) terlibat di mana ianya nanti akan diiktirafkan sebagai "Malaysia Good Design Mark".




Pihak MRM sedang mendengar taklimat serta membuat penilaian
terhadap produk rekaan En. Norizwan & En. Wahiyuddin

Antara pandangan serta teguran yang diutarakan oleh penilai antaranya Prof. Hairiri sendiri, En. Azizi, En, Yusof Rani (pegawai Kraftangan Malaysia) adalah seperti :
  • Perlu lebih memberi penekanan terhadap imej tradisional atau Malaysian dalam reka bentuk moden atau kontemporari ;
  • Kualiti ketukangan perlu dijaga
  • Kepelbagaian jenis kayu perlu diteruskan
  • "Value added" dengan gabungan bahan lain
Produk-produk yang dinilai antaranya ialah set perabot tamu (kayu johar & merbau), 2 kerusi santai panjang, meja kopi (dihasilkan oleh En. Rosidi dan En. Mohd Hairi), pengantung penyapu dan kerusi taman yang merupakan produk baru bagi tahun 2013.






Rombongan MRM juga telah dibawa ke galeri dan bengkel usahawan kraf iaitu Kayuma Industry dan telah memaklumkan beberap produk yang berpotensi untuk diketengahkan sebagai "Malaysian Good Design Mark". Perkara itu telah diambil maklum oleh pereka PKKM Pahang.



Lawatan ke galeri dan bengkel usahawan kraf
Kayuma Industry

Diakhir lawatan, Prof. Hairiri mohon pereka teruskan mengeluarkan idea-idea baru untuk produk yang lebih berimejkan Malaysian atau tradisional dan pihak MRM dari masa ke semasa akan sentiasa berhubung dengan Cawangan Pahang bagi mengangkat setiap produk itu ke tempat yang lebih baik di pasaran.



Pelapor & Pengarang
NORIZWAN MAT NOR

Juru Gambar
MOHD HAIRI ABDULLAH

No comments: