Thursday, December 9, 2010

KURSUS ASAS PENJAJARAN MESIN PRA PROSES KAYU

Pada 24 – 26 November 2010, Unit Teknikal PKKM Cawangan Pahang telah menganjurkan Kursus Asas Penjajaran Mesin Pra-Proses Kayu di Pusat Inkubator Temerloh dan seramai 19 peserta telah menghadiri kursus ini. Kursus ini telah disampaikan oleh Dr. Khairul Bin Awang dan Encik Suffian bin Hamsan dari FRIM.

Objektif penganjuran kursus asas penjajaran mesin kayu ini adalah seperti berikut:
1. Mengurangkan kos penyelenggaraan mesin.
2. Membantu operator mengenalpasti mesin yang sesuai untuk digunapakai serta kaedah penggunaan mesin yang betul
3. Operator yang berkemahiran dalam mengendalikan mesin dapat menjimatkan masa dan kualiti produk dapat dikawal.
4. Membantu operator mempercepatkan proses pengeluaran.

Pengarah PKKM Cawangan Pahang telah hadir pada majlis penutup dan menyampaikan sijil kepada para peserta kursus.

aktiviti pembelajaran teori didalam bilik kuliah

pada hari ke 2 aktiviti didalam bengkel mula dijalankan

para peserta di sediakan plywood untuk menghasilkan jig

Encik Suffian mengajar dan menunjukan cara penghasilan jig

peserta sedang mendengar penerangan mengenai pengunaan mesin hightspeed router

peserta sedang membuat rekabentuk templete jig mngunakan plywood

peserta sedang menghasilkan jig melalui rekabentuk yang dihasilkan oleh peserta sendiri

En.Suffian sedang menunjukan cara-cara pembuatan tangam jejari mengunakan mesin table saw



taklimat majlis penutup dari ketua unit teknikal En. Norhairul Nizam Bin Awg Malik, Dr. Khairul Bin Awang dari FRIM dan Pengarah PKKM Caw. Pahang En. Mohd Zubair Bin Mohd Zain

Pengarah menyampaikan sijil dan cenderamata kepada pihak FRIM





LATIHAN ASAS PENGENDALIAN MESIN LARIK BESAR

Unit Teknikal PKKM Caw Pahang telah menganjurkan Latihan Asas Pengendalian Mesin Larik Besar pada 8 – 10 November 2010 bertempat di PKKM Cawangan Pahang, Kuantan dan seramai 11 peserta telah menghadiri latihan ini.

Mesin Larik Besar ini telah di fabrikasi oleh Unit Teknikal PKKM Caw Pahang dengan bertujuan untuk menghasilkan mesin larik yang boleh melarik ke dalam bongkah kayu yang besar bersaiz sekurang – kurangnya 19”. Mesin – mesin larik yang ada kini hanya boleh melarik ke dalam untuk 15” sahaja

Latihan ini juga akan mengajar peserta mengenai penggunaan mata serta beberapa kaedah pembentukkan profail bagi mendapatkan bentuk-bentuk berlainan untuk diaplikasikan oleh para pekerja usahawan kraf.












Wednesday, December 1, 2010

Bengkel Bimbingan Teknikal ukiran 3D (Pemandangan)

Pada 20/10/2010 - 01/11/2010, Bahagian Pembangunan Usahawan Ibupejabat telah menganjurkan Bengkel Bimbingan Teknikal Ukiran 3D (Pemandangan) dengan kerjasama PKKM cawangan Pahang.

Kursus ini dilaksanak an di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malysia Cawangan Pahang.
Seramai 17 orang peserta yang terdiri daripada usahawan ukiran kayu dan bekas pelatih LJP
telah mengikuti kursus tersebut. Pengajar bagi bengkel tersebut ialah Mr.Nophadol Kamlae
(nopphadols wood carving college) daripada Thailand.

Pengarah Bahagian Pembangunan Usahawan Ibupejabat Tuan Haji Mohd. Mokhtar Lop Ahmad dan Penolong Pengarah Syamsiah binti Mohamed Dhohari
turut hadir dalam majlis penutup bengkel tersebut.