Tuesday, October 5, 2010

Pemasangan Contoh Pagola Sempena Promosi Hari Raya Aidilfitri Di Kampung Razali Kuantan.


Pada 30 September 2010 yang lepas, anggota kerja Kraftangan Malaysia Pahang telah memasang sebuah pagola untuk dijadikan hiasan sempena rumah terbuka Aidilfitri Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Warisan, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Wanita Negeri Pahang YB. Dato' Haji Shafik Fauzan bin Haji Sharif yang diadakan pada 1 Oktober 2010. Kerja-kerja pemasangan ini diketua oleh En Norizwan dan dibantu oleh kakitangan yang lain seperti En Rosidi, En. Ahmad Syafiq, En. Azrul Izwan, En. Hairi dan En. Safarin.

Atap pagola berjaya dinaikan ke atas lori untuk dibawa ke rumah YB


Abg Wan dengan skill tersendiri


Hairi dengan gaya nya tersendiri


Semua melepaskan penat setelah kerja pemasangan telah siap


Pagola yang telah siap dipasang dan dihias


Abg Wan melepaskan penat di atas pagola

Pihak pengurusan PKKM cawangan Pahang mengucapkan terima kasih kepada semua anggota kerja yang terlibat dalam kerja-kerja pemasangan pagola ini...



3 comments:

Anonymous said...

selamat sampai selamat kembalikan..'
tahniah atas penyertaan wargakraf kuantan.

intan_isna said...

ermm bukan ejaan pagola tuh sepatutunya pagoda ker??
hehhe..
kalo salah, mintak maaf yer..

inkubator temerloh said...

salam intan.

word pagola memang takde dlm kamus dewan hehe..yg ada cuma PERGOLA. maksudnya...

struktur berupa junjung atau gerbang drpd kayu atau besi (biasanya terdapat di taman)

PAGODA pula maksudnya..

kuil (terutamanya Buddha dan Hindu) yg berbentuk menara bertingkat-tingkat yg di setiap keliling tingkatnya terdapat bumbung hiasan.

hrp maklum :)