Monday, May 28, 2012

Youth Festival (Yo!Fest) 2012


Pada 18-20 Mei 2012 yang lalu, Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang telah bersama-sama menyertai Program Youth Festival atau dikenali juga dengan Yo!Fest.. Program ini dijalankan di Taman Bandar, Indera Mahkota, Kuantan bermula jam 10.00 pagi.

Aktiviti yang telah dijalankan termasuk jualan kraf, dan interaktif batik serta demonstrasi ukiran arca kayu menggunakan 'chainsaw'.


Jualan produk Karyaneka dan usahawan



Interaktif batik oleh Pn Rosliza dan Pn Faizah




Demonstrasi ukiran arca kayu dengan menggunakan chain saw oleh anggota Kraftangan Pahang En Rosli, En Rosidi dan En Azrul Izwan

Wednesday, May 16, 2012

Santai Di Taman Gelora


Pada 6 Mei 2012, PKKM Caw Pahang telah menyertai Program Santai Di Taman Gelora, Kuantan. Program ini telah dihadiri oleh Perdana Menteri Y.A.B. Dato Seri Najib  Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor bersama dengan menteri-menteri kabinet serta  isteri.  

Aktiviti yang telah dijalankan adalah jualan kraf yang disertai  19 usahawan kraf Pahang, demonstrasi Tenun Pahang DiRaja, demonstrasi  seramik dan demonstrasi  pembuatan parang serta interaktif permainan congkak.


                                          PM dan TPM hadir ke khemah PKKM Caw Pahang

                                          Menteri KPKK turut hadir sama.

                                          Walaupun hujan, pengunjung tetap ramai.






Tuesday, May 15, 2012

MESYUARAT JAWATANKUASA PEMBANGUNAN TENUN PAHANG DIRAJA

Salam 1Malaysia


Pada 12 Mei 2012 (Sabtu) telah diadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Tenun Pahang Diraja bertempat di bilik mesyuarat Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja,Kompleks Budaya Pulau Keladi,Pekan yang bermula pada jam 10 pagi. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Sultan Iskandar Al-Haj. Selain daripada itu mesyuarat juga dihadiri Oleh Ketua Pengarah PKKM,Pengarah PKKM Caw. Pahang, Pengarah IKN dan tetamu yang lain. KDYTM juga mencemar duli dengan melawati Kawasan Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja (IKTPD) serta beramah mesra dengan kakitangan dan juga para pelajar.Majlis bersurai pada jam 2.30 petang.




Friday, May 11, 2012

Karnival Jualan Teratai 2012 Negeri Pahang

Pada 2 - 6 Mei 2012, PKKM Caw Pahang telah menyertai Karnival Jualan Teratai 2012 Negeri Pahang di Universiti Malaysia Pahang, Gambang. Seramai 15 usahawan kraf dari pelbagai negeri telah menyertai karnival jualan ini. Karnival ini dianjurkan oleh Persatuan Amal Isteri Wakil-Wakil Rakyat Negeri Pahang (TERATAI).


                                                   Jualan Produk Oleh Usahawan Kraf


                                                   Turut Hadir Pengarah PKKM Caw Pahang

Gotong-royong membersihkan bengkel



Assalamualaikum WBT

Pengurusan Pusat Inkubator Kraf Temerloh telah mengadakan satu gotong-royong membersihkan kawasan pejabat dan bengkel mesin pada pagi Jumaat 11 Mei 2012 bermula jam 9.00 pagi dan berakhir jam 11.00 pagi.

Gotong-royong telah dijalankan oleh semua anggota kerja dan beberapa peserta inkubator.


Gotong-royong ini dijalankan bagi memastikan bengkel sentiasa dalam keadaan bersih dan memudahkan semua peserta inkubator menjalankan kerja-kerja mereka dengan lebih selesa.


Pengurusan mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam aktiviti gotong-royong tersebut.

Thursday, May 10, 2012

Lawatan ke Kraf Orang Asli Kampung Sungai Kol


Pada 9 Mei 2012 satu lawatan kerja telah diadakan ke Kraf Orang Asli Kampung Sungai Kol, Jerantut untuk meninjau sama ada pengusaha kraf arca orang asli Sungai Kol ada menjalankan kegiatan Kraftangan Warisan ini.


Kedatangan 2 pegawai bahagian usahawan PKKM Pahang telah disambut sendiri oleh pak cik Hasan Majid yang merupakan salah seorang pengukir arca kraf orang asli ini.


Pada lawatan tersebut Pak Hasan telah menunjukan beberapa arca yang terdiri daripada 12 unit arca besar dan 5 unit arca kecil yang diukir menggunakan kayu rengas.

Lawatan juga telah dibuat ke rumah salah seorang pengukir arca tetapi beliau tiada di rumah. Anggota kerja yang terlibat semasa lawatan terdiri daripada En Mohd Faizul dan En Safarin bersama pemandu En Norazmi Ibrahim.

Tuesday, May 8, 2012

Keratan Akhbar Institut Kemahiran Tenun Pahang DiRaja Pulau Keladi, Pekan

AKTIVITI GOTONG-ROYONG IKTPD

Salam 1Malaysia,

   Pada 4 Mei 2012 iaitu pada hari Jumaat, Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja (IKTPD) telah mengadakan aktiviti gotong-royong untuk membersihkan kawasan IKTPD. Aktiviti ini diketuai oleh Puan Siti Hajar dan dibantu oleh Puan Fadlina serta Cik Fazirahani. Aktiviti ini disertai oleh semua pelajar semester tiga (03) dan semester empat(04). Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk membersihkan kawasan IKTPD serta dapat merapatkan seluruh warga kerja IKTPD bersama-sama dengan pelajar-pelajar agar dapat melahirkan insan yang berkerjasama diantara satu sama lain. Gotong-royong ini bermula pada jam 8.20 pagi dan berakhir 12.00 tengahari.