Lot 30858 Kampung Pandan 2, Jalan Pintasan Kuantan - Kuala Terengganu, 26070 Kuantan Pahang Tel: 09-538 5677/4598 Fax: 09-538 4528 www.kraftangan.gov.my
Thursday, January 3, 2013
Thursday, December 20, 2012
MESYUARAT JAWATANKUASA PEMBANGUNAN TENUN PAHANG DIRAJA PADA 11 DISEMBER 2012
Pada 11 Disember 2012 yang lalu bertempat di Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja, Pulau Keladi telah diadakan mesyuarat Pembangunan Tenun Pahang Diraja yang telah dipengerusikan oleh KDYTM Tuanku Puan Pahang Tuanku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Ketibaan KDYTM Tuanku Puan Pahang pada jam 10.10 pagi dan Tuanku berkenan untuk melawat persekitaran IKTPD dan melihat kerja-kerja akhir pelajar-pelajar IKTPD semester empat serta peserta-peserta LJP tenunan. Mesyuarat bermula jam 10.50 pagi dan berakhir pada jam 3.00 petang.
Thursday, December 6, 2012
"The Best Craftmanship Award 2012 "
Seorang pengusaha kraf kayu
Temerloh telah dijemput untuk menyertai 2012 International Live Wood Carving
Show and Competition di Guangxi, China. Beliau yang dimaksudkan ialah En
Muhaimin bin Hasbollah dari Syarikat Inakraf.Beliau bukan sahaja mewakili
Persatuan PENGUKIR tetapi juga membawa nama negara pertandingan tersebut.
Pertandingan ini telah dianjurkan
oleh International Wood Culture Society ( IWCS ) satu badan NGO yang berpejabat
di Amerika Syarikat.
Dengan menggunakan teknik ukiran 3D beliau telah berjaya menewaskan 7 peserta lain yang terdiri daripada pengukir dari negara Indonesia, Taiwan, China dan Filipina. Ukiran yang menggambarkan sekuntum kelopak bunga di bawah punca benih melambangkan bermulanya kelahiran dalam kehidupan. Setiap sulur bertaut dan melingkar dengan sendirinya tanpa halangan serta tidak bersentuhan melambangkan sikap rendah diri serta penghormatan orang muda kepada orang yang lebih tua.
Dengan menggunakan teknik ukiran 3D beliau telah berjaya menewaskan 7 peserta lain yang terdiri daripada pengukir dari negara Indonesia, Taiwan, China dan Filipina. Ukiran yang menggambarkan sekuntum kelopak bunga di bawah punca benih melambangkan bermulanya kelahiran dalam kehidupan. Setiap sulur bertaut dan melingkar dengan sendirinya tanpa halangan serta tidak bersentuhan melambangkan sikap rendah diri serta penghormatan orang muda kepada orang yang lebih tua.
Sijil yang dimenangi
Dengan ukiran serta falsafah yang
cukup cantik lahir dari hati beliau telah melayakkan beliau untuk di
anugerahkan “The Best Craftmanship Award 2012” pada pertandingan tersebut dan telah
membawa pulang Sijil Penghargaan dan wang tunai.
Ukiran yang mengharumkan nama negara
Syabas dan tahniah untuk Encik Muhaimin dari kami di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.
Semasa kunjungan penulis ke bengkel beliau, beliau sedang ditemubual oleh wartawan berita dari TV9
Tahniah Pak Ngah
Baru-baru ini seorang usahawan kraf
Negeri Pahang iaitu En. Mohd Jais bin Rozali atau lebih dikenali dengan
panggilan Pak Ngah dari Syarikat Koler Ati Creatif telah dinobatkan sebagai
pemenang “National Grassroots Innovator Award ( Open Category ) dalam satu
pertandingan yang dianjurkan oleh Yayasan Inovasi Malaysia ( YIM ) dan
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.
Piala Kemenangan
Hadiah berupa piala dan wang tunai sebanyak RM 10, 000.00 telah disampaikan semasa World Innovation Forum (WIF) Kuala Lumpur pada 3-7 November 2012 yang lepas. Dalam pertandingan ini, sebanyak 379 peserta telah bertanding melibatkan peserta dari 13 negeri seluruh Malaysia.
Sesi temubual sedang berjalan
Pihak Pengurusan Kraftangan Malaysia mengucapkan syabas dan tahniah kepada Pak Ngah atas kejayaan yang beliau telah kecapi ini. Semoga Pak Ngah akan terus maju dalam usaha memertabatkan produk gasing beliau ke peringkat yang lebih tinggi.
Thursday, November 1, 2012
KEBERANGKATAN KEBAWAH DULI YANG TERAMAT MULIA TENGKU PUAN PAHANG KE INSTITUT KEMAHIRAN TENUN PAHANG DIRAJA
Salam 1Malaysia,
Pada 17 Oktober 2012 yang lalu, Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja telah dikunjungi oleh
Keduli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang, Tuanku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Bt
Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj yang telah mencemar duli melawat Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja.
Baginda telah melawat kawasan sekitar IKTPD termasuk penenun-penenun PKKM Cawanagan Pahang yang berpremis disekitar IKTPD. Disamping itu juga Baginda berkenan untuk melawat pelatih-pelatih IKTPD untuk melihat sendiri projek tenunan yang sedang dihasilkan oleh pelatih-pelatih. Baginda amat tertarik dengan hasil projek yang dibuat oleh pelatih-pelatih tersebut. Baginda juga menitahkan agar hasil-hasil projek pelatih-pelatih tersebut diperagakan (fashion show) pada majlis konvokesyen yang akan datang.
Baginda juga telah melawat peserta-peserta LJP mengkuang yang sedang berjalan dan beramah mesra dengan peserta-peserta tersebut. Keberangkatan pulang Keduli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang pada jam 4.40 petang.
Subscribe to:
Posts (Atom)




















