Pengarah PKKM Cawangan Pahang merasmikan pembukaan kursus
Para peserta sedang mendengar taklimat daripada Pengarah
Peserta sedang mempelajari asas anyaman mengkuang
Majlis Penyampaian sijil kepada salah seorang peserta
Sesi bergambar bersama peserta, tenaga pengajar serta kakitangan PKKM Cawangan PahangBimbingan ini diadakan ekoran dari cadangan daripada Menteri KPKK sempena Majlis Perasmian Pusat Komuniti Bersepadu Bukit Kenau, Pulau Manis Pekan yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Jemaah Menteri pada 9 Februari 2011. Menteri KPKK Yang Berhormat Dato’ Sri Utama Dr. Rais Yatim telah menyarankan kepada Kraftangan Malaysia agar membantu komuniti tersebut dalam menghasilkan produk warisan anyaman mengkuang memandangkan anyaman yang dijalankan oleh komuniti tersebut adalah anyaman plastik.









