PKKM Cawangan Pahang

Latar Belakang PKKM Cawangan Pahang
 
 

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Cawangan Pahang mula beroperasi pada tahun 1976 di sebuah bengkel sementara di batu 3, Jalan Temerloh-Mentakab dan memberi fokus kepada latihan ukiran kayu. 
 
Kemudian pada tahun 1979 ianya berpindah ke lot 11, Kawasan Perindustrian Songsang, Temerloh. Luas kawasan ini ialah 3.25 ekar. Ianya mengandungi Bangunan Pejabat, Bengkel Gunasama dan Bengkel Kerja.


Kompleks Kraftangan Kuantan pula telah disiapkan pada tahun 1999. Ianya terletak di Lot 30850, Kg. Pandan 11, Jalan Pintasan Kuantan – Kuala Terengganu, Kuantan dengan keluasan 15 ekar. Ianya dilengkapi dengan Bangunan Pejabat, Ruang Pameran Jualan dan Bengkel. Pada mulanya kedua-dua tempat ini mempunyai pengurusan yang tersendiri iaitu di Temerloh mengawal Pahang Barat manakala Kuantan mengendalikan Pahang Timur.

Pada tahun 2002 pengurusan kedua-duanya disatukan dengan Kuantan menjadi pusatnya manakala di Temerloh hanyalah berfungsi sebagai Inkubator sahaja. Penyatuan ini dikenali sebagai Pusat Pembangunan Kraf Pahang. Bagaimanapun pada tahun penghujung tahun 2003 sekali lagi ianya ditukarkan nama kepada nama asal iaitu Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang atau singkatannya PKKM Cawangan Pahang.

Pada tahun 2005, majlis pengistiharaan Pusat inovasi kraf Kayu dilancarkan oleh Menteri Kebudayaan, Keseniaan dan Warisan Malaysia, Yang Berhormat Dato’ Seri Utama Dr.Rais Yatim di PKKM Cawangan Pahang, Kuantan.

Kraftangan Malaysia telah araskan kraf Tenun bersama Kraf kayu sebagai bidang kraf yang perlu difokuskan pembangunannya di negeri Pahang. Tenun Pahang  telah diiktirafkan sebagai Tenun Pahang DiRaja pada 8 mei 2006 semasa pelancaran Logo dan Program Pembangunan Tenun di Kg.Pulau Keladi, Pekan. Justeru itu pada tahun 2007 pembinaan Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja dimulakan ditapak pelancaran dan kemasukan pelajar baru jurusan tenunan bermula pada Julai 2010 setelah penyerahan bangunan Institut kepada Kraftangan Malaysia. Institut Kemahiran Tenun Pahang diRaja dilengkapi kemudahan pendidikan kemahiran tenun yang merangkumi dewan menenun, dewan pra-tenun, bilik kuliah, perpustakaan, bilik komputer, bilik lukisan, galeri dan asrama yang mampu menampung seramai 40 pelajar dalam satu satu masa serta kemudahan pejabat pentadbiran dan latihan.

Lokasi

PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA
Cawangan Pahang,
Lot 30850, Kg. Pandan II,
Jalan Pintasan Kuantan – Kuala Terengganu,
26070 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.
Tel : 09-5384598     Faks : 09-5384528
Pusat Inkubator Temerloh,
Lot 11, Kawasan Perindustrian Songsang,
28000 Temerloh,
Pahang Darul Makmur.
Tel : 09-2771271   Faks : 09-2774744
Institut Kemahiran Tenun Pahang DiRaja
Kompleks Budaya Pulau Keladi,
Kampung Pulau Keladi,
26600 Pekan,
Pahang Darul Makmur.
Tel :09-4221612  Faks :09-4228263