Tuesday, December 10, 2013

Operasi Pembersihan Pejabat dan Bengkel Selepas Bencana Banjir

Keadaan Pejabat pada pagi 4 Disember 2013

Seperti yang sedia maklum daerah Kuantan, Pahang telah dilanda banjir besar pada 3 Disember 2013 yang lepas. Tidak terkecuali pejabat Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia cawangan Pahang ( Kuantan ) yang terletak di Kg Pandan 2, Kuantan Bypass.


Hari ini 10 Disember 2013, kebanyakan kawasan yang dilanda banjir sudah mula surut dan boleh dimasuki. Anggota kerja PKKM Pahang sudah pun memulakan operasi pembersihan pejabat sejak dari 6 Disember 2013 yang lepas.

Bantuan anggota kerja Pusat Inkubator Temerloh juga dikerah untuk membantu membersihkan bengkel yang terjejas akibat banjir.

No comments: