Lot 30858 Kampung Pandan 2, Jalan Pintasan Kuantan - Kuala Terengganu, 26070 Kuantan Pahang Tel: 09-538 5677/4598 Fax: 09-538 4528 www.kraftangan.gov.my
Friday, December 16, 2011
Hadis : Ganjaran Istimewa Dari Amal Kebaikan
Hadith :
Nabi s.a.w bersabda: "Tidak ada satu hari yang terbit mataharinya melainkan ada di kiri kanan matahari itu: dua Malaikat yang menyerukan seruan yang didengari oleh semua makhluk Allah selain dari manusia dan jin, katanya: "Wahai sekalian manusia! Marilah kamu semua berusaha mengerjakan amal bakti kepada Tuhan kamu, kerana sesungguhnya pendapatan-pendapatan yang sedikit serta mencukupi keperluan hidup di dunia adalah lebih baik daripada pendapatan-pendapatan yang banyak serta melalaikan bekalan akhirat; dan tidak masuk matahari melainkan ada di kiri kanannya dua Malaikat yang menyerukannya seruan yang didengarinya oleh semua makhluk Allah selain dari manusia dan jin, katanya: "Ya Tuhan kami! Berikanlah ganti yang berganda-ganda kepada orang yang mencurahkan nikmat-nikmat yang dikurniakan kepadanya pada jalan yang diredhai Allah, dan timpakanlah kerugian yang besar ke atas orang yang menahan nikmat-nikmat Allah itu daripada mengeluarkannya pada jalan yang dituntut oleh Allah."
Abu ad-Dardaa' r.a
Huraian
Pengajaran hadith:
i) Dalam menghadapi kehidupan dunia manusia mestilah berwaspada, jangan mudah terpedaya dengan perkara yang melalaikan diri daripada berusaha mengerjakan amal kebaikan lebih-lebih lagi perkara yang berhubung dengan harta benda dan cara membelanjakannya.
Ii) Dalam hadith ini Rasulullah s.a.w menyatakan bahawa pada tiap-tiap hari terdapat dua malaikat yang menyeru manusia supaya:
a) Mengerjakan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang untuk mencapai keredhaan Allah.
B) Mengambil ingatan bahawa pendapatan seharian yang diperoleh meskipun sedikit tapi mencukupi keperluan hidup di dunia yang meliputi harta benda dan nikmat-nikmat yang lain sebenarnya adalah lebih baik daripada pendapatan yang banyak tetapi melalaikan manusia itu daripada mengerjakan amal ibadat dan kebajikan sebagai bekal untuk mencapai kebahagiaan yang kekal di akhirat kelak.
iii) Sesungguhnya manusia yang membelanjakan harta benda, ilmu pengetahuan dan tenaganya di jalan Allah akan sentiasa didoakan oleh malaikat semoga Allah memberikan balasan yang berganda-ganda untuk dirinya, sebaliknya bagi yang bakhil, didoakan agar ditimpa kerugian yang besar.
sumber : e-Hadith
Thursday, December 1, 2011
Lawatan Peserta 37th ASEAN Ports Association Main Committee Meeting
Friday, November 11, 2011
Tahniah atas kelahiran cahaya mata
Alhamdulillah PKKM Pahang baru sahaja menerima dua orang baru dalam keluarga besar kami..Pengarah, En Mohd Zubair kira dapat cucu la..;-)
Tuesday, November 1, 2011
Sekitar Promosi Kraf Malaysia 2011 ( 27 - 31 Oktober 2011, East Coast Mall Kuantan )
Tuesday, October 18, 2011
Promosi Kraf Malaysia 2011 ( 27 - 31 Oktober 2011, East Coast Mall Kuantan )
Monday, September 19, 2011
Perarakan Sempena Sambutan Kemerdekaan Ke 54 Peringkat Negeri Pahang
Wednesday, September 7, 2011
Takziah untuk En Mat Ramly Yaacob
Thursday, August 25, 2011
VIDEO UCAPAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1432H
Wednesday, August 24, 2011
Program "Kacau Dodol" sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri
Wednesday, August 10, 2011
Lawatan Kerja Ketua Pengarah Ke Perkampungan Orang Asli
En.Mohd Kamil duduk mendengar penerangan oleh En. Isa Hamid Pengarah JAKOA Pahang sambil dibantu oleh Pengarah Rekaan Kraf.
