Monday, April 30, 2012

KARNIVAL YOUTH OF PEKAN(YO!PEKAN) DUN PULAU MANIS


Salam 1Malaysia,

Pada 21 & 22 April 2012 Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja mengikuti Karnival Youth Of Pekan (Yo! Pekan) yang diadakan di Dun Pulau Manis bertempat di dewan serbaguna RPSB Batu 8, Lepar.
  
Pameran IKTPD ini adalah untuk mempromosikan IKTPD kepada belia-belia serta beliawanis untuk mengikuti kursus yang ditawarkan. Selain daripada itu ia dapat memberi input-input mengenai misi serta visi IKTPD kepada masyarakat setempat. Dengan adanya karnival serbegini IKTPD dapat mencari pelatih-pelatih baru untuk mengikuti Sijil Seni Kraf Tenun Pahang Diraja sesi Julai 2012.

Tuesday, April 24, 2012

Lawatan Sempena Perkhemahan Pasukan Badan Beruniform Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan 2012 anjuran Jabatan Pelajaran Pahang



Pada 18 April 2012 seramai 540 pelajar dan 60 orang guru dari Program Perkhemahan Pasukan Badan Beuniform Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan 2012 telah membuat lawatan sambil belajar ke PKKM Cawangan Pahang. Kesemua peserta adalah meliputi negeri-negeri di Semenanjung, Sabah, Sarawak serta wilayah Persekutuan. Antara aktiviti yang dijalankan adalah demonstrasi ukiran dan melarik kayu serta jualan kraf Karyaneka. Peserta telah dibahagi kepada beberapa kumpulan bagi memudahkan mereka mempelajari seni kraftangan ini.

Semoga lawatan ini dapat memberi pendedahan serta menarik minat pelajar dalam mempelajari seni kraftangan Malaysia ini..


Ketibaan bas-bas yang membawa pelajar lawatan.



Taklimat dan penerangan mengenai Kraftangan Malaysia



Demonstrasi ukiran kayu oleh Puan Faizah dan diiring oleh Puan Ropiah dan En Aziruddin



Sesi demonstrasi melarik kayu oleh En Rosidi dan penerangan oleh En Rosli



Jualan kraf di Karyaneka


Antara kakitangan yang membantu sepanjang program lawatan..



KARNIVAL YOUTH OF PEKAN (YO! PEKAN) DUN CHINI

Salam 1Malaysia,


Pada 14 & 15 April 2012 Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja (IKTPD) telah mengikuti Karnival Youth Of Pekan (Yo! Pekan) yang diadakan di Dun Chini bertempat di Dewan Shahbandar, Bandar Dara.


Objektif utama karnival ini adalah untuk melibatkan agensi kerajaan yang mampu memberikan halatuju terbaik khususnya kepada golongan belia untuk memacu golongan tersebut menceburi mana-mana bidang yang menjadi pilihan. Oleh yang demikian IKTPD mengikuti program ini untuk mempromosikan IKTPD serta mencari pelatih-pelatih baru sesi Julai 2012.


Dengan adanya aktiviti sebegini IKTPD dapat mendekati belia-belia serta masyarakat tempatan terutamanya di Chini untuk mewar-warkan serta mempromosikan Seni Kraf Tenun Pahang Diraja.



Gerai pameran IKTPD di Dewan Shahbandar,Bandar Dara Chini





Masyarakat setempat mengunjungi gerai pameran IKTPD



Pengunjung melihat hasil-hasil kerja pelatih-pelatih IKTPD



Cik Fazirahani beramah mesra dengan pengunjung yang hadir



Pengunjung berminat mempelajari tapestri yang didemokan oleh Cik Fazirahani

Wednesday, April 18, 2012

Program Ramah Mesra Penduduk Perkampungan Orang Asli Kg Alur Beruang, Kuantan

Pada 8 April 2012 yang lalu, satu Program Ramah Mesra penduduk perkampungan orang asli Kg Alur Beruang, Sg Soi Kuantan bersama Exco Pelancongan Kesenian dan Warisan, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Wanita, serta En Mohd Nizar anakanda Perdana Menteri Malaysia.






Gambar sekitar program..

Friday, April 13, 2012

BENGKEL EDUKRAF TENUNAN (TAPESTRY)


Salam 1 Malaysia,


Pada 10 April 2012 iaitu pada hari Selasa, Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja (IKTPD),Pulau Keladi, Pekan Pahang dengan kerjasama Unit Pemuliharan Kraf telah mengadakan Bengkel Edukraf Tenunan (Tapestry) yang telah disertai oleh 36 orang pelajar yang diiringi oleh dua orang guru pengiring dari Sekolah Menengah Kebangsaan Peramu Jaya, Pekan Pahang.


Objektif utama bengkel ini diadakan adalah untuk mempromosikan IKTPD serta menarik minat generasi muda agar menjadikan IKTPD tempat untuk mendalami ilmu kraf tenunan khususnya seni kraf tenun pahang diraja. Bengkel ini disertai oleh 3 orang pengajar kraf serta 4 orang pelatih-pelatih IKTPD.


Kesungguhan pelajar-pelajar SMK,Peramu Jaya menyiapkan hasil tapestry masing-masing menunjukkan generasi muda masih meminati seni kraf tenunan, oleh yang demikian bengkel sebegini harus berterusan agar seni kraf tenunan khususnya tenun pahang diraja mendapat tempat dihati generasi muda sekaligus dapat melahirkan penenun-penenun muda yang kreatif dan berenovasi.

Puan Siti Hajar menerangkan proses-proses pembuatan tapestry kepada pelajar-pelajar


Cik Fazirahani turut serta menyiapkan tapestry


Puan Fadlina menunjukan proses memasukkan benang kepada pelajar


Hasil tenunan pelajar yang hampir siap

Tapestry yang telah siap dibuat oleh pelajar

Puan Siti Hajar memberi tapestry yang telah siap kepada guru pengiring Puan Raja sebagai tanda kenang-kenangan kepada SMK,Peramu Jaya