Thursday, July 15, 2010

Orientasi Pengeluaran Produk Anyaman Rotan

Produk siap dan aktiviti sepanjang bengkel OP dijalankan

Unit Pembangunan Usahawan Cawangan Pahang telah mengadakan orientasi pengeluaran produk ayaman rotan di PKKM Cawangan Pahang pada 5 hingga 9 Julai 2010. Seramai 21 orang peserta terlibat daripada 5 syarikat usahawan kraf rotan negeri Pahang, antara syarikat yang menyertai ialah syarikat Aziah Handcraft, Suri Craft, K One Craft, Rotan Maju Enterprise dan KEMAS Paya Rambutan.

Sepanjang lima hari aktiviti ini diadakan para peserta didedahkan kepada teknik perwarnaan serta rekaan produk baru, tujuan utama aktiviti ini diadakan adalah untuk memastikan usahawan kraf rotan Negeri Pahang diberi pendedahan kepada rekaan baru, dan produk tersebut diuji pasaran sempena Promosi Kraf Malaysia di ECM pada 29 Julai ini.

Antara produk yang dihasilkan adalah beg anyaman rotan yang dikombinasikan bertangkaikan kulit, rekaan ini telah dihasilkan oleh unit rekaan PKKM Cawangan Pahang. Daripada soal selidik peserta yang mengikuti bengkel ini berharap Kraftangan Malaysia dapat mengadakan bengkel seumpama ini pada masa akan datang.












1 comment:

oneartist said...

salam, mohon pihak kraftangan cawangan pahang sentiasa berhubung dan saling berkerjasama dengan pengkraf pahang ke arah mewujudkan tahap pembangunan kraf negeri untuk masa hadapan. sekian. tk