Salam 1Malaysia,
Pada 4 Jun 2012 yang lalu, pelajar-pelajar IKTPD seramai lapan orang telah menjalani Latihan Industri (LI) selama 4 minggu. Latihan Industri ini diberikan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar kepada sistem pengeluaran produk sebenar dan tatacara bagi bekerja, menyelia dan mengawal sesebuah bengkel perniagaan.
Pelajar-pelajar ini telah dihantar ke pengusaha-pengusaha tenun pahang yang berada di sekitar Kampung Pulau Keladi seperti di Ayunan Emas Enterprise, Perniagaan Sutera Pulau Keladi, Wan Hasna Enterprise dan dua orang pelajar di Pusat Pengembangan Tenun Pahang Diraja, Kg. Soi, Kuantan. Latihan ini sedikit sebanyak memberi pendedahan sebenar kepada pelajar-pelajar di dalam industri Tenun Pahang Diraja mengenai selok belok perniagaan, motif-motif yang digunakan, trend warna masakini dan lain-lain lagi. Latihan Industri ini telah dipantau oleh Puan Siti Hajar dan Puan Fadlina serta latihan berakhir pada 30 Jun 2012 yang lalu.