Wednesday, April 19, 2017

Lawatan Yang Berbahagia Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia ke Cawangan Pahang


Yang Berbahagia Ketua Pengarah, Puan Hajah Zuraida binti Mokhtar telah mengadakan lawatan ke cawangan Pahang pada 18 April 2017 untuk bertemu sendiri dengan semua anggota kerja serta membincangkan beberapa perkara terutama yang melibatkan cadangan baik pulih bangunan pejabat/bengkel di Kraftangan Malaysia Kuantan, Pusat Inkubator Kraf Temerloh dan Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja.

 

Lawatan ini turut disertai oleh Yang Berusaha Timbalan Ketua Pengarah Operasi, Encik Ibrahim bin Ismail, Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Dan Perkhidmatan, Encik Noor Effendy bin Abdul Karim, Jurutera Kanan, Encik Hamdan bin Ahmad dan Jurutera, Encik Kamal bin Che Mat. Lawatan ini dimulakan dengan lawatan di Pusat Inkubator Kraf Temerloh seterusnya Kraftangan Malaysia Kuantan dan berakhir di Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja Pulau Keladi, Pekan.

 

Kehadiran Yang Berbahagia Ketua Pengarah dan rombongan yang lain telah disambut mesra oleh semua anggota Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang yang diketuai sendiri oleh Pengarah Cawangan, Encik Mohd Latif bin Dirun. Jutaan terima kasih dan penghargaan kepada pihak pengurusan tertinggi Kraftangan Malaysia khususnya Yang Berbahagia Ketua Pengarah yang sudi untuk turun padang melawat ke cawangan Pahang.
 



 

No comments: