Lot 30858 Kampung Pandan 2, Jalan Pintasan Kuantan - Kuala Terengganu, 26070 Kuantan Pahang Tel: 09-538 5677/4598 Fax: 09-538 4528 www.kraftangan.gov.my
Monday, May 17, 2010
Mesyuarat Bulanan Jawatankuasa Penyelaras Kementerian Penerangan Komunikasi Dan Kebudayaan (JKPKPKK) Negeri Pahang
Pada 17 mei 2010, Mesyuarat Bulanan Jawatankuasa Penyelaras Kementerian Penerangan Komunikasi Dan Kebudayaan (JKPKPKK) Negeri Pahang diadakan dan berlangsung di bilik mesyuarat PKKM Pahang. Pada mesyuarat tersebut juga telah di pengerusikan oleh YH. Dato'Hajah Hasnah Binti Hj. Hassan selaku Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Pahang. Mesyuarat bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 11.00 pagi.

Mesyuarat pembelian peralatan dan kelengkapan Institut Latihan Tenun Pahang.
Pada 16 Mei 2010 telah berlangsung Mesyuarat pembelian peralatan dan kelengkapan untuk Institut Latihan Tenun Pahang yang bertempat di Kampung Budaya Pulau Keladi, Pekan Pahang.
Mesyuarat tersebut telah berlangsung pada pukul 8.00 pg hingga 5.00 ptg, dipengerusikan oleh Ketua Pengarah PKKM sendiri iaitu Y.Bhg. En. Mohd Kamil Bin Mohd Ali. Turut serta di dalam mesyuarat tersebut ialah Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan dan Operasi, Pengarah Institut Kraf Negara, Pengarah Bahagian Usahawan, Pengarah PKKM Cawangan Pahang,Pengarah Unit Pembangunan, serta Pegawai-pegawai yang terlibat.

Mesyuarat pemeriksaan dan penyerahan bangunan
Mesyuarat pembelian peralatan dan kelengkapan
Lawatan ke kafeteria
Lawatan ke asrama pelajar
Tempat letak kenderaan ILTP
Pejabat pentadbiran
Lawatan ke bengkel tenun
lawatan ke dalam bengkel tenun
Thursday, May 13, 2010
Kajian Menghasilkan Kayu Larik Menggunakan Kaedah Kayu Basah (MC Tinggi)
Kayu Chengal, Merbau dan Kedondong Hutan
"Wood Processing Garage"
Melarik menggunakan kayu basah semakin menjadi rutin bagi pelarik mahupun usahawan larik pada masa kini. Ini kerana bahan mentah kayu masih boleh diperolehi berbanding dengan kayu yang telah lama dan kering yang mengalami kesukaran untuk mendapatkan bekalan.
Kraftangan Malaysia cawangan pahang telah menerima maklumbalas daripada pengusaha kayu larik yang telah menghasilkan produk larik setelah sekian lama menyatakan bahawa produk larik mereka terutamanya daripada kayu chengal (Neobalanocarpus heimii), merbau (Intsia palembanica), kedondong hutan (Santria laevigata) akan mengalami keretakan setelah selesai sahaja proses melarik. Keretakan berlaku samada selesai sahaja proses larik atau selepas ianya diletakan dilokasi yang telah dipilih oleh pelanggan. selain itu terdapat juga pelanggan luar negara yang membeli produk daripada mereka mengadu produk itu retak setelah ia dibawa ke negara-negara beriklim sederhana (temperete climate)
Setelah diteliti pemasalahan itu, didapati punca keretakan/kecacatan tersebut berpunca daripada sifat-sifat kayu itu sendiri. Salah satu sifat kayu yang menyumbang kepada permasalahan ini adalah 'Hygroscopicity'. hygroscopicity ini bermaksud keupayaan kayu untuk menyerap kandungan lembapan daripada atmosfera.
Dalam kajian ini, unit teknikal akan membincangkan langkah-langkah bagaimana dan rawatan asas untuk melarik kayu berkelembapan tinggi dan mengatasi masalah keretakan kayu selepas dilarik serta dikemasiap bagi membolehkan kayu larik diletakan dimana-manalokasi. Dismaping itu kepentingan teknik pengeringan dan kemasiapan juga akan dikaji. Kayu basah ini bermaksud kehadiran kandungan lembapan (MC) kayu yang tinggi dimana dalam sains kayu MC yang rendah akan memudahkan kawalan kualiti kayu (oldag, Ben). Kayu basah ini akan memberikan banyak masalah pada pengusaha kraf kayu dengan kawalan terhadap pegerakan MC dalam kayu, serangan agen perosak dan keretakan pada produk larik apabila ianya selesai diproses.

Gotong-Royong Membersih Bengkel Dan Kawasan Pejabat Perbadanan Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang.
Pada 12 hingga 13 mei 2010 Kraftangan Malaysia cawangan Pahang telah mengadakan aktiviti gotong-royong yang melibatkan semua angota kerja bagi setiap unit.Setiap unit pula telah dibahagikan tempat untuk menjalankan tugas masing-masing. Aktiviti ini bermula dari pukul 8.30 pagi dan berakhir pada 12.30 tengah hari.
Thursday, February 11, 2010
Perhimpunan Bulanan Bagi Tahun 2010
Pada 11 februari 2010 bertempat di PKKM cawangan Pahang telah mengadakan perhimpunan bulanan bagi sesi 2010. Turut terlibat dalam perhimpunan ini adalah kakitangan dari cawangan inkubator Temerloh serta cawangan Pulau Keladi, Pekan.
Dalam perhimpunan ini, bacaan doa dan nyanyian lagu Negaraku serta di ikuti lagu Cintailah Kraf Malaysia. Pengarah cawangan telah menyampaikan teks ucapan daripada Ketua Pengarah. selepas ucapan daripada pengarah di ikuti pula ucapan daripada ketua-ketua unit.
Subscribe to:
Posts (Atom)