Baru-baru ini seorang usahawan kraf
Negeri Pahang iaitu En. Mohd Jais bin Rozali atau lebih dikenali dengan
panggilan Pak Ngah dari Syarikat Koler Ati Creatif telah dinobatkan sebagai
pemenang “National Grassroots Innovator Award ( Open Category ) dalam satu
pertandingan yang dianjurkan oleh Yayasan Inovasi Malaysia ( YIM ) dan
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.
Piala Kemenangan
Hadiah berupa piala dan wang tunai sebanyak RM 10, 000.00 telah disampaikan semasa World Innovation Forum (WIF) Kuala Lumpur pada 3-7 November 2012 yang lepas. Dalam pertandingan ini, sebanyak 379 peserta telah bertanding melibatkan peserta dari 13 negeri seluruh Malaysia.
Sesi temubual sedang berjalan
Pihak Pengurusan Kraftangan Malaysia mengucapkan syabas dan tahniah kepada Pak Ngah atas kejayaan yang beliau telah kecapi ini. Semoga Pak Ngah akan terus maju dalam usaha memertabatkan produk gasing beliau ke peringkat yang lebih tinggi.
No comments:
Post a Comment