Pada 24 – 26 November 2010, Unit Teknikal PKKM Cawangan Pahang telah menganjurkan Kursus Asas Penjajaran Mesin Pra-Proses Kayu di Pusat Inkubator Temerloh dan seramai 19 peserta telah menghadiri kursus ini. Kursus ini telah disampaikan oleh Dr. Khairul Bin Awang dan Encik Suffian bin Hamsan dari FRIM.
Objektif penganjuran kursus asas penjajaran mesin kayu ini adalah seperti berikut:
1. Mengurangkan kos penyelenggaraan mesin.
2. Membantu operator mengenalpasti mesin yang sesuai untuk digunapakai serta kaedah penggunaan mesin yang betul
3. Operator yang berkemahiran dalam mengendalikan mesin dapat menjimatkan masa dan kualiti produk dapat dikawal.
4. Membantu operator mempercepatkan proses pengeluaran.
Pengarah PKKM Cawangan Pahang telah hadir pada majlis penutup dan menyampaikan sijil kepada para peserta kursus.
taklimat majlis penutup dari ketua unit teknikal En. Norhairul Nizam Bin Awg Malik, Dr. Khairul Bin Awang dari FRIM dan Pengarah PKKM Caw. Pahang En. Mohd Zubair Bin Mohd Zain
No comments:
Post a Comment