Monday, August 1, 2011
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak
Friday, July 22, 2011
Bimbingan Teknikal Anyaman Mengkuang, Bukit Kenau
Para peserta sedang mendengar taklimat daripada Pengarah
Peserta sedang mempelajari asas anyaman mengkuang
Bimbingan ini diadakan ekoran dari cadangan daripada Menteri KPKK sempena Majlis Perasmian Pusat Komuniti Bersepadu Bukit Kenau, Pulau Manis Pekan yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Jemaah Menteri pada 9 Februari 2011. Menteri KPKK Yang Berhormat Dato’ Sri Utama Dr. Rais Yatim telah menyarankan kepada Kraftangan Malaysia agar membantu komuniti tersebut dalam menghasilkan produk warisan anyaman mengkuang memandangkan anyaman yang dijalankan oleh komuniti tersebut adalah anyaman plastik.
Thursday, July 14, 2011
Lawatan MTCP anjuran INTAN ke Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang
Pada 12 Julai 2011, peserta dari Program Malaysian Technical Program (MTCP) anjuran INTAN Bukit Kiara telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Negeri Pahang dan salah satu destinasinya adalah Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang. Tujuan program MTCP ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada semua peserta Program MTCP berhubung dengan perancangan ekonomi negeri, pembangunan, pelaksanaan serta untuk mempromosikan aktiviti ekonomi tempatan dan tempat tarikan pengunjung di Negeri Pahang.
Peserta Lawatan Bergambar bersama Pengarah PKKM Pahang
Peserta-peserta Program MTCP adalah terdiri daripada pegawai-pegawai kerajaan daripda gegara-negara sedang membangun seperti Bangladesh, Senegal, Sudan, Seychelles, Tanzania, Thailand, Uganda, Uzbekistan, Vietnam dan Zimbabwe. Melalui program ini ianya diharapkan dapat meningkatkan lagi hubungan ekonomi di antara Malaysia dan negara-negara yang terlibat.
Mencuba Edu Kraf Ukiran Kayu
Antara aktiviti yang diadakan adalah penerangan mengenai Kraftangan Malaysia dan aktiviti pendidikan kraf seperti mencanting batik, anyaman rotan dan ukiran kayu. Peserta-peserta dari Program MTCP juga turut mencuba aktiviti pendidikan kraf ini.
Edukraf anyaman rotan
Penyampaian cenderahati oleh Pengarah kepada semua peserta MTCP
Wakil MTCP menyampaikan cenderhati kepada Pengarah PKKM PAHANG
Gotong Royong Sempena HBP 2011
Tuesday, June 21, 2011
Program Lawatan Dan Pendidikan Kraf Dari Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta
Pada 7 Jun 2011 (Selasa), Unit Pemuliharaan Kraf Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang di Kuantan telah menerima kunjungan daripada ahli keluarga pengarah-pengarah Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta dari seluruh Malaysia. Seramai 88 orang peserta telah menyertai aktiviti lawatan ini. En Norhairul Nizam Awg Malek telah memberi penerangan awal berkaitan fungsi dan aktiviti di Kraftangan Malaysia. Aktiviti lawatan ini telah dipenuhkan lagi dengan program pendidikan kraf iaitu proses membuat batik lukis seperti melukis, mencanting dan mewarna. Semoga adanya aktiviti ini sedikit sebanyak dapat memupuk semangat cintakan warisan kraf Malaysia.
Tuesday, June 7, 2011
Aktiviti Gotong-Royong
Pengambilan Buluh Rakit Di Kampung Kuala Triang, Bera
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia telah ditugaskan untuk mengambil buluh rakit di Kampung Kuala Triang, Bera untuk dihantar ke Simpang Pertang, Negeri Sembilan bagi dijadikan Produk Kraf berasaskan buluh. Rakit buluh ini telah digunakan pada program Kembara Berakit Antarabangsa Sungai Pahang 2011 pada 8 - 13 Mei 2011.
Terdapat 38 rakit menyertai kembara ini dan setiap rakit mempunyai 30 batang buluh yang boleh digunakan semula untuk dijadikan produk kraf. Kerja-kerja pengambilan buluh rakit ini telah dilakukan pada 18 dan 19 Mei 2011 dengan bantuan Unit Teknikal dan sebanyak 5 perjalanan lori diperlukan untuk mengangkat kesemua buluh rakit tersebut.