Friday, January 15, 2016

Selamat Bersara Kak Ana


Selamat bersara kepada Puan Siti Rohanah Tarmidi atau lebih mesra dikenali dengan panggilan Kak Ana oleh semua anggota kerja Kraftangan Malaysia. Terima kasih pihak pengurusan Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang ucapkan kepada Kak Ana atas jasa dan bakti selama berkhidmat dengan Kraftangan Malaysia selama 35 tahun.


Semoga Kak Ana akan berjaya walau di mana Kak Ana berada. Pihak pengurusan juga telah mengadakan satu majlis makan malam sempena meraikan majlis persaraan Kak Ana. Majlis ini diadakan sekali dengan Majlis Penyampaian Sijil Tamat Latihan Jangka Pendek Larik dan Tenun Pahang Diraja.


Majlis turut dihadiri oleh Wakil Pengarah Kanan, Bahagian Pembangunan Industri Puan Roshaida dan Wakil Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan dan Perkhidmatan En Chiptoh Paratoh.

Sekali lagi pihak pengurusan Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang ingin mengucapkan terima kasih dan selamat maju jaya kepada Kak Ana. Semoga ikatan kekeluargaan yang terbina selama ini tidak terputus walaupun selepas persaraan beliau.