Monday, May 15, 2017

Lawatan Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia 2017 ke IKTPD, Pekan

Pada 9 Mei 2017 yang lalu Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja Tengku Ampuan Besar Meriam (IKTPD), Pekan telah menerima lawatan dari Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Pandu Puteri Malaysia 2017. Lawatan ke IKTPD Pekan ini merupakan salah satu acara Pandu Puteri Malaysia sempena dengan Persidangan Pesuruhjaya dan Mesyuarat Agung Tahunan Kebangsaan 2017 kali ke 4 yang diadakan di Gambang Resort City, Kuantan.
 KDYTM Tengku Puan Pahang sedang menunjukkan kepada DYTM Raja Puan Besar Perak rekaan-rekan Tenun Pahang Diraja milik adiguru Tenun Pahang Diraja Puan Nortipah

Lawatan ini diketuai oleh KDYTM Tengku Puan Pahang dan turut mencemar duli bersama-sama menyertai lawatan ini adalah DYTM Raja Puan Besar Perak serta DYAM Raja Puan Muda Perak. Pelbagai acara telah diadakan sempena dengan lawatan ini. Antara aktiviti yang telah dijalankan sempena lawatan ini adalah jualan produk kraf dari 15 orang usahawan kraf, demonstrasi pembuatan sumpit, demonstrasi dan interaktif mewarna batik, interaktif kraf tapestri, demonstrasi ukiran arca menggunakan chainsaw dan pertandingan menyumpit.

 Antara peserta lawatan yang mencuba untuk interaktif kraf tapestri

Selain daripada itu terdapat juga demonstrasi masakan seperti keropok lekor dan kuih beko. Peserta-peserta lawatan ini didedahkan bagaimanakah Tenun Pahang Diraja dihasilkan. Para peserta begitu teruja dengan cara pembuatan Tenun Pahang Diraja yang diterangkan sendiri oleh KDYTM Tengku Puan Pahang. Lawatan yang disertai oleh hampir 400 orang ini berakhir lebih kurang 2 jam setelah ianya bermula pada pukul 10.00 pagi.


Wednesday, April 19, 2017

Lawatan Yang Berbahagia Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia ke Cawangan Pahang


Yang Berbahagia Ketua Pengarah, Puan Hajah Zuraida binti Mokhtar telah mengadakan lawatan ke cawangan Pahang pada 18 April 2017 untuk bertemu sendiri dengan semua anggota kerja serta membincangkan beberapa perkara terutama yang melibatkan cadangan baik pulih bangunan pejabat/bengkel di Kraftangan Malaysia Kuantan, Pusat Inkubator Kraf Temerloh dan Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja.

 

Lawatan ini turut disertai oleh Yang Berusaha Timbalan Ketua Pengarah Operasi, Encik Ibrahim bin Ismail, Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Dan Perkhidmatan, Encik Noor Effendy bin Abdul Karim, Jurutera Kanan, Encik Hamdan bin Ahmad dan Jurutera, Encik Kamal bin Che Mat. Lawatan ini dimulakan dengan lawatan di Pusat Inkubator Kraf Temerloh seterusnya Kraftangan Malaysia Kuantan dan berakhir di Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja Pulau Keladi, Pekan.

 

Kehadiran Yang Berbahagia Ketua Pengarah dan rombongan yang lain telah disambut mesra oleh semua anggota Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang yang diketuai sendiri oleh Pengarah Cawangan, Encik Mohd Latif bin Dirun. Jutaan terima kasih dan penghargaan kepada pihak pengurusan tertinggi Kraftangan Malaysia khususnya Yang Berbahagia Ketua Pengarah yang sudi untuk turun padang melawat ke cawangan Pahang.
 



 

Monday, April 17, 2017

Encik Mohd Latif Pengarah Baru Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang



Encik Mohd Latif Pengarah Baru Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang

 Encik Mohd Latif bin Dirun


Saya mewakili seluruh warga kerja Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang ingin mengucapkan selamat datang kepada Tuan Pengarah yang baru Encik Mohd Latif bin Dirun. Kami semua mengalu-alukan kedatangan beliau dan akan memberikan kerjasama penuh bagi pemantapan organisasi serta kemajuan industri kraf di negeri Pahang. Selamat datang ke Pahang boss!!.

Saturday, April 15, 2017

Terima kasih Puan `Ainu Sham



Terima kasih Puan `Ainu Sham 

Puan `Ainu Sham binti Haji Ramli

Adalah dimaklumkan berkuatkuasa 15 April 2017 Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang akan diterajui oleh Pengarah baru. Ini adalah kerana Puan Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang iaitu Puan `Ainu Sham binti Haji Ramli akan menjawat jawatan Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan.

Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang yang baru adalah Encik Mohd Latif bin Dirun yang sebelum ini memegang jawatan Pengarah di Kompleks Kraf Johor.

Saya mewakili seluruh warga kerja Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Puan `Ainu Sham atas segala tunjuk ajar dan pengalaman yang dicurahkan kepada kami selama beliau menjadi ketua kepada kami. Saya juga mewakili seluruh warga kerja Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang ingin memohon maaf atas segala kesalahan tidak kira sama ada sedar atau tidak sedar yang kami lakukan selama bekerja bersama. Segala tunjuk ajar, ilmu dan jasa Puan `Ainu Sham hanya tuhan sahaja yang mampu membalasnya.

Kalau ada sumur di ladang
Boleh saya menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi 

Thursday, February 16, 2017

Jom Ke Hari Kraf Kebangsaan 2017 (HKK 2017)

Jom Ke Hari Kraf Kebangsaan 2017 (HKK 2017)


MASA
Februari 22 (Rabu) 10:00 am - Mac 6 (Isnin) 10:00 pm

LOKASI
Kompleks Kraf Kuala Lumpur
Seksyen 63, Jalan Conlay, 50450 Kuala Lumpur