HARI KRAF KEBANGSAAN 2011
23FEBRUARI - 7 MAC 2011
KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR,JALAN CONLAY
Kraftangan Malaysia mencatat sejarah buat kali ke-9 pada 23 Februari 2011 kerana mengadakan Hari Kraf Kebangsaan yang sentiasa dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia dengan penuh kebanggaan atas hasilan kraf anak tempatan.
HARI KRAF KEBANGSAAN diadakan bagi tujuan memberi pengiktirafan ke atas sumbangan usahawan dan penggiat kraf dalam menggembangkan industri kraf dan menjana ekonomi negara. Penganjuran ini memberi kesedaran di kalangan masyarakat umum mengenai kewujudan pelbagai produk kraf tempatan dan kepelbagaian penggunaanya yang bukan sahaja sebagai hadiah dan cenderamata tetapi juga untuk kegunaan hiasan dalaman. Para usahawan dan penggiat kraf serta masyaraakat tempatan juga dapat mengetahui perkembangan terkini tentang teknologi, rekaan dan maklumat pasaran semasa industri kraf tempatan dalam usaha menggalakkan pertumbuhaan ekonomi negara.
Hari Kraf Kebangsaan 2011 pada kali ini bertemakan "KRAF MENJANA EKONOMI"Semua dijemput dan masuk adalah PERCUMA.Antara aktiviti yaang disediakan adalah seperti jualan kraf, pemeran & jualan produk baru kraf, pameran warisan kraf & edukraf, pameran teknologi, perjumpaan pembeli, apresiasi kraf, demonstrasi kraf, persembahan kesenian dan permainan rakyat.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi 03-21627533 atau layari www.kraftangan.gov.my atau email kepada pro@kraftangan.gov.my
No comments:
Post a Comment