Thursday, May 13, 2010

Kajian Menghasilkan Kayu Larik Menggunakan Kaedah Kayu Basah (MC Tinggi)


Kayu Chengal, Merbau dan Kedondong Hutan


"Wood Processing Garage"

Melarik menggunakan kayu basah semakin menjadi rutin bagi pelarik mahupun usahawan larik pada masa kini. Ini kerana bahan mentah kayu masih boleh diperolehi berbanding dengan kayu yang telah lama dan kering yang mengalami kesukaran untuk mendapatkan bekalan.

Kraftangan Malaysia cawangan pahang telah menerima maklumbalas daripada pengusaha kayu larik yang telah menghasilkan produk larik setelah sekian lama menyatakan bahawa produk larik mereka terutamanya daripada kayu chengal (Neobalanocarpus heimii), merbau (Intsia palembanica), kedondong hutan (Santria laevigata) akan mengalami keretakan setelah selesai sahaja proses melarik. Keretakan berlaku samada selesai sahaja proses larik atau selepas ianya diletakan dilokasi yang telah dipilih oleh pelanggan. selain itu terdapat juga pelanggan luar negara yang membeli produk daripada mereka mengadu produk itu retak setelah ia dibawa ke negara-negara beriklim sederhana (temperete climate)

Setelah diteliti pemasalahan itu, didapati punca keretakan/kecacatan tersebut berpunca daripada sifat-sifat kayu itu sendiri. Salah satu sifat kayu yang menyumbang kepada permasalahan ini adalah 'Hygroscopicity'. hygroscopicity ini bermaksud keupayaan kayu untuk menyerap kandungan lembapan daripada atmosfera.

Dalam kajian ini, unit teknikal akan membincangkan langkah-langkah bagaimana dan rawatan asas untuk melarik kayu berkelembapan tinggi dan mengatasi masalah keretakan kayu selepas dilarik serta dikemasiap bagi membolehkan kayu larik diletakan dimana-manalokasi. Dismaping itu kepentingan teknik pengeringan dan kemasiapan juga akan dikaji. Kayu basah ini bermaksud kehadiran kandungan lembapan (MC) kayu yang tinggi dimana dalam sains kayu MC yang rendah akan memudahkan kawalan kualiti kayu (oldag, Ben). Kayu basah ini akan memberikan banyak masalah pada pengusaha kraf kayu dengan kawalan terhadap pegerakan MC dalam kayu, serangan agen perosak dan keretakan pada produk larik apabila ianya selesai diproses.

No comments: