Kraftangan Malaysia akan mengadakan Warna-Warni Aidilfitri bermula 1 - 12 Jun 2017 dari 10.00 pagi hingga 8.00 malam bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Promosi ini diadakan bertujuan mengetengahkan produk-produk kraf Malaysia dalam persiapan sambutan Aidilfitri. Bagi memeriahkan promosi kali ini, pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk para pengunjung antaranya Jualan Kraf, Pameran Dan Jualan Produk Kraf Rekaan Baru, Demonstrasi Kraf, Aroma Aidilfitri, Gema Aidilfitri & Bazar Ramadan (29 Mei - 12 Jun 2017). Selain itu, aktiviti istimewa yang turut diketengahkan pada kali ini ialah Pertandingan Riuh Rentap Raya, Pertandingan Reka Cipta Raya, Spontan Raya, Pertandingan Dari Rumi Ke Jawi & Pertandingan Video Kreatif.
Lot 30858 Kampung Pandan 2, Jalan Pintasan Kuantan - Kuala Terengganu, 26070 Kuantan Pahang Tel: 09-538 5677/4598 Fax: 09-538 4528 www.kraftangan.gov.my
Wednesday, May 24, 2017
Tuesday, May 16, 2017
Tahniah Yang Berbahagia Dato' Hajah Zuraida Mokhtar
Seluruh warga kerja Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada Yang Berbahagia Dato’ Hajah Zuraida Binti Mokhtar, Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia di atas pengurniaan Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P) yang membawa gelaran Dato’ sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang pada 15 Mei 2017.
Semoga segala usaha Yang Berbahagia Dato’ sumbangkan dalam industri kraf negara terutamanya di Negeri Pahang akan sentiasa beroleh kecemerlangan dan diberkati oleh Allah SWT.
Monday, May 15, 2017
Lawatan Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia 2017 ke IKTPD, Pekan
Pada 9 Mei 2017 yang lalu Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja Tengku Ampuan Besar Meriam (IKTPD), Pekan telah menerima lawatan dari Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Pandu Puteri Malaysia 2017. Lawatan ke IKTPD Pekan ini merupakan salah satu acara Pandu Puteri Malaysia sempena dengan Persidangan Pesuruhjaya dan Mesyuarat Agung Tahunan Kebangsaan 2017 kali ke 4 yang diadakan di Gambang Resort City, Kuantan.
KDYTM
Tengku Puan Pahang sedang menunjukkan kepada DYTM Raja Puan Besar Perak
rekaan-rekan Tenun Pahang Diraja milik adiguru Tenun Pahang Diraja Puan
Nortipah
Lawatan ini diketuai oleh KDYTM Tengku Puan Pahang dan turut mencemar duli bersama-sama menyertai lawatan ini adalah DYTM Raja Puan Besar Perak serta DYAM Raja Puan Muda Perak. Pelbagai acara telah diadakan sempena dengan lawatan ini. Antara aktiviti yang telah dijalankan sempena lawatan ini adalah jualan produk kraf dari 15 orang usahawan kraf, demonstrasi pembuatan sumpit, demonstrasi dan interaktif mewarna batik, interaktif kraf tapestri, demonstrasi ukiran arca menggunakan chainsaw dan pertandingan menyumpit.
Antara peserta lawatan yang mencuba untuk interaktif kraf tapestri
Selain daripada itu terdapat juga demonstrasi masakan seperti keropok lekor dan kuih beko. Peserta-peserta lawatan ini didedahkan bagaimanakah Tenun Pahang Diraja dihasilkan. Para peserta begitu teruja dengan cara pembuatan Tenun Pahang Diraja yang diterangkan sendiri oleh KDYTM Tengku Puan Pahang. Lawatan yang disertai oleh hampir 400 orang ini berakhir lebih kurang 2 jam setelah ianya bermula pada pukul 10.00 pagi.
Wednesday, April 19, 2017
Lawatan Yang Berbahagia Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia ke Cawangan Pahang
Yang Berbahagia Ketua Pengarah, Puan Hajah Zuraida binti Mokhtar telah mengadakan lawatan ke cawangan Pahang pada 18 April 2017 untuk bertemu sendiri dengan semua anggota kerja serta membincangkan beberapa perkara terutama yang melibatkan cadangan baik pulih bangunan pejabat/bengkel di Kraftangan Malaysia Kuantan, Pusat Inkubator Kraf Temerloh dan Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja.
Lawatan ini turut disertai oleh Yang Berusaha Timbalan Ketua Pengarah Operasi, Encik Ibrahim bin Ismail, Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Dan Perkhidmatan, Encik Noor Effendy bin Abdul Karim, Jurutera Kanan, Encik Hamdan bin Ahmad dan Jurutera, Encik Kamal bin Che Mat. Lawatan ini dimulakan dengan lawatan di Pusat Inkubator Kraf Temerloh seterusnya Kraftangan Malaysia Kuantan dan berakhir di Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja Pulau Keladi, Pekan.
Kehadiran Yang Berbahagia Ketua Pengarah dan rombongan yang lain telah disambut mesra oleh semua anggota Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang yang diketuai sendiri oleh Pengarah Cawangan, Encik Mohd Latif bin Dirun. Jutaan terima kasih dan penghargaan kepada pihak pengurusan tertinggi Kraftangan Malaysia khususnya Yang Berbahagia Ketua Pengarah yang sudi untuk turun padang melawat ke cawangan Pahang.
Monday, April 17, 2017
Encik Mohd Latif Pengarah Baru Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang
Encik Mohd Latif Pengarah Baru Kraftangan Malaysia Cawangan
Pahang
Encik Mohd Latif bin Dirun
Saya mewakili seluruh warga kerja
Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang ingin mengucapkan selamat datang kepada
Tuan Pengarah yang baru Encik Mohd Latif bin Dirun. Kami semua mengalu-alukan
kedatangan beliau dan akan memberikan kerjasama penuh bagi pemantapan
organisasi serta kemajuan industri kraf di negeri Pahang. Selamat datang ke
Pahang boss!!.
Subscribe to:
Posts (Atom)





