Tuesday, April 12, 2011

Kraf Elemen Industri Kreatif Negara

Oleh : Abdul Manan bin Ismail
Emel : manan[at]kraftangan.gov.my
Bahagian Komunikasi Korporat

Kebelakangan ini kita sering terdengar berkaitan Industri Kreatif Negara, Dasar Industri Kreatif Negara dan pelbagai lagi berkaitan dengan Industri Kreatif dan merujuk kepada buku Dasar Industri Kreatif Negara yang diterbitkan oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan membawa maksud industri-industri yang melibatkan kreativiti individu, keterampilan dan bakat yang mempunyai potensi menjana kekayaan serta penciptaan peluang pekerjaan melalui penggalakan dan eksploitasi harta intelek.

Industri Kreatif merupakan satu sumber yang boleh menyumbang kepada pertumbuhan dan perkembangan ekonomi negara di samping memartabatkan budaya bangsa jika ia diselenggarakan dengan bijak dan teratur. Atas dasar masa depan industri ini menampakkan prospek yang tinggi maka pucuk pimpinan negara memberi penumpuan kepada pembangunan industri kreatif yang mencakupi Industri Kreatif Multimedia, Industri Kreatif Seni Budaya dan Industri Kreatif Warisan Budaya.

Menyedari hakikat ini, usahawan-usahawan kraf perlu peka bahawa Industri Kraf juga tergolong di dalam Industri Kreatif di bawah Industri Kreatif Seni dan Budaya. Ia membuka ruang dan peluang kepada masyarakat kraf untuk maju ke hadapan dengan sokongan padu yang telah ditunjukkan oleh kerajaan. Kesungguhan untuk memajukan industri ini perlu di pergunakan sepenuhnya oleh usahawan kraf untuk mencapai matlamat menjadikan industri kraf sebagai satu industri yang berdaya saing dan dinamik.

“Pengusaha kraf, tukang-tukang kraf dan penggiat kraf anda tergolong sebagai individu di dalam Industri Kreatif Negara”


Petikan diatas telah diambil dari website : www.kraftangan.gov.my

1 comment:

Pak Aji said...

salam kenal.. hehe
http://fuyohblog.blogspot.com/2011/04/kisah-tabligh-istimewa.html