Friday, July 22, 2011

Bimbingan Teknikal Anyaman Mengkuang, Bukit Kenau

Pengarah PKKM Cawangan Pahang merasmikan pembukaan kursus
Para peserta sedang mendengar taklimat daripada Pengarah



Peserta sedang mempelajari asas anyaman mengkuang



Majlis Penyampaian sijil kepada salah seorang peserta



Sesi bergambar bersama peserta, tenaga pengajar serta kakitangan PKKM Cawangan Pahang





Bimbingan teknikal anyaman mengkuang ini telah dijalankan pada 1 hingga 5 julai 2011 bertempat di Pusat Komuniti Bukit Kenau Pekan Pahang, peserta yang mengikuti latihan tersebuat adalah seramai 15 orang.

Bimbingan ini diadakan ekoran dari cadangan daripada Menteri KPKK sempena Majlis Perasmian Pusat Komuniti Bersepadu Bukit Kenau, Pulau Manis Pekan yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Jemaah Menteri pada 9 Februari 2011. Menteri KPKK Yang Berhormat Dato’ Sri Utama Dr. Rais Yatim telah menyarankan kepada Kraftangan Malaysia agar membantu komuniti tersebut dalam menghasilkan produk warisan anyaman mengkuang memandangkan anyaman yang dijalankan oleh komuniti tersebut adalah anyaman plastik.

Objektif Bimbingan Teknikal ini dilaksanakan agar dapat memberi peluang kepada penduduk setempat mempelajari berkenaan penghasilan kraf anyaman mengkuang, selain itu juga ia dapat menambahkan pendapatan isi rumah terutama kaum wanita serta melahirkan lebih ramai tenaga kerja dalam bidang industri kraf.Kelompok ini boleh membantu dalam penyediaan Bahan Mentah didalam rangkaian projek bimbingan pengeluaran dan orientasi pengeluaran yang sedang dalam perlaksanaan kraftangan Malaysia 2011 ini.

Berdasarkan pemerhatian yang telah dibuat rata-rata peserta dapat mempelajari asas anyaman mengkuang ini dengan baik, dalam tempoh 5 hari bimbingan teknikal ini diadakan setiap peserta dapat menghasilkan 2 bidang tikar yang berukuran 2” x 3”.

Dikesempatan itu juga Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang telah merasmikan serta menutup dan menyampaikan sijil kepada para peserta. Dengan adanya bimbingan teknikal ini dapat menambah dan memberi peluang kepada peserta menceburkan diri dalam pengeluaran ayaman mengkuang, pada keseluruhanya program aktiviti ini telah berjaya diikuti oleh peserta dari Pusat Komuniti Bukit Kenau. Selain itu juga ia berpotensi menjadi pembekal anyaman mengkuang kepada usahawan Pahang yang menghasilkan produk hiliran.






















No comments: