Thursday, February 15, 2018

Kursus DDMS 2.0 Cawangan Pahang Selesai Dengan Jayanya

Semua anggota kerja Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang telah terlibat dengan bengkel dan taklimat tentang penggunaan Digital Document Management System 2.0 (DDMS) Kraftangan Malaysia bermula 12 sehingga 14 Februari 2018 yang lepas.


Bengkel dan latihan ini telah dilaksanakan oleh Seksyen Teknologi Maklumat dengan kerjasama Seksyen Pentadbiran Ibu Pejabat. Semua anggota kerja cawangan yang terlibat telah diajar sendiri oleh Puan Syamsiah (IT) dan Puan Haizan (Pentadbiran).


Sepanjang bengkel dan kursus semua anggota kerja yang terlibat telah diajar untuk menggunakan sistem DDMS 2.0 yang merangkumi beberapa perkara seperti bengkel klasifikasi fail, hands on record manager, hands on information worker dan hands on end user.


Semoga semua anggota kerja cawangan Pahang akan berjaya menggunakan sistem ini dengan baik setelah ia boleh digunakan sepenuhnya pada April 2018. 


Thursday, January 18, 2018

Tahniah Encik Wahiyuddin & Selamat Datang Cik Nisa

Tahniah Encik Wahiyuddin & Selamat Datang Cik Nisa 

Pihak pengurusan dan seluruh anggota kerja Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Encik Wahiyuddin yang telah dinaikkan pangkat dari jawatan Pereka Gred B29 ke jawatan Pereka Gred B41.



Pihak pengurusan dan seluruh anggota kerja Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang juga ingin mengucapkan selamat datang kepada Cik Nisazra Masyitah yang telah dilantik sebagai Pembantu Pegawai Latihan Gred E19 seterusnya ditempatkan di Cawangan Pahang. Beliau telah pun memulakan tugas efektif 2 Januari 2018.



Tahniah diucapkan kepada kedua-dua anggota kerja yang terlibat. Semoga dapat memberikan komitmen yang baik sepanjang bertugas dalam memertabatkan industri kraf di negeri Pahang khususnya dan di Malaysia amnya.